Comeback Is Real! Liverpool 4 Barcelona 0 ( Aggregat 4 – 3 )

Dua gol dari Lord Origi dan Gini Wijnaldum mencetuskan perasaan luar biasa di Anfield apabila bangkit dari kekalahan untuk mara ke FINAL UCL. Jurgen Klopp melakukan rombakan di bahagian serangan kali ini, apabila membuat keputusan untuk menurunkan Origi – Shaqiri – Mane sambil meletakkan kembali Trent di bek kanan. Liverpool memulakan perlawanan kali ini dengan […]

Analisis Taktikal : Barcelona vs Liverpool daripada Nouman

Lionel Messi berada pada kelas beliau tersendiri dengan menjaringkan dua gol ke atas Liverpool dalam perlawanan awal pagi Khamis lepas. Bagaimana Liverpool membina “sangkar” untuk mengurung Messi tidak menjadi kenyataan kerana beberapa pemain lain begitu bebas bergerak di dalam padang. Dan kemasukan Nelson Semedo nyata memberikan perbezaan …… Saksikan : ADMIN Perubahan taktikal Barcelona untuk […]

Media : Highlight Perlawanan Barcelona 3 Liverpool 0

Barcelona meletakkan sebelah kaki ke Final UCL apabila membenam cabaran The Reds dalam perlawanan separuh akhir pertama UCL. Dua jaringan Messi dan satu jaringan Luis Suarez telah membuktikan Barcelona lebih berhak menang perlawanan ini. Saksikan. ADMIN Masih ada lagi 90 minit. Jangan menyerah dulu. YNWA. Sumber : Bein Sports

“Misi Mustahil” Di Anfield – The Reds Tunduk Kepada Barca 3 – 0

Dua gol daripada Lionel Messi dan juga satu gol awal Suarez membolehkan Barcelona membawa bekalan selesa ke Anfield minggu hadapan. Jurgen Klopp membuat rombakan dalam kesebelasan utama kali ini dengan memasukkan Joe Gomez di sebelah kanan, manakala Wijnaldum mengisi kekosongan yang ditinggalkan Roberto Firmino. Namun Barcelona yang disokong lebih 90 ribu penonton lebih bernafsu menyerang […]

Statistik Pra Perlawanan : Barcelona vs Liverpool (UCL)

Sadio Mane akan membantu Liverpool untuk mencatatkan rekod baru kelab jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan awal pagi esok. Beliau setakat ini telah menjaringkan 24 gol musim ini, dan hanya dipisahkan dengan satu gol dengan Mo Salah yang telah mencecah 25 gol semusim dalam pelbagai kejohanan. Jika beliau berjaya melakukannya, ianya merupakan 2 musim berterusan […]

Jurgen Klopp Telah Menukar Liverpool FC Dari “Penonton” Kepada “Pencabar”

Kali terakhir mereka berada di Nou Camp adalah ketika menyaksikan Messi dan rakan menumbangkan Borussia Monchengladbach. Dan sekarang mereka ditugaskan untuk “menghentikan” Barcelona di halaman mereka sendiri. Sebahagiab daripada staf dan pemain Liverpool sekarang merupakan sebahagian penonton yang menyaksikan perlawanan Barcelona – Monchengladbach dalam peringkat kumpulan UCL, di mana ketika itu mereka sedang menjalani kem […]

Jurgen Klopp : Saya Tidak Terfikir Liverpool Lebih Baik Tanpa Coutinho Sekarang

Beliau gembira pasukannya dapat menyesuaikan diri setelah pemain itu berhijrah ke Barcelona. Dan beliau mengakui bahawa pasukannya telah menunjukkan prestasi luar jangkaan ketika ini. Pasukannya akan bertemu semula dengan Coutinho dalam perlawanan menentang Barcelona pada awal pagi esok. Coutinho telah menjaringkan 54 gol dari 201 penampilan, menyertai gergasi Catalan itu dengan nilai £142 juta pada […]

Roberto Firmino Disenaraikan Dalam Skuad Ke Barcelona

Liverpool menyenaraikan 23 pemain untuk perlawanan pertama UCL menentang Barcelona ke Nou Camp pada awal pagi Khamis. Sebelum ini Firmino tidak disenaraikan dalam skuad menentang Huddersfield berikutan kecederaan pangkal paha namun difahamkan telah kembali menjalani latihan pada pagi ini. Fabinho juga di antara pemain yang turut serta dalam skuad selepas mengalami kecederaan ketika menentang Cardiff […]

Andy Robertson : Liverpool Harus Bertahan Sebagai Satu Pasukan Untuk Mengekang Messi

Pemain antarabangsa Scotland itu akan berhadapan dengan antara pemain terbaik dunia dalam pertembungan antara Barcelona dan Liverpool. Dan Andy Robertson juga mengakui bahawa Liverpool harus bertahan sebagai satu pasukan untuk mengekang pergerakan Lionel Messi. Ketika ini Messi menikmati satu lagi musim terbaiknya apabila membantu Barcelona untuk meraih kejuaraan La Liga musim ini. Beliau sudah semestinya […]

Liverpool Digesa Untuk Menjuarai Sesuatu Untuk Hentikan Perpindahan Pemain

Real Madrid dikaitkan dengan perpindahan Mo Salah ke kelab itu dengan pasukan itu sedang dirombak secara besar besaran. Liverpool masih memburu kejuaraan liga dan juga UCL musim ini namun mereka seharusnya memikirkan cara untuk memenanginya bagi mengelakkan beberapa pemain utama berhijrah ke Real Madrid. Ia merupakan saranan daripada Luis Garcia, di mana gol beliau ketika […]

Liverpool Bertindakbalas Terhadap Harga Tiket Penyokong Reds Di Nou Camp

Penyokong Liverpool di Nou Camp bakal dikenakan harga £103, sama seperti penyokong Man United yang bertandang di sana ketika perlawanan Suku Akhir. Namun Liverpool bertindak lebih bijak apabila mengenakan harga yang sama terhadap penyokong Barcelona yang bertandang ke Anfield ketika perlawanan separuh akhir kedua. Dan Liverpool akan menggunakan baki £27 tambahan caj kepada penyokong Barcelona […]

Media : Highlight Perlawanan Porto 1 Liverpool 4 (UCL)

Jaringan daripada Sadio Mane, Mo Salah, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino mengesahkan laluan The Reds ke Separuh Akhir UCL 2018 2019. Porto juga dapat menghasilkan 1 gol akhirnya ketika menentang Liverpool menerusi bakal pemain Real Madrid, Eder Militao. Saksikan : ADMIN Momentum kemenangan yang sentiasa berterusan dan inilah yang kita mahu. Sumber : Goal.com

error: Content is protected !!