Jurgen Klopp Beri Bayangan “Persaraan” – Dan Mengakui Terpaksa Melepaskan Coutinho

Beliau menyatakan bahawa beberapa perkara mungkin akan berlaku dalam masa 2 atau 3 tahun. Dan masa depan Klopp di Liverpool masih samar samar dengan pengurus itu belum lagi berminat untuk menandatangani kontrak lanjutan di Anfield. Kontrak Jurgen Klopp bakal berakhir pada 2022 dan pemilik kelab, FSG amat berminat untuk menawarkan kontrak baru kepada beliau setelah […]

Perlawanan Antarabangsa : Pemain Reds Mengalami Nasib Berbeza

Virgil Van Dijk dan Georginio Wijnaldum merupakan sebahagian dari skuad Netherlands yang bangkit untuk menyamakan kedudukan 2 – 2 setelah ketinggalan 2 – 0 namun akhirnya tewas 3 – 2 kepada Germany. Kedua dua pemain bermain sepanjang 90 minit penuh dan Wijnaldum berjaya membantu Memphis Depay untuk menjaringkan gol penyamaan tetapi Nico Schulz meledakkan gol […]

Meskipun Menang Ke Germany, Georginio Wijnaldum Enggan Mendabik Dada

Beliau enggan membandingkan pencapaian pasukan kebangsaan beliau dengan pasukan Germany atau France. Virgil Van Dijk, Memphis Depay dan Gini Wijnaldum masing masing telah membantu Netherlands untuk mencatatkan kemenangan selesa 3 – 0 ke atas Germany awal pagi tadi. Namun Gerginio Wijnaldum tidak mahu memperkatakan kemenangan itu secara berterusan, sebaliknya memperkatakan pasukan kebangsaannya itu belum mencapai […]

Jurgen Klopp “Kembali” Ke Borussia Dortmund

Pengurus Liverpool itu kembali ke Signal Iduna Park untuk satu perlawanan amal di sana. Beliau “menduduki” kerusi pengurus Dortmund di stadium itu dalam satu perlawanan testimonial untuk Roman Wiedenfeller. Bekas penjaga gol Dortmund itu telah bersara sepenuhnya dari bolasepak pada musim panas lepas di saat umur beliau 38 tahun, merupakan penjaga gol untuk Dortmund sepanjang […]

Kem Latihan Evian – Persekitaran Yang Diminati Oleh Golongan Diraja dan Bolasepak Germany

Roberto Firmino dan Alisson akan menyertai skuad Liverpool buat pertama kali sejak Piala Dunia berakhir. Liverpool menukar corak latihan mereka yang berlatarbelakangkan stadium terbesar di Amerika Syarikat kepada suasana yang lebih tenang berhadapan dengan Tasik Geneva. Selepas tiba dari Amerika Syarikat di mana perlawanan terakhir mereka adalah menentang Man United, mereka berlepas pula ke France […]

Loris Karius Meraih Anugerah German Football Ambassador

Penjaga gol berusia 24 tahun ini telah disenarai pendek dalam anugerah tersebut sebelum ini. Anugerah ini diberikan kepada jurulatih dan pemain Germany yang beraksi di luar negara, dengan pengiktirafan diberikan kerana mengharumkan nama Germany di peringkat antarabangsa pada tahun ini. Dan Karius dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut – dengan undian dilakukan oleh peminat dalam satu […]

Jurgen Klopp Mendedahkan Pelan Persaraan Beliau Dan Mengenai Bayern Munich

Klopp berhasrat untuk menghormati kontraknya bersama Liverpool walaupun terdapat khabar angin beliau akan kembali ke Bundesliga. Dan beliau juga telah berjanji dengan keluarganya untuk meninggalkan karier bolasepak selama setahun apabila tiba masanya meninggalkan Liverpool kelak. Beliau yang mempunyai kontrak bersama Liverpool hingga tahun 2022, menyatakan bahawa beliau akan bersara “lebih awal dari persaraan biasa seorang […]

Emre Can : Saya Mahu Bermain Dengan Kelab Yang “Besar” Musim Hadapan

Pemain Liverpool itu tidak menolak kemungkinan bermain di Spain, France, Italy atau kembali ke Germany. Dan beliau percaya bahawa beliau memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk bermain dengan ‘kelab besar’ pada musim hadapan. Emre Can dijangka akan meninggalkan Anfield sejurus sahaja kontrak beliau bersama Liverpool telah tamat. Sebelum itu Emre Can dan Liverpool gagal mencapai […]

Pemain Muda Berbakat Germany Kai Havertz Dalam Pemerhatian “Scout” Liverpool?

Beliau menjaringkan 4 gol untuk skuad Germany U19. Ianya bukan mustahil untuk Jurgen Klopp kembali ke pasaran perpindahan di Germany untuk mendapatkan bakat muda Germany. Jadi ianya logik untuk mengetahui bahawa mungkin terdapat pencari bakat ( scout ) dilaporkan menyaksikan perlawanan antara Germany U19 menentang Belarus dalam kelayakan untuk Kejohanan Euro U19. Dan tumpuan akan […]

Herta Berlin vs Liverpool : Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perlawanan Malam Ini

Perlawanan persahabatan Liverpool pertama menjelang kejohanan Audi Cup 2017. SEPAKMULA Jam 5 petang waktu tempatan ( 12 atau jam 1 pagi waktu Malaysia ) di Berlin Olympiastadion. TONTONAN Tiada siaran langsung mengenai perlawanan ini di kaca televisyen. Jika ada melanggan LFC.TV, anda boleh menonton secara langsung menerusi siaran itu. Paparan ‘link live streaming’ dan ‘live […]

Klopp : Sturridge Sedang Berlatih Lebih Keras Dengan Sepenuh Komitmen

Beliau percaya kecergasan penuh Sturridge akan membantu Liverpool untuk mencabar kejuaraan musim ini.  Daniel Sturridge mengalami situasi sukar pada bulan Mei lepas selepas ditimpa kecederaan sepanjang musim dan masa depan beliau kelihatan samar di Anfield. Namun beliau telah memuaskan hati Jurgen Klopp dari segi kecergasan dan disiplin beliau sejak kembali dalam latihan pramusim. Kempen pramusim […]

Liverpool Mengesahkan 30 Pemain Yang Akan Berangkat Ke Germany

Mereka akan bermain untuk 3 perlawanan di sana termasuk 2 perlawanan Audi Cup.  Kesemua staf dan pemain Liverpool akan berangkat ke Germany hari ini dengan tiga tambahan pemain utama seperti Sadio Mane dan Danny Ings yang kembali dari kecederaan. Emre Can juga turut berada dalam penerbangan itu untuk ke Germany. Namun Lazar Markovic, Mamadou Sakho […]

error: Content is protected !!