Pelan Taktikal Terperinci Pep Lijnders Yang Membantu Liverpool Merangkul UCL

Beliau mendedahkan bahawa perlawanan persahabatan tertutup dengan “Benfica B” merupakan kunci utama dalam persediaan untuk ke Madrid. Dan beliau percaya pendekatan terperinci yang disusun ketika kem latihan di Marbella merupakan pendekatan yang membuahkan kejayaan buat kelab untuk merangkul gelaran UCL keenam mereka pada Ahad lepas. Pengurus Benfica B, Renato Paiva mendedahkan bahawa mereka bersetuju untuk […]

Skuad LFC Berlepas Untuk Kem Latihan Marbella – Seorang Pemain Berada Di Sana

The Reds akan menghabiskan masa seminggu di Costa Del Sol dan Roberto Firmino akan “menyambut” mereka semua di sana. Kesemua pemain akan berlepas ke Spain untuk memulakan persiapan dalam untuk perlawanan akhir UCL menentang Spurs dalam masa kurang 2 minggu lagi. Semestinya kesemua pemain berada dalam keadaan segar semula apabila Jurgen Klopp memberikan mereka 5 […]

Liverpool Menghadapi Krisis Kecederaan Pertahanan Tengah Semula

Dejan Lovren difahamkan tidak turut serta dalam kem latihan di Marbella dengan beliau masih menjalani pemulihan kecederaan di Melwood. Beliau masih menerima rawatan kecederaan hamstring yang dialaminya semasa menentang Wolves dalam aksi FA Cup 2018. Menurut Klopp menerusi liverpool FC : “Dejan tidak bersama kami dan begitu juga Joe Gomez”. “Ianya bukan petanda yang bagus. […]

Liverpool Mengumumkan Pemain Yang Terlibat Dalam Kem Latihan Di Marbella

Seramai 31 pemain menyertai kem latihan ini yang akan berlangsung hingga Jumaat hadapan. Liverpool tidak akan bermain dalam sebarang kejohanan hingga perlawanan menentang Bayern Munich pada 19 Februari 2019 dalam pusingan kedua kalah mati, dan Klopp mengambil kesempatan ini untuk membawa pemainnya ke kem latihan di Spain selama 4 hari. Berikut adalah pemain yang terlibat […]

Fisioterapi Liverpool “Mengesahkan” Mo Salah Tidak Akan Berpuasa Sebelum Perlawanan Akhir UCL

Ruben Pons ditemuramah oleh Radio Sepanyol ketika itu. Beliau mengesahkan bahawa pemain dari Mesir itu tidak akan melaksanakan rukun Islam ketiga itu menjelang perlawanan akhir UCL awal pagi esok. Mo Salah di mana musim ini telah menjaringkan 44 gol untuk Liverpool, adalah seorang penganut agama Islam yang taat dan beliau telah berpuasa sejak 16 Mei […]

Liverpool Akan Ke Marbella Untuk Kem Latihan Sebagai Persediaan Untuk Final UCL

Mereka akan berada di sana selama 4 hari dengan fokus untuk menghadapi Real Madrid. Skuad Reds akan berlepas ke Spain hari ini setelah diberikan cuti selama 2 hari, setelah menumpaskan Brighton 4 – 0 di Anfield pada hari terakhir kempen EPL 2017 2018. Sebelum ini, Liverpool pernah mengadakan kem latihan di Costa Del Sol dalam […]

Jurgen Klopp Menjelaskan Sebab Liverpool Mengadakan Kem Latihan Di Marbella, Spain

Beliau menyifatkan kem latihan hari ini adalah masuk akal, dengan cuaca yang lebih baik dan juga berlatih mengenai taktik permainan yang baru. Klopp bersama pemain dan barisan jurulatihnya berlepas ke Spain selepas kemenangan besar di Porto, dengan hujung minggu yang lebih santai tanpa sebarang perlawanan kompetitif berikutan penyingkiran mereka dari Piala FA. Liverpool meluangkan masa […]

Bekas “Sasaran Perpindahan” Sardar Azmoun Bergambar Bersama Jurgen Klopp

Pemain itu didakwa menjadi sasaran perpindahan Liverpool musim lepas. Beliau merupakan pemain dari Iran serta dilabelkan sebagai ‘Iranian Messi’ sebelum ini, buat masa sekarang bersama kelab Russia Rubin Kazan. Beliau sebelum ini pernah mendakwa Liverpool pernah berminat untuk mendapatkan beliau pada Januari 2017 dengan ketiadaan Sadio Mane kerana mewakili Senegal dalam Piala Negara Afrika ketika […]

Mohammad Salah : 30 Gol Sudah Banyak, Namun Saya Mahu Memperbaiki Lagi Prestasi

Beliau meluahkan kegembiraan beliau ketika menjaringkan gol ke 30 ketika menentang Porto, namun beliau masih tidak berpuas hati dengan pencapaian dirinya. Pemain serangan Liverpool itu menjaringkan gol tersebut dengan melakukan timangan di hadapan penjaga gol Porto Jose Sa, sebelum menguis masuk bola tersebut setelah percubaan James Milner terkena tiang dan bola itu jatuh di hadapan […]

Liverpool FC Akan Melakukan Kem Latihan 4 Hari Selepas Perlawanan Menentang Porto

Skuad kendalian Jurgen Klopp akan ke Marbella, Spain dengan tiada sebarang perlawanan hujung minggu ini. Mereka akan ke Porto pada tengahari Selasa dan akan menginap di sana selama sehari, dan kemudian berlepas ke Spain untuk kem latihan 4 hari di sana. Liverpool tidak akan bermain pada hujung minggu ini selepas tersingkir dari aksi FA Cup […]

error: Content is protected !!