Dominic Solanke Mendakwa Pengadil “Mengubah Fikirannya” Untuk Membatalkan Jaringan Beliau

Pemain itu didakwa telah menyentuh bola terlebih dahulu dengan tangan sebelum menerjah jaring. Solanke turut mendakwa gol itu telah disahkan oleh pengadil pada awalnya sebelum pengadil Paul Tierney mengubah fikiran di mana pemain itu mendakwa terkena dadanya. Menurut Solanke : “Ianya terkena dada saya. Saya cuba untuk mendada bola tersebut namun dikatakan terkena tangan saya. Pengadil membatalkan gol tersebut dan saya tidak bernasib baik”. “Saya fikir beliau akan memberikan gol itu. Saya telah meraikan jaringan tersebut. Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia mengubah fikirannya, namun beliau telah mengubah fikirannya”.…

Read More

Reaksi Peminat : “Ibarat Tewas Di Tangan WBA”

Penyokong Liverpool terpaksa mengharungi situasi yang sama seperti perlawanan Merseyside Derby Ahad lepas. Liverpool kembali turun ke Anfield bagi menghadapi WBA pula, setelah seri tanpa jaringan dalam Merseyside Derby dan peminat mengharapkan sentuhan ‘Fabulous 4’ akan mengembalikan rentak kemenangan. Namun WBA kental bertahan dengan satu gol Solanke dibatalkan kerana didakwa terkena tangan terlebih dahulu. Keputusan seri ini semestinya mengecewakan sebahagian besar penyokong Liverpool, melihatkan pasukan hanya mengutip 2 mata dari 6 mata keseluruhan dalam 2 perlawanan. Berikut adalah beberapa reaksi peminat menerusi socmed : Reaksi 1 : Fab Four Gagal…

Read More

Jurgen Klopp : Liverpool Sudah Mencipta Banyak Peluang Namun Gagal Menyudahkannya

Beliau merasakan pasukannya sudah cukup bagus untuk mempertahankan ancaman set pieces lawan. Dan Klopp juga merasakan pasukannya sudah cukup banyak mencipta peluang dalam perlawanan tersebut. Liverpool dipaksa untuk seri dengan pasukan West Bromwich Albion sambil menyaksikan gol Dominic Solanke dibatalkan ketika permainan menuju ke wisel penamat dalam 10 minit lagi. Menurut Klopp : “Kami tahu sejak awal perlawanan ianya bakal menjadi tugas yang sukar dan ianya jelas sangat sukar”. “Setiap set pieces lawan adalah ancaman, barisan pertahanan kita bukanlah yang agak tinggi dan walaupun berada di kawasan sendiri, sistem set…

Read More

Liverpool Kehilangan 2 Lagi Mata Di Halaman Sendiri.

Kali ini, kedua dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol dengan gol Solanke dibatalkan pengadil. Liverpool menurunkan barisan yang dianggap terkuat di bahagian serangan dengan Firmino, Salah, Mane dan Coutinho kembali digandingkan sambil mengugurkan Henderson dan Milner di bangku simpanan. Namun begitu Liverpool tampak sukar menembusi blok pertahanan yang diketuai oleh Ahmed Hegazy dan hanya percubaan pada minit ke 15 sahaja betul betul cuba menguji pintu gol Albion namun kuisan Firmino keluar. Sebenarnya WBA yang benar benar menguji pintu gol Liverpool apabila satu rembatan Hobson Kanu mengenai palang gol Liverpool pada…

Read More

Teka Skor & Penjaring Pertama : Liverpool FC vs West Bromwich Albion

Hadiah merupakan tajaan daripada G8 Store ( Gedung Jersi Anda ). SYARAT SYARAT PENYERTAAN Hanya dibenarkan MENEKA SKOR dan PENJARING PERTAMA mengikut format yang diberikan. Format lain tidak dibenarkan dan berkemungkinan besar penyertaan anda tidak lengkap selepas itu. Begitu juga dengan perkataan yang tidak sesuai digunakan dan bersifat “troll”. Cth : Liverpool 2 WBA 1 (Firmino). Hanya SATU tekaan sahaja yang diterima. Penyertaan akan dianggap TERBATAL jika kami mendapati individu yang meneka lebih daripada sekali. Hanya JAWAPAN TERPANTAS dan TEPAT sahaja dikira sebagai pemenang. Hanya komen di PAGE LMREDS sahaja yang…

Read More

Liverpool vs West Bromwich Albion : Info Perlawanan Malam Ini.

Pesanan ringkas menjelang perlawanan awal pagi esok. SEPAKMULA 8 malam waktu tempatan. Sudah pasti di Malaysia jam 4.00 pagi. TONTONAN Malangnya di England, tiada siaran langsung menerusi Sky Sports atau BT Sports. Di Malaysia, dapat diikuti menerusi siaran langsung 810 / 831 HD. Tukar sudah. Kami akan tampalkan link live streaming dan live fb di ruang komen jika ada. PENGADIL PERLAWANAN Beliau hanya pernah mengendalikan perlawanan melibatkan Liverpool hanya sekali, ketika perlawanan FA Cup musim lepas menentang Plymouth Argyle. Beliau telah mengendalikan 20 perlawanan Liga Perdana dan telah melayangkan 2…

Read More

“Keluar, Bilik Saya Berbau!” : Lawatan Krismas Pemain Liverpool Ke Hospital Alder Hey

Mereka melakukan lawatan tahunan menjelang perayaan Krismas bagi menceriakan kanak kanak di hospital tersebut. Namun terdapat satu klip video di mana pemain Liverpool ‘terjah’ ke dalam bilik pesakit kanak kanak yang merupakan penyokong Everton. Saksikan : The LFC squad made their annual Christmas visit to @AlderHey and managed to put some smiles on Reds' and Blues' faces… 🎄❤💙 Watch the full video: https://t.co/NNfOMjcLHH pic.twitter.com/3tYqgwf78p — Liverpool FC (@LFC) December 12, 2017 ADMIN Dengan budak pun nak banter manja ke? Haha. Sumber : Liverpool FC Twitter

Read More

Mohamad Salah Meraih Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Standard Chartered Untuk November

Beliau meraih anugerah itu sebanyak 3 kali dalam masa 4 bulan beliau di Liverpool. Pemain dari Mesir itu telah menjaringkan 8 gol dari 6 penampilan dalam semua kejohanan yang disertai Liverpool, sekaligus melebarkan lagi kerjaya beliau di tahap terbaik di Liverpool. Setelah menjaringkan gol ke atas Maribor pada November, beliau menambah dua lagi gol peribadinya dalam dua perlawanan ketika menentang Southampton dan juga West Ham. Kemudian diikuti dengan gok beliau ketika menentang bekas kelabnya, Chelsea dan dua gol lagi ke atas Stoke walaupun bermula dari bangku simpanan. Setelah menerima anugerah…

Read More

Jurgen Klopp Menjelaskan Mengapa Mo Salah Dikeluarkan Lebih Awal Dalam Merseyside Derby

Beliau dikeluarkan kerana mengalami sedikit masalah pada hamstring. Jurgen Klopp menerima kritikan mengapa Mo Salah dikeluarkan terlalu awal semasa perlawanan menentang Everton yang berakhir dengan keputusan seri 1 – 1. Pengurus Liverpool itu enggan mengambil risiko untuk meneruskan aksi Salah di atas padang dan yakin kecederaan itu hanyalah ringan sahaja. Klopp harus menentukan samada pemain itu diturunkan dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion awal pagi esok. Menurut Klopp : “Saya mengeluarkan Mo Salah kerana beliau mengadu mengalami sedikit masalah hamstring”. “Saya terdengar orang berkata, mengapa anda mengeluarkan pemain itu sangat…

Read More

Jurgen Klopp : Liverpool Tidak Akan Mengubah Lagi Terma Kontrak Untuk Emre Can

Beliau sudah berbincang banyak kali bersama Can dan tidak ada lagi yang perlu diperkatakan bersama. Klopp menyatakan bahawa Liverpool tidak akan mengubah terma kontrak yang ditawarkan buat Can, walaupun hanya 3 minggu lagi pemain itu boleh menandatangani kontrak awal bersama kelab lain. Pengurus Liverpool itu telah ditanya oleh wartawan mengenai status kontrak Emre Can dalam sidang media menjelang perlawanan West Bromwich Albion esok. Can tidak diturunkan pada Ahad lepas dan telah diturunkan sebelum itu ketika aksi menentang Spartak Moscow dalam kejohanan UCL. Menurut Klopp : “Apa pun saya berkata mengenai…

Read More

Jurgen Klopp : “Porto Tidak Berikan Laluan Mudah Untuk Kami”

Pengurus Liverpool itu tidak mengambil mudah akan perlawanan itu selepas undian Pusingan Kedua UCL semalam. Dan beliau juga tahu Porto akan memberikan “ujian sukar” buat Liverpool pada kedua dua perlawanan tersebut dan berpendapat tiada pertemuan yang senang dalam peringkat ini dalam kejohanan UCL. Menurut Klopp menerusi LFC.TV : “Ianya bagus setelah mengetahuinya. Sebelum Rabu lepas, bila kami tahu kami telah meraih slot itu dan kami menjaya mencapainya tanpa memikirkan siapa lawan kami di pusingan kali ini”. “Ianya jelas bahawa Porto adalah pasukan yang kuat. Menduduki tangga teratas Liga Portugal dan…

Read More

Mohamad Salah Dinobatkan Sebagai Pemain Terbaik Afrika Untuk 2017

Penampilan beliau bersama Liverpool yang memukau mendapat ganjaran terbaik. Beliau menewaskan rakan sepasukan beliau yang berada di tempat kedua iaitu Sadio Mane. Kedua dua pemain sayap ini merupakan pemain yang mula menempa nama di Eropah, namun Salah juga menunjukkan prestasi terbaiknya ketika bersama Roma sebelum itu. Beliau mengekalkan prestasi itu ketika bermain untuk Liverpool musim ini, dengan menyumbat 19 gol dalam 24 penampilan pada musim ini. Dan berada di tempat ketiga ialah bakal rakan sepasukan beliau musim depan, Naby Keita. Penyerang Borussia Dortmund Pierre Emerick Aubameyang dan juga Victor Moses…

Read More