“Scary” – Gambaran Alison Terhadap VVD

Penjaga gawang The Reds, Alisson telah menyifatkan pemain pertahanan dan rakan sepasukannya, Virgil van Dijk, sebagai seorang yang “menggerunkan” pihak lawan. Pasangan yang sangat diminati dan dijulang sepanjang musim lalu berjaya menamatkan lebih dari separuh daripada permainan Liga Perdana dengan cleansheet, sementara kedua-duanya juga memainkan peranan penting dalam pengembaraan ke final Liga Juara-Juara. Seperti yang […]

Pesanan Virgil Van Dijk Untuk Peminat Di Akhir Musim 2018 2019

Beliau berazam mahu membantu Liverpool mencatatkan lebih banyak kejayaan setelah berjaya membawa kelab menjulang kejuaraan UCL. Pemain ini mengimbau kembali kenangan di mana beliau membantu Liverpool menjulang kejuaraan UCL keenam, serta menjadi kapten Netherlands untuk beraksi di Final UEFA Nations League selepas itu. Dan berikut adalah kenyataan Van Dijk menerusi laman sosial beliau : “Saya […]

Van Dijk Dan Wijnaldum Bantu Netherlands Ke Final UEFA Nations League

The Oranje berjaya menewaskan England 3 – 1 dalam perlawanan di Guimaraes awal pagi tadi. Masih bersemangat ketika membantu Liverpool menjuarai UCL minggu lepas, mereka bermain selama 120 minit termasuk masa tambahan setelah kedudukan terikat 1 – 1 pada masa sebenar perlawanan. Kapten Liverpool, Jordan Henderson diturunkan pada separuh masa kedua manakala Trent Alexander Arnold […]

Virgil Van Dijk Mahukan Kontrak Baru Di Liverpool

Pemain itu masih mempunyai baki kontrak 4 tahun di Liverpool ketika ini. Dan permohonan kontrak baru itu adalah untuk menjamin komitmennya bersama Liverpool selepas membantu pasukan itu menjulang kejuaraan UCL. Terdapat laporan pada Rabu lepas di mana pemain itu mahu membincangkan kontrak baru beliau bersama The Reds. Namun Echo difahamkan tiada perbincangan dilakukan antara kelab, […]

Lauren: Van Dijk Tidak Setanding Sol Campbell

Legenda kelab Arsenal, Laureano Bisan Etamé-Mayer atau dikenali sebagai Lauren percaya bahawa Virgil van Dijk belum mencapai tahap Sol Campbell. Campbell merupakan pemain tengah yang dominan untuk Tottenham, Arsenal dan England sepanjang 20 tahun kariernya. Pada musim ini, Van Dijk muncul sebagai pemain pertahanan utama dalam bola sepak dunia, tetapi Lauren menganggap VVD adalah selangkah […]

Virgil Van Dijk Meraih Anugerah Pemain Terbaik PL 2018 2019

Beliau hanya terlepas 35 minit dari 37 perlawanan EPL yang disertainya, dengan membantu kelab mencatatkan 20 rekod tanpa bolos dan menjaringkan 4 gol. Sebelum ini beliau telah meraih anugerah Pemain Terbaik PFA 2018 2019 – telah memainkan watak penting untuk perebutan kejuaraan liga hingga ke hari terakhir hari ini. Beliau menewaskan pesaing dari rakan sepasukan […]

Van Dijk : Ini Hanya Satu Permulaan Dari Liverpool

Beliau merasakan musim di mana Liverpool mencabar dua kejuaraan – UCL dan EPL ini hanyalah permulaan. The Reds mencatatkan sejarah sendiri dalam kejohanan benua Eropah apabila mengenepikan cabaran peringkat Barcelona di Separuh Akhir Kedua, dan dijadualkan akan bertemu dengan Spurs dalam perlawanan akhir tiga minggu lagi. Dan Ahad ini, Van Dijk dan rakan sepasukan akan […]

Virgil Van Dijk Memenangi Pemain Terbaik PFA Musim Ini

Beliau meraih anugerah tersebut dalam satu majlis di London pada malam Ahad. Van Dijk mendapat undian tertinggi dari 92 kelab dari Liga Perdana dan kelab Liga Inggeris sebagai satu pengiktirafan ke atss prestasi konsisten dan dominan. Beliau telah melakukan 45 penampilan dalam semua kejohanan musim ini, membantu Liverpool untuk mencatatkan 23 rekod tanpa bolos dab […]

Perkembangan Terkini Kecergasan Roberto Firmino & Virgil Van Dijk

Beliau mengakui kecergasan Firmino harus dinilai terlebih dahulu sebelum berlepas ke Barcelona. Pemain itu tidak diletakkan dalam senarai pemain yang bermain dalam kemenangan besar ke atas Huddersfield selepas mengalami isu otot koyak sebelum perlawanan. Meskipun Klopp optimis bahawa Firmino akan sempat pulih menjelang pertemuan ke atas Barcelona di Nou Camp, namun Klopp berfikir ianya masih […]

Mesej Van Dijk Untuk M.U : Mereka Lakukan Sesuatu Untuk Diri Sendiri Juga

Man City dan Liverpool masih bersaing untuk merebut kejuaraan liga namun kelebihan terletak pada skuad Pep Guardiola. Dan Virgil Van Dijk menyeru skuad Man United untuk “berbuat sesuatu” untuk mereka sendiri dan juga Liverpool menjelang pertembungan Manchester Derby pada awal pagi Khamis ini. Skuad Pep Guardiola akan memintas Liverpool dan menjadi pendahulu liga sebenar jika […]

James Milner : Virgil Van Dijk Selalu Menyakat Saya Sudah Tua!

Beliau meraikan gol dengan cara yang “pelik” setelah menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan Liverpool ke atas Cardiff. Dan sepakan beliau itu telah mengesahkan Liverpool untuk membawa 3 mata dari Wales dan seterusnya kembali ke puncak liga buat sementara waktu. Bekas pemain antarabangsa England itu kemudian berlari ke belakang gol untuk meraikan jaringan – dan melakukan […]

Jurgen Klopp Berharap Virgil Van Dijk Dapat Meraih Anugerah Pemain Terbaik PFA

Pemain itu memainkan peranan penting dalam siri pemburuan kejuaraan Liverpool musim ini. Dan beliau mengakui akan kecewa jika Virgil Van Dijk gagal memenangi anugerah tersebut pada musim ini. Selain daripada membantu kelab untuk memburu kejuaraan, beliau juga memainkan peranan penting untuk Liverpool mencatatkan defensif terbaik dalam EPL ketika ini. Beliau terlibat hampir setiap minit perlawanan […]

error: Content is protected !!