Arsenal Berhadapan Krisis Kecederaan Di Bahagian Pertahanan

Arsenal saat ini mengalami krisis kecederaan terutamanya dibahagian pertahanan sebelum pertembungan menentang Liverpool di Stadium Emirates. Yang terbaru Unai Emery meragui kecergasan Hector Bellerin.

Bellerin mengalami masalah dibahagian peha ketika seri 2-2 pada perlawanan menentang Crystal Palace pada hari ahad lepas.

Bek kanan Sepanyol tersebut sudah pastinya akan direhatkan pada perlawanan Piala Carabao menentang Blackpool pada rabu ini dan juga diragui akan diturunkan pada perlawanan menentang The Reds.

Beberapa bintang Gunners turut mempunyai masalah kecederaan termasuklah Nacho Monreal (hamstring), Sead Kolasinac (hamstring), Laurent Koscielny (Achilles), Donos Mavropanos (pangkal paha) dan yang terakhir Mo Elneny (peha).

Arsenal berjaya memenangi 11 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sebelum rekod tersebut dihentikan oleh Crystal Palace di Selhurst Park.

Emery meletakkan Granit Xhaka dibahagian pertahanan kiri setelah kemelut kecederaan menimpa pasukan beliau ketika ini.

Bellerin pula bermain di pertahanan kanan sebelum digantikan oleh Stephan Liechstener pada separuh masa kedua manakala Rob Holding digandingkan bersama Shkodran Mustafi dibahagian pertahanan tengah.

Buat masa ini Liverpool dalam keadaan yang lebih baik dan hampir kesemua pemain bintangnya masih lagi cergas hanya Jordan Henderson, Naby Keita dan bekas pemain Arsenal, Oxlade-Chamberlain sahaja yang masih mengalami kecederaan.

Henderson dan Keita dijangka kembali 3 November ini manakala Oxlade-Chamberlain disisihkan sehingga hujung musim agar beliau kembali dengan lebih cergas selepas mengalami kecederaan ketika menentang Roma di Anfield musim lalu.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra