UCL : Pasukan Mana Satu Kumpulan Dengan Liverpool?

Baiklah. Susah payah musim lepas tidak sia-sia apabila skuad The Reds berjaya mara ke peringkat kumpulan UEFA Champions League 2017/2018 sejak kali terakhir pada musim 2014/2015, setelah menundukkan pasukan Hoffenheim dengan agregat 6-3 dalam pusingan play-off awal pagi tadi. Menemani Liverpool dari pusingan play-off ialah Celtic, Olympiakos, Maribor, Sevilla, Napoli, Qarabag, APOEL, CSKA Moscow, dan Sporting Lisbon. Apa pula selepas ini? Ya undian peringkat kumpulan. Undian akan dilakukan mengikut balang. Terdapat empat balang. Setiap balang mengandungi 8 pasukan menjadikan 32 pasukan kesemuanya. 32 pasukan ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan.…

Read More

Klopp Alu-alukan Kepulangan Coutinho

Sedikit perkembangan mengenai Philippe Coutinho yang akan kekal bersama Liverpool sekurang-kurangnya pada musim ini, Jurgen Klopp berkata beliau 100% mengalu-alukan kepulangan pemain samba itu ke pangkuan skuad The Reds. Namun buat masa ini pemain itu masih belum menyertai sesi latihan kerana “sakit belakang” dan akan memeriksa pemain itu kemudian. Ujar beliau, “Jika beliau akan turun beraksi esok (Hoffenheim), ia sukar kerana beliau sudah lama tidak berlatih. Lagi pula beliau pasti tidak dapat beraksi kerana masih sakit (belakang).” Ketika ditanya bagaimana hubungan mereka berdua, beliau menjawab “Sudah tentu (semua baik-baik saja).”…

Read More

Matip : Benteke Lawan Yang Sukar

Joel Matip nyatakan mengawal Christian Benteke tidaklah mudah. Beliau akui mengawal penyerang kebangsaan Belgium itu satu tugas yang sukar. “Ia pertarungan yang sukar.” Katanya. “Benteke miliki skil yang tinggi dan dengan badan sasanya, dia lawan yang sukar.” “Kami sentiasa perlu peka sehingga habis perlawanan, dan kami bertuah mendapat 3 mata.” Namun sejak keluar dari Aston Villa, Benteke bergelut untuk mengulangi rekod baiknya. Di Villa beliau telah mencatatkan purata 0.47 gol setiap perlawanan. Bersama Liverpool beliau hanya catatkan purata 0.31 gol setiap perlawanan. Setakat ini di Crystal Palace beliau baru memiliki…

Read More

Matip Menang 71% Pertarungan Bola Diudara

Jika anda periksa poket Joel Matip, kemungkinan besar anda akan temui Christian Benteke didalamnya. Gurauan ini bukan dibuat-buat kerana sememangnya Matip mencatatkan 71% succsessful headed duel, ataupun secara spesifiknya beliau memenangi 5/7 pertarungan bola diudara ketika kemenangan 1-0 semalam. Disamping itu, beliau juga memenangi 67% tackle dari keseluruhan 6 tackle yang dilakukannya. Sebagai perbandingan, Klavan sekadar memenangi 56% pertarungan bola diudara, dan 50% succsessful tackle yang dicatatkan. Sumber: Squawka

Read More

30% Peluang Dicipta Liverpool Datang Dari Robertson

Tempat sendiri, 3 mata dan clean sheet. Pastinya tidak ada lagi yang lebih menggembirakan penyokong Liverpool selain dari tiga perkara itu apatah lagi menentang kelab yang sering menewaskan mereka di Anfield. Liverpool yang membuat 5 pertukaran termasuklah meninggalkan Mohamed Salah dibangku simpanan, kali ini tampak lebih sabar untuk memecah masuk kubu Palace sehinggalah pada minit ke-71 apabila Sadio Mane berjaya memecah kebuntuan. Secara keseluruhan, Liverpool mendominasi dengan catatan 62% penguasaan perlawanan, 10 peluang dicipta (chances created) dan 13 percubaan tepat. Daripada 10 peluang dicipta itu, 30% datangnya dari, Ya pemain…

Read More

“Impian Jadi Kenyataan”, Kata TAA

Trent Alexander Arnold gambarkan gol beliau dalam kemenangan 2-1 pada perlawanan pagi tadi sebagai “Impian jadi kenyataan.” Pemain berusia 18 tahun ini mendapat peluang bermain sebagai kesebelasan utama setakat 2 perlawanan musim ini atas kecederaan yang menimpa mentornya, Nathaniel Clyne. Walaupun kesilapan beliau menyaksikan gawang Liverpool bolos pada minit akhir, tetapi keberanian beliau mengambil tanggungjawab untuk mengambil sepakan percuma tersebut harus dipuji, menurut pengurus Jurgen Klopp. Beliau yang juga merupakan debutnya bermain dalam Liga Juara-Juara ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Beliau menerusi laman twitter peribadi meluahkan, “Ia sebuah impian…

Read More

Jurgen Klopp Minta Rakamkan Video Pesanan Untuk Danny Ings

Menurut Liverpool.com, selepas Danny Ings ditimpa kecederaan kedua ketika pra-musim, Jurgen Klopp meminta kelab menyediakan kamera untuk merakam pesanan dari para pemain dan para staf memberi kata-kata semangat buat Ings. Komen Ings, “Untuk memiliki video seperti itu dengan ucapan dari semua pemain, para staf dan malahan makcik kentin, telah menunjukkan kelab ini seperti apa.” “Saya mahu lakukan segalanya untuk kembali ke padang dan tunjukkan kepada semua apa yang saya boleh lakukan untuk membalas kepercayaan mereka.”

Read More

Tekanan Dari Luar Mengubah Pendirian Coutinho

Keputusan Philippe Coutinho menghantar surat permohonan perpindahan di ambang perlawanan pembukaan Premier League bukan disebabkan oleh kenyataan FSG, menurut Melissa Reddy dalam kolumnya di Goal.com. Terdahulu, banyak pihak menganggap bahawa keputusan pemain berusia 25 tahun itu didesak oleh kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FSG iaitu ‘mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran untuk beliau, dan beliau akan kekal sebagai pemain Liverpool bila jendela perpindahan ditutup nanti.’ “We wish to offer clarity as regards our position on a possible transfer of Coutinho,” “The club’s definitive stance is that no offers for Philippe…

Read More

Klopp : Liverpool Masih Dalam Pasaran Untuk Midfielder

Jurgen Klopp akui mereka kini kekurangan pemain midfield yang berpengalaman setelah Adam Lallana cedera dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya 4 bulan dan Philippe Coutinho yang mahu menangkat kaki di saat-saat akhir. Sehubungan dengan itu Pengurus Liverpool itu mengesahkan mereka masih dalam pasaran untuk cuba membawa masuk pemain midfield sebelum jendela perpindahan tutup pada 31 ogos nanti. Terdahulu Liverpool gagal membawa masuk Naby Keita dari RB Leipzig setelah bidaan £66 Juta ditolak dan ditegaskan pemain itu bukan untuk dijual. Klopp berkata, “Kita kekurangan pemain midfield yang berpengalaman ketika ini. “Adakah kami masih…

Read More

Coutinho Mungkin Terlepas Aksi Pembukaan Premier League

Midfielder sensasi Liverpool, Philippe Coutinho dalam keadaan diragui untuk turun beraksi dalam perlawanan pembukaan PL menentang Watford di Vicarage Road. Hal ini berikutan kecederaan belakang yang dialaminya yang turut menyebabkan beliau tersisih dari sesi latihan sepanjang minggu ini. Menurut Chris Bascombe, Coutinho tetap turun ke Melwood setiap hari untuk proses rawatan bersama team medical. The 25-year-old Brazilian has been assessed by the club’s medical team and has been attending the training ground at Melwood every day for treatment. Beliau yang kesuntukan masa untuk membuktikan kecergasannya sebelum sabtu ini, dijangka hanya…

Read More

Harry Wilson Perlu Beberapa Minggu Lagi Untuk Pulih

Pengurus Liverpool B-23, Neil Critchley telah berkongsi perkembangan tahap kecergasan Harry Wilson yang mengalami kecederaan sehingga terlepas kesemua aksi pra-musim. Menurut beliau, kapten skuad bawah 23 tahun itu memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas “Hopefully there is a bit of light at the end of the tunnel for him and he will be back in the next couple of weeks. Terdahulu pemain berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian Achilles ketika sesi latihan di Melwood Julai lalu. Kecederaan itu memaksa beliau berehat selama 4 minggu dan terlepas menyertai…

Read More

Paul Joyce : Southampton Kekal Dengan Pendirian Not For Sale

Seperti yang kita sedia maklum, sasaran utama Liverpool Virgil van Dijk telahpun menghantar transfer request kepada Southampton demi untuk memaksa perpindahannya. Beliau yang kecewa kerana didakwa tidak mahu turun latihan bersama skuad Mauricio Pellegrino turut dimahukan oleh Arsenal dan Chelsea selain Liverpool. Bagaimanapun, Southampton masih kekal dengan pendiriannya bahawasanya van Dijk tetap ‘not for sale’ meskipun pemain itu sudah menghantar transfer request.

Read More