Jurgen Klopp Bercakap Mengenai “Kesilapan” Alex Oxlade – Dan Langkah Seterusnya

Pengurus Liverpool itu mahu mengurangkan “beban” yang diletakkan peminat terhadap pemain itu. Ketika ini Alex Oxlade Chamberlain sedang cuba untuk meningkatkan prestasinya sepertimana yang dinikmatinya sebelum kecederaan. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama buat pertama kalinya sejak April 2018 ketika kemenangan Liverpool ke atss bekas kelabnya, Southampton pada hujung minggu lepas. Pemain ini berjaya bermain dengan […]

Daniel Sturridge Dalam Persimpangan Antara Trabzonspor Atau Monaco

Bekas penyerang Liverpool itu dilepaskan pada hujung musim lepas. Dan pemain itu berada dalam dilema dengan Trabzonspor di Turki dan juga Monaco di France yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Sturridge sebelum ini telah menjaringkan 8 gol dari 26 perlawanan bersama England, boleh bermain semula setelah digantung FA berikutan insiden pertaruhan. Beliau berazam untuk menyelesaikan […]

Xherdan Shaqiri Mahukan “Jalan Penyelesaian” Berikutan Minit Permainan Yang Kurang Di LFC

Sekaligus ianya membuka spekulasi perpindahan beliau dengan pintu perpindahan keluar Eropah hanya ditutup pada 02 September. Beliau bakal menghadapi masa depan yang tidak menentu di Liverpool berikutan komen di mana mahu mencari jalan penyelesaian terhadap minit permainan yang diperolehinya setakat ini. Shaqiri hanya memainkan peranan yang lebih sedikit sejak ketibaannya dari Stoke musim lepas, walaupun […]

Jurgen Klopp : Tiada Masalah Dengan Kesilapan Adrian, Selagi Masih Memenangi Perlawanan

Pengurus Liverpool itu berseloroh dengan kesilapan yang dilakukan Adrian sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2 – 1 ke atas Southampton. Dan Klopp mempertahankan Adrian di atas kesilapannya itu yang membolehkan Danny Ings membantu merapatkan kedudukan dengan masa perlawanan berbaki 7 minit sebelum tamat. Clearance yang cuba dilakukan Adrian terkena Ings di hadapan gol dan bergolek masuk […]

Jurgen Klopp Catat 2 Rekod Baru Setelah Kemenangan The Reds Di Southampton

Pengurus Liverpool itu mencatatkan 2 penanda aras terbaru kelab setelah Liverpool memenangi perlawanan di St Mary Stadium. Kemenangan ini dibayangi dengan kejayaan skuad Liverpool meraih Trofi UEFA Supercup 2019 dengan menewaskan Chelsea, sekaligus trofi kedua buat Klopp sejak membimbing Liverpool pada 2015. Penantian Liverpool untuk trofi kejuaraan bermula pada Jun lepas apabila memenangi UCL dengan […]

Media : Highlight Perlawanan Southampton 1 Liverpool 2

Sadio Mane dan Roberto Firmino masing masing menjaringkan gol untuk Liverpool. Manakala kesilapan Adrian membolehkan Ings merapatkan kedudukan kepada 2 – 1 hinggalah wisel penamat. Saksikan : ADMIN Kemenangan yang bermakna. Namun kesilapan Adrian itu tidak patut dilakukan namun benda dah jadi. Haha. Sumber : Stadium Astro

Liverpool Bawa Pulang 3 Mata Dari St Mary – Walaupun Adrian Melakukan Kesilapan.

Sadio Mane dan Roberto Firmino masing masing memberikan gol buat Liverpool meskipun kesilapan Adrian membolehkan Ings merapatkan kedudukan hingga wisel penamat. Liverpool kembali dari Istanbul dalam masa hanya 3 hari dan mendapat berita positif mengenai kembalinya Adrian, tetapi Klopp merombak barisan tengah kali ini. Liverpool memulakan perlawanan dengan permainan lebih kemas dengan melakukan percubaan seawal […]

Previu Ringkas : Southampton ( Liverpool B ) vs Liverpool FC

Butiran ringkas menjelang sepakmula di Stadium St Mary hari ini. Sepak Mula Perlawanan akan berlangsung di Stadium St Mary pada jam 3.00 petang. Siaran Langsung Di Malaysia, Astro Supersport 813 HD / 833. Pertemuan Terakhir Bulan April lepas menyaksikan kemenangan Liverpool 3 – 1 ke atas Southampton. Jaringan Shane Long meletakkan Saint di hadapan namun […]

Bayern Munich Mengesahkan Perpindahan Phillipe Coutinho Dari Barcelona

Pemain Brazil itu akhirnya mendapat lampu hijau untuk keluar dari Barcelona. Dan Bayern dan Barcelona akhirnya mencapai persetujuan untuk bekas pemain Liverpool itu. Pemain dari Brazil itu tidak dibawa bersama skuad menentang Athletic Bilbao semalam, dengan pemain itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Barcelona. Coutinho meninggalkan Anfield untuk ke kelab Catalan itu dengan nilai £142 […]

Dejan Lovren Akan Kekal Sebagai Pemain Liverpool Buat Masa Sekarang

Ianya berikutan Liverpool tidak mahu meneruskan perbincangan terhadap perpindahan pemain tersebut. Roma dikatakan berminat terhadap khidmat pemain dari Croatia itu dan tidak disenaraikan dalam skuad Liverpool ke Istanbul minggu ini dengan alasan jatuh sakit. Namun perbincangan telah dilakukan oleh kedua dua kelab untuk pemain itu sebelum pintu perpindahan kelab Itali ditutup pada hujung bulan ini. […]

Andy Lonergan Bersedia Untuk Diturunkan – Adrian Mengalami Kecederaan Oleh “Peminat”

Jurgen Klopp menanti situasi kecergasan hero Istanbul itu menjelang pertemuan dengan Southampton. Dan pengurus Liverpool itu menyatakan Liverpool bakal mengalami krisis penjaga gol dengan sebelum ini Alisson mengalami kecederaaan betis ketika perlawanan menentang Norwich minggu lepas. Apabila ditanya mengenai adakah ketibaan Adrian merupakan satu kelebihan buat Liverpool, Klopp menjawab : “Ia akan membantu jika beliau […]

error: Content is protected !!