Perpindahan Liverpool Jadikan Ia “Kuasa Baru EPL” – Dan Man United Mengetahuinya

Perbelanjaan mega musim lepas menjadikan ianya watak penting buat Liverpool untuk musim ini dan kelab seteru itu seperti sudah menjangkakan sesuatu. Dan dengan nilai perbelanjaan perpindahan keseluruhan bernilai £170 juta untuk empat pemain sahaja, telah memberikan Liverpool kejuaraan pertama sejak sekian lama selain daripada melangkah ke Final UCL sebanyak 2 kali dalam dua musim. Xherdan […]

Emre Can : Tiada Apa Perlu Dibuktikan Di Liverpool Sebelum Saya Menyertai Juve

Pemain antarabangsa Germany itu dilaporkan menolak kontrak lanjutan di Anfield sebelum membuat keputusan menyertai Juventus. Dan Emre Can menyatakan beliau telah membuktikan segala galanya di Liverpool sebelum menyertai gergasi Itali itu. Selepas itu kehadiran Fabinho dan Naby Keita hanya meningkatkan persaingan di bahagian tengah Liverpool sejurus selepas Emre Can meninggalkan Anfield. Can direkrut oleh Rodgers […]

Mesej Vincent Kompany Kepada Liverpool Selepas Merangkul Kejuaraan EPL

Liverpool hampir merampas kejuaraan dari Man City namun terpaksa akur dengan mengakhiri di tempat kedua dengan 97 mata. Namun kapten Manchester City, Vincent Kompany memuji perkembangan Liverpool meskipun Man City mampu mengatasi Liverpool untuk kejuaraan liga dengan perbezaan 1 mata. Semasa hari terakhir EPL, Liverpool diberikan sedikit harapan apabila Brighton mendahului Man City di AMEX […]

Mo Salah : Kami Akan Berjuang Lagi Musim Hadapan Untuk Kejuaraan EPL

Beliau menegaskan bahawa mereka akan berjuang dengan sedaya upaya mereka lagi untuk meraih trofi kejuaraan Liga Perdana pada musim hadapan. Liverpool mengakhiri perjalanan liga musim ini dengan menduduki tangga kedua dengan 97 mata, dengan hanya satu kekalahan musim ini. Salah – yang telah meraih Kasut Emas bersama sama Pierre Emerick Aubameyang dan juga Sadio Mane, […]

Liverpool Akhiri EPL Musim 2018 2019 Di Tempat Kedua

Dua gol daripada Sadio Mane membolehkan Liverpool mencatatkan kemenangan ke 30 musim ini untuk mencatatkan rekod naib juara dengan mata tertinggi setakat ini. Liverpool melakukan rombakan di bahagian hadapan setelah Firmino masih belum pulih dari kecederaan apabila menurunkan Origi untuk digandingkan dengan Mane dan Salah. Liverpool bermula dengan baik dalam awal perlawanan, sekaligus mengimbau kembali […]

Perkembangan Terkini Kecergasan : Hendo, Salah, Robertson dan Firmino

Jurgen Klopp berharap Mo Salah, Jordan Henderson dan Andy Robertson akan pulih menjelang perlawanan menentang Wolves tetapi difahamkan Firmino masih tersisih akibat kecederaan. Robertson dan Henderson difahamkan mengalami hentakan ketika perlawanan menentang Barcelona, dengan Robertson terlebih dahulu dikeluarkan pada separuh masa pertama. Mo Salah mengalami kecederaan kepala selepas berlaga dengan penjaga gol Newcastle minggu lepas, […]

John Barnes : Man United Mula Mengikuti Jejak Langkah Liverpool Pada 1990.

Lagenda Liverpool itu menggesa Man United melupakan sejarah mereka dan fokus untuk membina masa hadapan setelah menyaksikan kelab itu tidak layak ke UCL lagi musim hadapan. Dan John Barnes sebelum ini telah menyaksikan Liverpool telah jatuh dan dibayangi Manchester United dari tahun ke tahun. Beliau menyaksikan bagaimana satu empayar besar tumbang sejak 1990 dan melihat […]

Tandukan Origi Bawa Liverpool Terus Mencabar Kejuaraan EPL Hingga Hari Terakhir!

Liverpool dipaksa bekerja keras apabila Newcastle menyamakan kedudukan dan lebih buruk lagi, Mo Salah dikeluarkan akibat kecederaan. Jurgen Klopp membawa masuk Dejan Lovren kali ini bersama sama dengan Trent, sambil meletakkan Wijnaldum kembali ke tengah bersama sama Henderson dan Fabinho. Sturridge juga diletakkan sebagai penyerang menggantikan Firmino yang masih mengalami kecederaan pangkal paha. Liverpool mendapat […]

“Teori” Arsene Wenger : Mungkin Liverpool Tidak Ditakdirkan Untuk Menjuarai EPL

Beliau bercakap mengenai perebutan kejuaraan antara Liverpool dan Man City. Dan beliau berkata bahawa takdir mungkin tidak menyebelahi Liverpool untuk memenangi sebarang kejuaraan liga sejak 1990. Skuad Jurgen Klopp memasuki peringkat akhir kejuaraan EPL dengan berbaki dua perlawanan lagi ketika ini, dengan Pep Guardiola berada pada landasan terbaik untuk menjuarai liga ketika ini. Sebelum ini […]

Ox : Saya Tidak Akan Lupakan Sambutan Anda Terhadap Saya

Beliau mengakui tidak dapat berkata apa apa apabila melihat seluruh Anfield bergema melihat beliau kembali bermain setelah lebih setahun tersisih akibat kecederaan. Genap setahun dan 2 hari beliau mengalami kecederaan serius ketika menentang Roma dalam Semifinal UCL, beliau akhirnya diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield sebagai pemain gantian. Beliau menerima tepukan gemuruh dari peminat di Anfield […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool 5 Huddersfield 0

Dua gol dari Mo Salah dan Sadio Mane, serta 1 gol dari Naby Keita memberikan Liverpool kemenangan besar di Anfield awal pagi tadi. Sekaligus ianya merapatkan jurang perbezaan gol dengan pesaing mereka Man City. Saksikan : ADMIN Mesti ramai yang suka ulang ulang tengok gol banyak ni. Hahaha. YNWA gais. Sumber : Stadium Astro

error: Content is protected !!