Perlawanan 17: Liverpool Kini Berada Di Tangga Kelima

Liverpool mensia-siakan peluang sekali lagi untuk merapatkan diri dengan pasukan di tangga ketiga, Chelsea ataupun Man Utd di tangga kedua setelah sekadar seri di Anfield menentang West Brom. Dengan penguasaan bola hampir 65%, Liverpool hanya berjaya mencetak 4 rembatan tepat dan 5 rembatan tidak tepat ke gawang West Brom. Keputusan terakhir, Liverpool 0 dan West Brom 0 Kedudukan terkini pada minggu ke 17 adalah seperti berikut: Kedudukan @EFL @premierleague bagi pasukan @LiverpoolFC setelah minggu ke 17 pic.twitter.com/Yp1JxwBMqT — LFC Malaysian Reds (@LMreds) December 13, 2017 Liverpool kini berada di tangga…

Read More

Jika Mohamed Salah Berjaya Jaringkan 20 Gol, AS Roma Akan Mendapat Habuan

AS Roma mungkin mendapat kelebihan dan manfaat berganda sekiranya prestasi bekas pemainnya, Mohamed Salah, berjaya menjaringkan 20 gol bersama jersi Liverpool nanti. Mohamed Salah ketika ini telah menjaringkan 19 gol dalam musim ini dan masih berada dalam bulan Disember 2017, memiliki hampir sekitar 5 bulan sebelum berakhirnya musim ini. Namun, seperti yang dilaporkan, AS Roma akan mendapat imbuhan tambahan sekiranya Mohamed Salah berjaya menjaringkan 20 gol bersama Liverpool. Liverpool mungkin akan membayar sekitar 1.3 juta pounds sekiranya pencapaian tersebut dicapai sebagai yang termaktub dalam klausa perpindahan Mohamed Salah. Ini menjadikan…

Read More

Diskusi : Status Emre Can, Jual Pada Januari Pada Harga Minimum Atau Pada

Situasi terkini seperti yang ditakrifkan oleh Jurgen Klopp berkenaan dengan situasi Emre Can adalah, Liverpool tidak akan berganjak dengan tawaran yang sedia ada , bermaksud tiada sebarang penambahan. Ianya terletak kepada Emre Can samada ingin menandatangani atau tidak. Ternyata, Emre Can menyerahkan ‘sebulat-bulat’-nya kepada agenya. Dan dalam masa yang sama, dilaporkan agen Emre Can mahu menyertakan klausa pembelian dalam kontraknya selain daripada tangga gaji yang tinggi. Dalam kes Emre Can ini, tangga gaji bukanlah satu masalah bagi Liverpool, kerana keupayaan kewangan, Liverpool mampu untuk menyelesaikan permintaan Emre Can melalui wakil…

Read More

Joel Matip Mungkin Boleh Diturunkan Sebelum Penghujung Tahun

Ketika ini, Joel Matip masih tidak dapat diturunkan, namun berita baiknya, Joel Matip telah mula berlatih dan Jurgen Klopp. Dalam sidang media pra-perlawanan West Brom ini, Jurgen Klopp mengatakan bahawa Joel Matip pulih lebih awal daripada yang dijangkakan. Bahagian pertahanan Liverpool mungkin menerima perkhabaran yang lebih baik apabila Joel Matip mungkin boleh diturunkan ketika ‘tempoh festival’ Liga Perdana Inggeris daripada Disember hingga Januari nanti. Bek tengah Liverpool ini, dijangkakan akan disisihkan hingga awal tahun nanti berikutan masalah kecederaan di bahagian betis pada 2 minggu yang lepas pada asalnya. Walaubagaimanapun, Joel…

Read More

Video : Naby Keita, Pemain Tengah Sempurna Untuk Serangan & Pertahanan

Ada yang mengatakan bahawa Naby Keita adalah seperti Kante. Tetapi sebenarnya perkara itu tidak tepat dan omongan kosong. Yang sebenarnya adalah Naby Keita lebih daripada itu dan Naby Keita adalah kombinasi Kante & Iniesta. Sila saksikan video ini Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds) Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers KamiPage Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Read More

Adam Lallana Telah Mula Turun Latihan Sepenuhnya Di Melwood

Adam Lallana berada dalam kondisi yang baik dan Liveerpool yang memerlukan barisan pemain tengah yang ‘agak ramai’ dalam ‘festival bolasepak tahunan’ Liga Perdana Inggeris ketika mengakhiri tahun setiap musim. Walaubagaimanapun, ianya kecergasan Adam Lallana dipantau dengan rapi agar ianya tidak berlaku sebarang yang tidak diingini. Pemain antarabangsa England ini telah melakukan 1 penampilan sahaja dalam kempen ini ketika dimasukkan dalam perlawanan menentang Chelsea pada bulan lepas setelah mengalami kecederaan yang lama pada pra-musim yang lepas.  Ketika ini, Adam Lallana telah menjalani latihan sepenuhnya bersama rakan sepasukan semula yakni melakukan latihan…

Read More

Analisa : 6 Pasukan Yang Bakal Diundi Menentang Liverpool Dalam Liga Juara Eropah

