Mengapa Alex Oxlade Chamberlain Tidak Menjalani Latihan Bersama Skuad Liverpool

Difahamkan beliau menjalani program latihan khas berasingan daripada skuad. Ianya sekaligus menepis andaian bahawa pemain ini dikhabarkan mengalami kecederaan sebelum ini. Alex Oxlade Chamberlain sebaliknya mengikuti program latihan khas yang dikhususkan buat beliau setelah bermain selama 60 minit ketika perlawanan menentang Dortmund di Indiana. Ianya merupakan penampilan paling lama beliau di atas padang setelah mengalami […]

Jurgen Klopp Mempertimbangkan Tawaran Napoli Untuk Nathaniel Clyne?

Pemain bek kanan itu mungkin akan meninggalkan Liverpool dengan Klopp memulakan proses memperbaiki skuad beliau. Difahamkan Napoli bersedia untuk mendapatkan khidmat Nathaniel Clyne dengan Klopp mungkin mahu merombak sedikit pasukannya pada musim hadapan. Sebelum ini Clyne jarang diturunkan oleh Liverpool dan telah dipinjamkan ke Bournemouth selama setengah musim. Liverpool mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebanyak £15 […]

Nathaniel Clyne Bercakap Mengenai Kekecewaannya Di Liverpool FC

Selain itu beliau juga menolak tawaran Neil Warnock di Cardiff sebelum membuat keputusan menyertai Bournemouth. Beliau juga menyatakan kekecewaannya tidak mendapat minit permainan yang mencukupi sepanjang dua musim sebelum ini di Anfield. Clyne menyertai Bournemouth secara pinjaman hingga hujung musim ini dan diturunkan buat pertama kali ketika menentang Brighton dalam aksi FA Cup. Sebelum ini  […]

Ki-Jana Hoever Dalam Perhatian Untuk Diserapkan Dalam Skuad Utama Liverpool

Pemain remaja Liverpool ini telah menarik minat Klopp sekaligus membenarkan Nathaniel Clyne menyertai Bournemouth secara pinjaman. Dan pemergian dua pemain Liverpool ke Bournemouth bukanlah petanda untuk Liverpool menekan butang “panik” dalam pasaran perpindahan buat masa sekarang. Beliau dapat melihat potensi yang agak besar dalam skuad remaja Liverpool – terutama Ki Jana Hoever yang baru berusia […]

Turun Pertama Kali Selepas Berehat Panjang, Nathaniel Clyne Tidak Mengecewakan

Pemain pertahanan ini membuat penampilan buat pertama kali di musim ini bagi Liga Perdana, dalam saat Liverpool meraih kemenangan dengan mengalahkan Manchester United. Jurgen Klopp memberi penghormatan dengan rasa begitu kagum diatas apa yang telah ditunjukkan Nathaniel Clyne selepas dia mempamerkan satu aksi hebat buat Liverpool dalam kemenangan 3-1 ke atas Manchester United di Anfield. […]

Karier Nathaniel Clyne Semakin Suram Di Liverpool?

Perpindahan keluar dari Anfield mungkin menjadi pilihan beliau untuk meneruskan kariernya. Dua tahun lepas pada hari yang sama, Nathaniel Clyne merupakan pemain yang berada dalam kesebelasan utama menentang Spain. Beliau adalah pilihan pertama pasukan Liverpool dan England di bek kanan. Selain itu, beliau merupakan contoh untuk konsistensi prestasi setelah berpindah dari Southampton ke Liverpool dengan […]

Senarai Skuad Yang Bakal Berlepas Ke Serbia Dan Update Mengenai Pemain-Pemain Lain

The Reds dijadualkan berlepas ke Serbia lewat pagi ini menjelang pertandingan Selasa malam (Rabu, 1:15pagi waktu Malaysia). Naby Keita dan Dejan Lovren adalah antara yang akan turut serta setelah pulih dari kecederaan. Jordan Henderson akan kekal di Melwood untuk meneruskan latihan kecergasannya selepas masalah hamstring baru-baru ini, tetapi akan bertanding untuk menghadapi Fulham pada hari […]

Bagaimana Dengan Masa Depan Clyne Di Liverpool

Wartawan Liverpool Echo, James Pearce dalam rancangan popular beliau, ‘LiveBlog Q and A’, telah menjawab segala persoalan yang diajukan para peminat Reds seantero dunia. Tempoh hari, LMreds juga telahpun siarkan persoalan yang diajukan peminat tentang Mane dan Milner, yang terkait dengan perjanjian kontrak baru. James Pearce Tentang Perjanjian Baru Sadio Mane & James Milner Dan […]

Nathaniel Clyne Telah Mula Menjalani Latihan Di Melwood

Beliau tidak bermain sejak latihan pramusim lepas disebabkan kecederaan belakang. Pemain pertahanan kanan ini telah mula menjalani latihan bersama pasukan di Melwood, setelah terlibat dengan kem latihan skuad selama 4 hari di Marbella, Spain. Clyne tidak bermain bersama Liverpool musim ini disebabkan kecederaan dan menjalani pembedahan pada November dalam usaha untuk kembali beraksi musim ini. […]

Liverpool FC Akan Melakukan Kem Latihan 4 Hari Selepas Perlawanan Menentang Porto

Skuad kendalian Jurgen Klopp akan ke Marbella, Spain dengan tiada sebarang perlawanan hujung minggu ini. Mereka akan ke Porto pada tengahari Selasa dan akan menginap di sana selama sehari, dan kemudian berlepas ke Spain untuk kem latihan 4 hari di sana. Liverpool tidak akan bermain pada hujung minggu ini selepas tersingkir dari aksi FA Cup […]

Dengan Kembalinya Clyne adakah Berita Baik Untuk Gomez?

Selepas berjaya mendapatkan 93 penampilan sepanjang dua musim di Liverpool, karier Nathaniel Clyne di Liverpool terhenti seketika akibat mengalami kecederaan pada pra musim sehinggalah kini tidak lagi diturunkan kerana masih belum sembuh sepenuhnya. Pemain bek kanan yang boleh dipercayai ini sentiasa bermain sejak dibeli dari Southampton dengan harga £12 juta ketika jendela perpindahan musim panas […]

Nathaniel Clyne Disenaraikan Dalam Skuad UCL Liverpool Untuk Pusingan Kedua Kalah Mati

Selain itu Virgil Van Dijk dan Danny Ings turut disenaraikan ke dalam skuad. Pemain pertahanan Liverpool ini belum melakukan penampilan bersama Liverpool musim ini berikutan kecederaan belakang yang dialami semasa latihan pramusim. Difahamkan beliau masih menjalani pemulihan kecederaan beliau, sambil Klopp pernah menyatakan pada November lepas bahawa pemain itu bakal tersisih sekurang kurangnya hingga bulan […]

error: Content is protected !!