Crossing TAA persis David Beckham – Danny Murphy

Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy berkata crossing Trent Alexander-Arnold berada pada tahap yang sama dengan wira Manchester United, David Beckham. Alexander-Arnold meneruskan form hebat dari musim lalu dengan menyediakan bola yang padu untuk Divock Origi bagi menjaringkan gol ketika menang 4-1 ke atas Norwich pada Khamis lalu, dan TAA sedang berusaha untuk mempertahankan jumlah […]

Media : Saat Saat “Kepantasan Berfikir” Oleh Trent Alexander Arnold

Beliau dapat mengesan Divock Origi yang tidak dikawal di hadapan pintu gol Barcelona, dan gerakan seterusnya telah menghasilkan gol kemenangan. Gerakan itu terhasil dari sepakan sudut, di mana sepatutnya dilakukan oleh Xherdan Shaqiri namun sebaliknya Trent melakukan hantaran pantas ke dalam petak untuk gol keempat Liverpool. Saksikan kembali gol kemenangan Liverpool hasil dari gerakan pantas […]

Trent Alexander Arnold Kembali Ke Liverpool Setelah Mengalami Kecederaan

Beliau melaporkan diri untuk skuad kebangsaan meskipun mengalami masalah belakang. Dan akhirnya beliau telah dilepaskan dari tugasan antarabangsa dan kembali ke kelab untuk menjalani rawatan. Sebelum ini beliau telah mengalami kecederaan belakang ketika menentang Burnley pada 10 Mac – dan tidak mengalami masalah meskipun dilaporkan berlatih dan bermain dalam kecederaan. Staf England telah sedia maklum […]

TAA: Persembahan The Reds Pada Minggu Lalu Membuktikan Ketahanan Mental Liverpool

Trent Alexander-Arnold percaya permainan sepanjang minggu lalu telah membuktikan ketahanan mental yang makin membuak oleh Liverpool di samping sisi Jurgen Klopp memperlihatkan “karakter” mereka. Liverpool kembali ke tangga teratas pada Ahad lalu selepas penalti lewat James Milner menghadiahkan tiga mata menentang pasukan Fulham yang berjuang menyamakan kedudukan menerusi Ryan Babel. Kemenangan itu datang selepas kejayaan […]

Perkembangan Terkini : Bayern Munich dan Liverpool

Jurgen Klopp optimis bahawa Trent dapat diturunkan awal pagi esok namun Naby Keita tidak menyertai skuad Liverpool ke Germany. Trent mengalami kecederaan di lewat perlawanan ketika menentang Burnley, namun beliau menyertai skuad ke yang berlepas ke Germany pada hari Selasa. Menurut Klopp : “Beliau nampak bagus. Pada mulanya beliau seperti ada masalah kecederaan namun ia […]

Dua Pemain Ini Dijangka Diturunkan Dengan Klopp Membayangkan Rombakan Pasukan

Trent Alexander Arnold dan Naby Keita dijangka akan diturunkan pada perlawanan pagi esok. Pemain antarabangsa Guinea, Naby Keita dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Watford di Anfield setelah beliau tidak diturunkan ketika perlawanan menentang Man United. Sebelum ini, Klopp menjelaskan beliau menggandingkan Jordan Henderson, Fabinho dan Gini Wijnaldum untuk mengekang kekuatan fizikal dan juga pemain […]

Trent Alexander Arnold : Persahabatan Diletakkan Di Tepi Menjelang Pertemuan Man United – Liverpool

“Sudah pasti tiada sebarang mesej. Anda akan fokus dengan tugas anda dan tiada riak senyuman di muka anda”. Itu isyarat yang diberikan oleh Trent Alexander Arnold yang akan mewakili kelabnya untuk “bertempur” di Old Trafford pada Ahad ini. Beliau merupakan rakan karib kepada dua pemain Manchester United, Marcus Rashford dan Jesse Lingard semasa dalam kem […]

Nasihat Cafu Kepada TAA – “Jangan Berpuas Hati Dengan Prestasi Sekarang”.

Pemain antarabangsa England ini bakal turun buat pertama kali setelah tersisih selama sebulan akibat kecederaan. Dan Cafu telah memberikan nasihat kepada Trent bahawa beliau harus berani berganjak dari kedudukannya sekarang jika mahu terus memperkembangkan bakatnya. Trent Alexander Arnold telah menikmati saat terbaik dalam kariernya selama 18 bulan apabila apabila berjaya menembusi skuad utama kelab, bermain […]

TAA Serta Rakan Sepasukan Teruja Dengan Ox Dan Rhian Brewster

Alex Oxlade-Chamberlain dan Rhian Brewster mengambil bahagian dalam latihan sulung kem empat hari The Reds di Marbella. Mereka kelihatan sudah kembali ke kecergasan penuh setelah mengalami kecederaan jangka panjang. Kemunculan Oxlade-Chamberlain dan Brewster dengan rakan sepasukan mereka dipenuhi dengan kegembiraan oleh penyokong apabila gambar sesi latihan itu tular di media sosial- dan Alexander-Arnold telah menjelaskan […]

Perkembangan Terkini Mengenai Kecergasan Trent, Wijnaldum Dan Henderson

Jurgen Klopp mendapat berita positif menjelang pertembungan ke atas Bournemouth hujung minggu ini. Trent Alexander Arnold, Gini Wijnaldum dan Jordan Henderson dilaporkan telah menjalani latihan bersama pasukan di saat kelab bakal melayani kunjungan dari skuad Eddie Howe hujung minggu ini. Trent Alexander Arnold dijangka akan kembali ke posisi bek kanan setelah terlepas tiga perlawanan sebelumnya […]

Alex Oxlade Chamberlain Dijangka Akan Menyertai Kesebelasan Utama Pada April

The Reds mengambil pendekatan berhati hati dengan pemain itu meskipun telah disenaraikan dalam skuad UCL. Pemain ini sedang menjalani proses pemulihan disebabkan kecederaan lututnya pada April 2018, namun dijangka tidak akan diletakkan dalam kesebelasan utama hingga April hadapan. Ini bermakna dua bulan kemudian adalah waktu terbaik untuk beliau kembali bermain secara kompetitif, dan ketika itu […]

Jurgen Klopp Mengakui Joe Gomez Mungkin Memerlukan Pembedahan Di Atas Kecederaannya

Pemain pertahanan itu terpaksa tersisih lebih lama disebabkan keadaan tulangnya yang lambat pulih. Pengurus Liverpool itu mendedahkan bahawa Joe Gomez mungkin terpaksa menjalani pembedahan di atas keretakan tulangnya setelah beberapa proses pemulihan terhenti disebabkan masalah tersebut. Manakala Trent Alexander Arnold belum bersedia untuk kembali dalam perlawanan menentang West Ham, selain daripada kecederaan hamstring Dejan Lovren […]

error: Content is protected !!