Liverpool telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah pada musim 2017/18 setelah menjadi juara kumpulan E pada musim ini. Secara congakannya, pasukan dalam juara kumpulan akan bertembung dengan Naib Juara Kumpulan masing-masing. Dalam peraturan undian untuk pusingan 16 pasukan terbaik, UEFA menetapkan bahawa pasukan daripada negara yang sama tidak boleh dipertemukan dalam pusingan ini. Kelab daripada negara yang sama hanya boleh dipertemukan dalam peringkat Suku Akhir nanti. Oleh yang demikian, daripada 8 pasukan Naib Juara, Liverpool hanya akan dipertemukan dengan 7 pasukan Naib Juara daripada kumpulan lain…

Read More

Roy Keane : Liverpool Menang Dengan Pasukan ‘Lemah’, Masih Banyak Ujian Akan Datang

Roy Keane tidak merasa ‘kagum’ atau gembira dengan keputusan Liverpool membenam Spartak Moscow 7-0 dalam perlawanan terakhir Liga Juara Eropah. Dalam masa yang sama, Roy Keane menyifatkan bahawa Liverpool masih tidak mengalahkan pasukan ‘lebih bagus’ dalam beberapa minggu ini. Bekas pemain dan kapten Man Utd merasakan dan menganalisa sebelum ini dengan mengatakan bahawa dirinya tidak akan menonton pasukan Liverpool jika pun pasukan itu berada di taman perumahannya. Baca : Saya Tidak Akan Menonton Pasukan Liverpool Jika pun Bermain Di Taman Perumahan Saya – Roy Keane Roy Keane menyambung dan bernada…

Read More

5 Pasukan Daripada England Layak Ke Pusingan Kalah Mati, Terbanyak Dalam Sejarah

Sejak ditubuhkan Liga Juara Eropah (atau dikenali sebagai Piala Eropah/ European Cup) pada 1955, belum pernah lagi 5 pasukan layak ke pusingan kalah mati dalam satu liga yang sama. Walaupun Real Madrid mendominasi kejuaraan sebanyak 12 kali, rekod tertinggi pasukan yang layak adalah sekitar 4 pasukan yang layak ke peringkat kalah mati dalam negara yang sama. Ini berikutan peraturan baru yang ditetapkan oleh UEFA sejak 2016, apabila juara Piala Europa musim 2015/16 diterima masuk ke Liga Juara Eropah pada musim berikutnya. Ketika itu, Sepanyol mempunyai 4 wakil kelab dalam Liga…

Read More

Profil Ringkas Pasukan Layak Ke Peringkat Kalah Mati Liga Juara Eropah 2017/18

Liverpool telah layak ke peringkat kalah mati dengan gayanya setelah membenam Spartak Moscow dengan 7-0.  Spartak Moscow pada asalnya memerlukan kemenangan dengan margin 1 gol sahaja untuk menempah tiket ke peringkat seterusnya, manakala Liverpool memerlukan keputusan seri sahaja. Apa yang berlaku adalah, Liverpool mengamuk dalam perlawanan terakhir Kumpulan G setelah mencipta kemenangan bergaya di laman sendiri di Anfield. Statisitik : Liverpool Padamkan Rekod Man Utd 1998/99 Dalam Jaringan Terbanyak Peringkat Kumpulan https://t.co/R3rLjMh4RA — LFC Malaysian Reds (@LMreds) December 6, 2017 Oleh yang demikian, mari kita rujuk semula, pasukan yang telah…

Read More

Statisitik : Liverpool Padamkan Rekod Man Utd 1998/99 Dalam Jaringan Terbanyak Peringkat Kumpulan

Kemenangan Liverpool terhadap Spartak Moscow 7-0 adalah pelengkap kepada pasukan ini yang sah layak ke peringkat kalah mati dalam siri Liga Juara Eropah musim 2017/18. Ini adalah kali pertama Liverpool layak setelah kali terakhir sekitar 9 tahun lepas pada tahun 2008. Yang manisnya, selain daripada Liverpool memperbaharui rekod margin kemenangan terbesar Liga Juara Eropah  yang diciptakan di Anfield pada tahun 2007 ketika membenam Besiktas sebelum ini. Rekod ini berjaya disamakan oleh Real Madrid beberapa musim kemudiannya dengan kemenangan 8-0 menentang Malmo pada 2015. Pada November lalu, Liverpool telah membenam NK…

Read More

Statistik : Prestasi “Front Four” Liverpool Dalam Liga Juara Eropah Peringkat Kumpulan

Liverpool telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati sebagai Juara Kumpulan G dengan menjaringkan 23 gol dalam semua 6 perlawanan yang dimainkan. Dalam masa yang sama, kuatet Liverpool di bahagian serangan yang dipelopori oleh Sadio Mane, Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Philippe Coutinho masing-masing telah menyumbang gol yang banyak yakni 18 daripada 23 gol. Ini adalah rekod terbaru terbanyak bagi pasukan England dalam peringkat kumpulan bagi elemen jaringan gol sepanjang peringkat kumpulan dijalankan sejak Liga Juara Eropah ditubuhkan. Jumlah gol koleksi kuatet Liverpool ini adalah seperti berikut: Roberto Firmino  Perlawanan…

Read More