Atletico Madrid & Monaco Mencapai Persetujuan Awal Untuk Perpindahan Thomas Lemar

Pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Liverpool.

Namun begitu bekas pemain sasaran Liverpool ini berkemungkinan besar akan beraksi di Spain apabila Atletico Madrid dan Monaco difahamkan telah mencapai persetujuan awal untuk perpindahan pemain tersebut.

Pemain tengah itu yang kini bersama skuad kebangsaan France ke Piala Dunia 2018 – akan melengkapkan perpindahan dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut kenyataan daripada laman web Atletico :

“Dalam masa beberapa hari, kedua dua kelab akan cuba mencapai persetujuan untuk urusan perpindahan”.

Pemain berusia 22 tahun ini telah menarik minat Liverpool dan Arsenal, dengan Arsenal telah melakukan bidaan pada hari terakhir perpindahan pada Ogos tahun lepas.

Berita perpindahan Lemar ini tersebar setelah Antoine Griezmann telah melakukan kenyataan bahawa beliau telah membuat keputusan mengenai masa depannya, namun tidak pasti di mana berikutan minat Barcelona dan Man United terhadap beliau.

Menurut Griezmann :

“Hari ini bukanlah hari yang sesuai untuk bercakap mengenai masa depan saya”.

“Ya, saya telah membuat keputusan mengenai masa depan saya. Namun saya tidak bercakap mengenainya sekarang”.

“Bukan waktu dan masa yang sesuai”.

ADMIN

Tahun lepas, sepanjang Ogos dan Januari merupakan bulan keramat di mana nama beliau dikaitkan dengan Liverpool.

Namun yang masuk dari Monaco adalah pemain lain ….. Hahaha.

Sumber : Daily Mirror

Related posts