Terima Kasih Arsenal : Nasib Liverpool Di Tangan Sendiri Kembali

Setelah kegagalan mendapatkan 3 mata di Anfield, Liverpool hanya berpuas hati dengan keputusan seri di tangan Southampton. Ini membolehkan ruang dan peluang kepada Man Utd. Baca : Highlight Liverpool vs Southampton Perlawanan Arsenal dan Man Utd adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat Liverpool. Mungkin kali ini, rata-rata akan menjadi rakan karib pasukan Arsenal. Dan akhirnya, Arsenal berjaya menewaskan Man Utd dengan keputusan 2-0. Ini membolehkan nasib Liverpool berada ditangannya sendiri setelah tercicir 2 mata pada sebelah malam tadi. Ini adalah kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris. Arsenal berada di tangga ke…

Read More

Peter Krawietz Berkongsi Jadual Latihan Liverpool

Admin pasti semua kenal dengan Peter Krawietz kan? Beliau adalah Pembantu Jurulatih kedua Liverpool. Beliau dan Zeljko Buvac ni sudah jadi orang kepercayaan Jurgen Klopp sejak di Mainz lagi, dan kelihatan sukar untuk dipisahkan. Malah ada gelaran untuk mereka bertiga. Klopp adalah ‘The Mouth’, Buvac adalah ‘The Brain’ dan Krawietz digelar ‘The Eye’. Sedikit informasi mengenai Krawietz, beliau berbeza dengan Buvac dimana beliau tidak ada pengalaman sebagai pemain bola sepak. Kepakaran beliau adalah dalam bidang analisis dan scouting. Mungkin itu sebab beliau digelar ‘The Eye’. Beliau banyak memberi data mengenai pemain…

Read More

Centenary Stand Di Anfield Kini Dikenali Sebagai Kenny Dalglish Stand

Liverpool FC gembira untuk mengumumkan bahawa Centenary Stand di Anfield akan dinamakan semula sebagai The Kenny Dalglish Stand sebagai menghargai sumbangan unik bekas pemain yang berusia 66 tahun itu kepada kelab. Keputusan itu telah diambil oleh pemilikan The Reds, yang diketuai oleh pemilik utama John W Henry, bagi menghargai kedudukan istimewa Dalglish di Anfield pada tahun ulang tahun ke-125 kelab itu. Bekas pemain dan pengurus yang berasal dari Scotland yang sangat cintakan kelab Liverpool yang telah menjangkau hampir empat dekad, bermula pada tahun 1977 apabila dia berpindah ke Merseyside daripada…

Read More

Gerrard: Nasihat Klopp Adalah Kunci Kepada Keputusan Saya Untuk Mengurus Skuad B18

Steven Gerrard dedahkan bagaimana nasihat daripada Jürgen Klopp dapat meyakinkan dirinya untuk mengambil peranan sebagai pengurus pasukan Liverpool Bawah 18 tahun yang menjadi satu langkah yang ideal dalam kerjayanya dalam bidang kejurulatihan yang baru diceburinya. Embed from Getty Images Bekas kapten The Reds itu akan mengambil peranan utama dalam pembangunan pemain-pemain muda di kelab yang berbakat pada musim depan, menggantikan tempat Neil Critchley yang telah ditukarkan untuk mengurus skuad B23. Gerrard telah kembali ke Akademi sejak Februari, apabila dia menerima jawatan di Akademi Kirkby dalam membantu pemain muda di kelab…

Read More

Steven Gerrard Pengurus LFC B18 Bagi Musim 2017/18

Kelab Bola Sepak Liverpool mengesahkan Steven Gerrard akan dilantik sebagai pengurus pasukan B18 bagi musim 2017-18. Embed from Getty Images Bekas pemain Liverpool yang berusia 36 tahun itu akan mengambil peranannya sebagai pengurus pasukan bawah 18 tahun pada musim panas ini, Beliau telah kembali ke kelab sebagai jurulatih Akademi pada bulan Februari lalu setelah mengumamukan persaraannya sebagai pemain bola sepak pada tahun lepas. Dalam memegang jawatan tersebut, Gerrard akan menggantikan Neil Critchley, yang akan mengambil alih tugas mengendali pasukan B23. Manakala pengurus semasa skuad B23 Mike Garrity pula akan menjadi…

Read More

Sejarah Liverbird Dan Logo Liverpool

Kali ini kita akan membicarakan tentang serba sedikit mengenai sejarah logo Liverpool dan apa yang di maksudkan dengan Liverbird. Berkemungkinan ada di antara sahabat LMreds yang kebanyakannya sudah mengetahuinya, jadi kita ambil kesempatan ini untuk mengulangkajinya semula dan secara tidak langsung juga dapat menambahkan lagi pengetahuan sahabat yang belum tahu. BANDAR LIVERPOOL Liverpool merupakan sebuah bandar yang bertaraf metropolitan di Merseyside, England. Liverpool terletak di sebelah tebing timur Muara Sungai Mersey di bahagian barat laut England. Liverpool dibangunkan di kawasan berbukit rendah, bersebelahan dengan kawasan Bukit Everton yang setinggi 70…

