Aubameyang Berkeupayaan Untuk Melakukan Banyak Kerosakan : Klopp

Jurgen Klopp pernah melatih penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang di Borussia Dortmund, dan beliau sendiri mengetahui betapa besarnya ancaman yang bakal ditimbulkan penyerang tersebut terhada Liverpool pada pertembungan awal pagi ini.

Jurgen Klopp memberi amaran kepada Liverpool, betapa berkualitinya pemain bernama Pierre-Emerick Aubameyang itu, dan menggesa para pemainnya agar beraksi lebih hebat lagi pada pertemuan kali ini.

Yang mana, perlawanan pertama vs Arsenal berlangsung di Stadium Emirates pada November lalu, Liverpool sekadar meraih keputusan seri 1-1.

Aubameyang bermain di bawah
Klopp di Borussia Dortmund dan kini merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana musim ini dengan 13 gol.

Ditanya berapa banyak kerosakan yang boleh dicipta Aubameyang, Klopp berkata, sangat banyak. Dengan menggelarnya sebagai seorang pemain yang luar biasa hebat, seorang pemain yang sangat cemerlang, kelakar dan juga seorang lelaki yang baik.

Sebagai seorang pemain bola sepak, Aubameyang dikatakan Klopp hebat kerana, dia mempunyai pemikiran untuk menjaringkan gol dengan tepat, disamping begitu bersahaja sekali di depan gawang.

Malah, gabungan kelajuan dan ‘skills’ penamatnya yang tajam, agak jarang untuk ditemui pada pemain yang lain, itu yang menjadikannya seorang pemain yang luar biasa hebat pada pandangan mata Klopp.

Aubameyang juga boleh menjadi ancaman di ruang yang besar, mahupun kecil dan sangat bagus juga menggunakan tandukan.

Jelas, ia adalah pakej yang lengkap bagi Arsenal membelinya, bergabung pula dengan Lacazette sangat sukar untuk mana-mana pasukan lawan menanganinya.

Gabungan yang diidamkan semua, bagi Klopp gabungan Aubameyang dan Lacazette sememangnya sangat hebat.

Admin :

Aubameyang pernah dikaitkan dengan Klopp musim lepas, tapi perpindahan penyerang tersebut ke Anfield banyak disangkal. Dengan terdapat laporan yang mengatakan, Klopp tidak akan mengambil Aubameyang ke Liverpool, kerana masalah dalaman mereka berdua sendiri semasa di Dortmund.

Tidak kisahlah, Liverpool hebat dengan cara sendiri. Klopp, bukan jenis bercakap buruk pasal orang lain, suka atau tidak, dia tetap berhemah mengeluarkan pendapatnya berkaitan orang tersebut.

😁

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FOX Sports Malaysia

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds