Arjen Robben : Kami Mendapat Undian “Mimpi Ngeri” Dalam Pusingan Kedua Kalah Mati

Bayern Munich telah diundi untuk bertemu Liverpool dalam UCL yang akan bermula bulan hadapan.

Dan pemain veteran Netherlanda itu memuji perkembangan pasukan Liverpool buat masa sekarang, yang kini berada di tangga teratas liga dan telah melangkah ke perlawanan akhir UCL musim lepas.

Beliau juga mendakwa Liverpool merupakan salah satu pasukan pilihan untuj menjuarai UCL, dan bukan hanya dengan menentang Bayern Munich.

Menurut Robben menerusi Football Oranje.com :

“Liverpool telah melakukan yang terbaik lagi kali ini, seperti tahun lepas mereka telah melangkah ke final, dan saya melihat mereka sebagai pencabar kejuaraan UCL buat masa sekarang”.

“Bagi kami, ianya dianggap satu mimpi buruk bertemu dengan Liverpool. Namun ianya satu cabaran hebat, kami harus melihat kembali prestasi kami, bekerja keras dan memperbaiki diri kami”.

“Jika kami bernasib baik dan bermain dengan cara kami sendiri, kami yakin akan menyukarkan pasukan Liverpool”.

Robben juga mengagumi kualiti yang dimiliki oleh rakan senegaranya iaitu Virgil Van Dijk, yang dilihat sebagai penyelesaian masalah untuk pertahanan Liverpool sejak berhijrah dari Southampton pada Januari tahun lepas.

“Saya tidak tahu samada beliau adalah pemain pertahanan yang terhebat di dunia buat masa sekarang, tetapi jika peminat menyatakan sedemikian maka saya gembira dengan beliau”.

“Beliau berjaya meningkatkan prestasinya, dengan situasi dari mana beliau berada sebelum ini”.

“Bukan sahaja telah menjadi seorang pemain yang bagus, malah mempunyai personaliti yang baik. Saya gembira melihat beliau dalam keadaan sekarang”.

“Van Dijk telah berada dalam sebuah kelab yang besar, malah beliau merupakan kapten kepada pasukan Netherlands. Beliau sememangnya layak menerima pujian”.

Arjen Robben akan meninggalkan Bayern setelah kontraknya bersama pasukan ini akan tamat pada hujung musim ini.

ADMIN

Bayern juga bukan pasukan yang mudah untuk dikalahkan. Namun ianya bakal menjadi perlawanan yang hebat.

Sumber : Daily Mirror 

Post Author: Mohd Nuruzzaman