Read More

Jurgen Klopp Bercadang Untuk Bersara Selepas Kontrak Liverpool Berakhir

Jurgen Klopp bercadang bahawa dia boleh bersara selepas tempoh perkhidmatannya tamat di Liverpool. Embed from Getty Images Pengendali berusia 49 tahun itu yang telah memulakan kerjayanya di Mainz sebelum menyertai Borussia Dortmund selama tujuh musim, di mana beliau telah berjaya membawa dua kejuaraan Bundesliga dan membawa kelab itu ke dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada musim 2012-2013 sebelum meletak jawatan pada akhir musim 2014-15. Beliau kemudian memutuskan untuk mengendali skuad Liverpool pada Oktober 2015 berikutan pemecatan Brendan Rodgers, dan kini beliau telah berkira-kira mengenai perkara itu di Sport1 pada hari…

Read More

Steven Gerrard Akan Menjadi Pengurus Skuad B18 Liverpool Musim Depan.

Bekas pemain tengah itu mengembangkan kerjayanya dalam membimbing skuad Akademi Embed from Getty Images Steven Gerrard bersedia untuk mengambil alih tugas untuk membimbing pasukan B18 Liverpool musim depan. Legenda The Reds itu telah berkhidmat di Akademi kelab sejak Januari lalu dan telah mengambil peranan ‘free role’ dimana-mana kumpulan umur, tetapi beliau difahamkan akan mengambil alih tugas pengurus untuk skuad B18 bermula pada musim panas ini. Beliau sebelum ini kerap dilihat di luar bersama skuad B18 sejak beliau mula berkhidmat dan terbaru, hari sabtu lalu menyaksikan mereka tewas 2-1 kepada pasukan…

Read More

Kesebelasan Terbaik Merseyside

Menjelang pertemuan dua seteru setempat, Liverpool dan Everton dalam Merseyside Derby, ayuh kita susuri kesebelasan terbaik di Merseyside. Pilihan skuad Merseyside ini adalah pilihan lagenda Liverpool, Jamie Carragher. Menurutnya hanya pemain yang cergas dan boleh bermain dalam perlawanan malam ini sahaja yang dipilih. Carragher memilih formasi 4-1-2-3 dan dia turut memberikan statistik yang menyokong kenapa pemain tersebut menjadi pilihannya. Goalkeeper – Simon Mignolet (Liverpool) Penjaga gol Belgium ini berjaya meraih tempatnya semula selepas Loris Karius gagal mempertahankan posisi No 1 Liverpool ini. Mignolet berjaya menyelamatkan 2 daripada 4 penalti yang…

Read More

Riise: Penyokong Liverpool Adalah Yang Terbaik Di Dunia

Bekas pemain kegemaran di Liverpool, John Arne Riise melabelkan peminat The Reds sebagai yang terbaik di dunia. Pemain bek kiri itu turut menyertai skuad Legends Liverpool ketika menumbangkan Legend Real Madrid di Anfield 4-3. Bekas pemain antarabangsa Norway itu bermain 45 minit dalam perlawanan itu sebelum dikeluarkan dan kemudian dimasukkan semula di lewat permainan. Bekas pemain The Reds ini ternyata menikmati permainan ini selepas 7 tahun bersama Liverpool dari tahun 2001 hingga 2008. Riise mendedahkan betapa perlawanan di Anfield ini cukup bermakna buat dirinya. Melalui laman instagram miliknya, Risse berkata: …

Read More

Analisis : Apakah Meningkat Prestasi Liverpool Dengan 5 Perlawanan Yang Akan Datang Ini

Pertempuran untuk empat teratas semakin panas, dengan Chelsea semestinya berada dalam kedudukan yang selesa sebagai juara Liga Perdana Inggeris. Yang pasti, terdapat asas kuat untuk diperjuangkan bagi tiga baki tempat dalam kedudukan empat teratas liga. Kesungguhan akan menjadi kunci, dan mana-mana pasukan yang mencari tempat untuk ke empat teratas liga, sekarang adalah masanya untuk mengenepikan pihak lawan atau diketepikan pihak lawan. Selepas kemenangan cemerlang Liverpool ke atas pesaing Arsenal Sabtu lalu, kini Liverpool kembali bersedia untuk merebut kedudukan empat teratas dan kembali garang seperti mana prestasi di awal musim. Kelayakan…

Read More

EKSKLUSIF: Liverpool Dijangka Akan Mengubah Suai Akademi Kirkby Untuk Kompleks Latihan Pasukan Utama

The Reds akan berpindah daripada Melwood setelah pemilik kelab menyokong visi Klopp. Liverpool bakal mengubah suai Akademi Kirkby menjadi sebuah kompleks latihan state-of-the-art untuk kedua-dua pasukan utama dan pembangunan pemain muda. Projek bernilai £ 50 juta yang bercita-cita tinggi itu akan memindahkan pasukan utama The Reds daripada tempat bersejarah mereka di Melwood, yang telah menjadi pusat latihan kelab itu sejak tahun 1950-an. Boss The Reds, Jurgen Klopp telah menjadi daya penggerak di sebalik keputusan untuk menyatukan dua kemudahan latihan kelab itu dan pemilik Fenway Sports Group telah bersetuju mengeluarkan dana untuk…

Read More