Jurgen Klopp : Kami Harus Mencari Jalan Terbaik Untuk Masa Depan Harry Wilson

Masa depan pemain muda itu tidak pasti lagi bersama Liverpool. Jurgen Klopp nampak gembira dengan prestasi yang dipamerkan Harry Wilson, tetapi tidak pasti akan masa depan pemain itu di Liverpool. Wilson telah menjaringkan gol dari jarak 25 meter untuk membantu Juara Eropah ini menewaskan Lyon pada perlawanan persahabatan terakhir pramusim ini. Musim lepas pemain dari […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool 3 Lyon 1

Meskipun Lyon mendahului menerusi jaringan penalti Memphis Depay, Liverpool bangkit untuk menjaringkan 3 gol lagi selepas itu. Bobby Firmino dan Harry Wilson masing masing menjaringkan gol dengan satu gol lagi adalah gol sendiri daripada Joachim Anderson. Saksikan : ADMIN Liverpool tunjukkan belang sebenar mereka kali ini? Apapun YNWA. Sumber : Youtube

Liverpool Catat Kemenangan 3 – 1 Ke Atas Lyon Di Geneva Dalam Aksi Persahabatan

The Reds tamatkan perlawanan persahabatan pramusim dengan kemenangan dengan kembalinya sebahagian besar pemain utama ke dalam pasukan. Liverpool sebelum itu ketinggalan di awal perlawanan apabila Alisson menjatuhkan Moussa Dembele ketika cuba menyelamatkan bola yang terlepas dari dakapan beliau dari satu hantaran lintang. Dan Memphis Depay mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Liverpool memberikan respon selepas itu […]

Willy Sagnol : Ada Sebab Lain Mengapa Liverpool Tidak Memburu Nabil Fekir

Sebelum ini, The Reds tidak meneruskan hasrat untuk mendapatkan Nabil Fekir berikutan kecederaan lampau pada lutut. Namun lagenda France Willy Sagnol telah mengkritik Nabil Fekir dengan mendakwa pemain itu tidak cukup bagus untuk meninggalkan Lyon. Musim lepas menyaksikan perpindahan Nabil Fekir tidak menjadi kenyataan berikutan kecederaan lampau beliau tetapi musim ini beliau berhasrat untuk berpindah […]

Penjelasan Mengenai Nabil Fekir & “Melwood Mercedes” Di Liverpool

Perpindahan Januari baru bermula, namun khabar angin Nabil Fekir sudahpun tersebar luas. Pintu perpindahan sentiasa mengujakan buat peminat apabila terdapat post pada laman sosial mengenai kehadiran sebuah Mercedes di Anfield menimbulkan sikap teruja di kalangan peminat Liverpool. Seorang pengguna Twitter bernama @Paul_Tommo memuatnaik satu video Mercedes sedang memasuki perkarangan Melwood dan menyatakan “Sah Fekir!” Keterujaan […]

Chelsea “Memulakan Rundingan” Dengan Lyon Untuk Mendapatkan Khidmat Nabil Fekir?

Beliau menyaksikan perpindahannya ke Liverpool terhenti di saat akhir musim panas lepas namun mungkin akan ke Stamford Bridge. Dan Chelsea dilaporkan telah memulakan perbincangan bersama Lyon untuk mendapatkan Nabil Fekir. Maurizio Sarri meminati corak permainan pemain antarabangsa France itu, dan L’Equippe mendakwa Chelsea telah mengupah ejen Pini Zahavi untuk cuba merealisasikan perpindahan pemain tersebut pada […]

Lyon “Membuktikan” Kepada Liverpool Bahawa Nabil Fekir Tidak Akan Dijual

Perpindahan bernilai £48.4 juta akhirnya dibatalkan pada saat saat akhir. Dan Nabil Fekir akan diperkenalkan bersama sama Piala Dunia yang dimenangi France dalam perlawanan pertama Ligue 1 menentang Amiens – pada hari yang sama kempen liga Liverpool bermula. Perpindahan beliau ke Liverpool tidak menjadi kenyataan meskipun terma peribadi dan juga video pengenalan beliau telah dilakukan […]

Ejen Nabil Fekir Mendedahkan Liverpool Mungkin Akan Kembali Untuk Pemain Ini

Beliau mendakwa kapten Lyon itu mungkin akan menyertai Liverpool walaupun persetujuan gagal dicapai sebelum ini. Sebelum ini, perpindahan Nabil Fekir ke Liverpool yang hampir selesai tiba tiba tidak menjadi kenyataan disebabkan isu kecederaan lama yang dialami pemain itu. Namun begitu, ejen Fekir Jean Pierre Bernes mendakwa perpindahan pemain itu akan diadakan semula sejurus tamatnya Piala […]

Liverpool Bakal Mengesahkan Perpindahan Nabil Fekir Pada “Bila Bila Masa”

Pemain berusia 24 tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Paris setelah pakar perubatan Melwood berlepas ke Paris pada hari ini berikutan kedua dua kelab mencapai kata sepakat. Difahamkan Liverpool akan membayar sebanyak £48.4 juta kepada Lyon, dan seterusnya £4.4 juta sebagai tambahan bagi menjadikan jumlah keseluruhan adalah £53.8 juta. Echo difahamkan pemeriksaan kesihatan itu mungkin […]

Liverpool Hampir Mencapai Kesepakatan Bersama Lyon

Reds yang sungguh mengejar pemain tengah menyerang Perancis ini yang dianggarkan bernilai £60 juta kini sedang mencapai tahap akhir. Liverpool kini semakin hampir untuk bersetuju mengenai perjanjian untuk mendapatkanmpemain tengah menyerang Lyon ini. Pengurus Reds, Jurgen Klopp mahu menjadikan Fekir pembelian utama yang dinilai berharga £60 juta dimana pemain ini telah dipantau lebih meluas pada […]

Liverpool Berharap Untuk Menyelesaikan Perpindahan Nabil Fekir Sebelum Piala Dunia 2018

The Reds berada dalam peringkat akhir perbincangan untuk cuba mencapai persetujuan dengan Lyon untuk pemain tersebut. Dan mereka berharap persetujuan akan dicapai dengan nilai perpindahan yang dijangka melebihi £60 juta. Pemain berusia 24 tahun ini boleh bermain di bahagian tengah serangan dan harapan merupakan sasaran Klopp seterusnya bagi meningkatkan ketajaman barisan serangan Liverpool untuk musim […]

error: Content is protected !!