Arsenal Mahu Dapatkan Khidmat Alberto Moreno Secara Perpindahan Percuma?

Pemain bek kiri ini hanya tinggal 8 bulan kontraknya bersama Liverpool, dan difahamkan beliau tidak berminat untuk menyambung kontraknya bersama kelab ini.

Dan Liverpool telah bersedia untuk kehilangan khidmat pemain ini di penghujung musim – dan telah menarik minat beberapa kelab luar dan dalam England termasuklah Arsenal.

Meskipun telah ditawarkan kontrak lanjutan, Alberto Moreno enggan menandatangani kontrak baru sejak kehilangan tempat kepada Andy Robertson musim lepas.

Unai Emery merupakan pengurus beliau ketika di Sevilla, dan mahu mendapatkan pemain ini untuk mengukuhkan bahagian bek kiri Arsenal.

Unai telah memilih untuk menurunkan Nacho Monreal yang berusia 32 tahun ketika ini, dan difahamkan beliau hilang kepercayaan ke atas Sead Kolasinac dan memilih Ainsley Maitland – Niles sebagai back up.

Selain daripada Arsenal, situasi Moreno sekarang turut dipantau oleh Barcelona dan juga Real Madrid.

Kelab itu melihat kepada umur dan juga pengalaman Moreno di Liverpool, dengan pemain ini masih berumur 26 tahun dan telah bermain di pelbagai kejohanan. Dengan ini, mereka mampu mendapatkan back up untuk pemain bek kiri tanpa sebarang bayaran sekalipun.

Liverpool akan menggunakan khidmat Moreno sekurang kurangnya hingga hujung musim ini, dengan Jurgen Klopp berminat untuk mendapatkan Ben Chilwell selain daripada Adam Lewis yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam skuad Liverpool Bawah 18 Tahun.

ADMIN

Memandangkan Andy Robertson berada di tahap terbaik beliau ketika ini, tidak hairanlah Alberto Moreno mahu dilepaskan dan Moreno sendiri mahu meninggalkan Anfield.

Sumber : David Maddock – Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman