Arsenal FC vs Liverpool FC : Info Perlawanan Tengah Malam Ini

Previu ringkas kunjungan Liverpool ke Emirates pada hari ini.

Liverpool merupakan salah satu pasukan yang belum tewas selepas 10 perlawanan liga musim ini.

The Reds berada di kedudukan kedua di belakang Man City dari segi perbezaan gol, dan telah memenangi 3 perlawanan berterusan dalam pelbagai kejohanan sejak cuti perlawanan antarabangsa pada Oktober.

Arsenal pula belum lagi mencatatkan kekalahan sejak perlawanan menentang Man City dan Chelsea pada Ogos lepas.

Dan situasi memburu kejuaraan liga amatlah ketat musim ini, Klopp sudah semestinya memburu kemenangan di Emirates pada hari ini untuk kekal bersaing di kelompok atasan liga.

Stadium

Emirates Stadium. Halaman Arsenal di utara London.

Sepak Mula

Jam 5.30 petang waktu tempatan. Manakala di Malaysia, 1.30 pagi.

Tontonan

Untuk di UK, siaran langsung boleh diikuti menerusi BT Sports 1 HD.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD.

Kami tidak mempunyai link untuk live streaming dan live FB, namun jika ada kami akan kongsikan.

Perkembangan Terkini Pasukan

Jordan Henderson dan Naby Keita berkemungkinan besar tidak diturunkan untuk memberikan peluang pemain ini untuk cergas sepenuhnya.

Alex Oxlade Chamberlain dan Rhian Brewster merupakan pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Manakala di kem Arsenal, Hector Bellerin masih diragui untuk diturunkan setelah tercedera ketika menentang Palace dan tidak diturunkan dalam aksi Carabao Cup.

Selain itu Mohamad Elneny, Nacho Monreal, Sead Kolasinac, Konstantinos dan Laurent Koncielny masih tersisih akibat kecederaan.

Perlawanan Seterusnya

Perjalanan ke Belgrade bagi menghadapi Red Star Belgrade dalam kancah UCL.

ADMIN

Ramalan anda?

Arsenal dan Liverpool on form sekarang, hanya yang terkuat akan menang. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman