Pemilik Liverpool Membuat Keputusan Tepat Mendapatkan Klopp – Carlo Ancelotti

Pengurus Everton itu mendakwa beliau merupakan salah seorang calon untuk jawatan pengurus pada 2015, namun beliau tidak kisah gagal mendapatkan jawatan tersebut.  Dan Carlo Ancelotti menyatakan pemilik kelab telah melakukan keputusan yang tepat untuk mendapatkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengurus 4 tahun setengah lepas.  Ancelotti bakal berhadapan dengan Klopp buat pertama kalinya sebagai pengurus Everton.  […]

Perkembangan Terkini Kecergasan Naby Keita, Fabinho, Lovren Dan Beberapa Pemain Lain

Naby Keita akan menjalani pemeriksaan lanjutan hari ini berikutan kecederaan pangkal paha yang dialaminya pada Khamis lepas.  Pemain tengah itu mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Sheffield United dan Klopp mengesahkan beliau akan terlepas perlawanan Piala FA menentang Everton esok.  Menurut Klopp menerusi sidang media : “Kami tidak boleh berkata apa apa […]

Jurgen Klopp Belum Melakukan Keputusan Samada Minamino Akan Diturunkan

Beliau tidak pasti samada pemain dari Jepun itu akan melakukan penampilan pertama dalam aksi FA Cup menentang Everton.  Pemain itu menjalani latihan bersama rakan rakan sepasukan pada awal minggu ini setelah melengkapkan perpindahannya dari RB Salzburg bulan lepas.  Menurut Klopp menerusi sidang media : “Saya berpendapat ianya seperti situasi Van Dijk ketika tiba di sini, […]

Herbie Kane Menyertai Hull City Secara Pinjaman

Beliau akan menyertai kelab Liga Championship itu hingga akhir musim ini.  Kelab itu sedang berusaha untuk naik ke Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tangga kesembilan Liga Championship buat masa sekarang.  Herbie Kane melakukan dua penampilan senior dalam aksi Carabao Cup 2019 2020, dengan penampilan pertama dari bangku simpanan pada perlawanan menentang MK Dons  Sebelum ini […]

Gary Lineker Memuji Persembahan Jordan Henderson Ketika Perlawanan Menentang Sheffield United

Kapten Liverpool itu sekali lagi memainkan peranan penting untuk kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United sekaligus mengembalikan jurang 13 mata dengan pencabar terdekat.  The Reds memulakan perlawanan di Tahun Baru dengan kemenangan 2 – 0 ke atas Sheffield United menerusi jaringan awal Mo Salah dan pemain dari Mesir itu menyumbang satu assist kepada Sadio Mane […]

Perkembangan Terkini Kecergasan Naby Keita

Liverpool masih menanti hasil pemeriksaan lanjutan untuk pemain ini, dengan Klopp mengesahkan beliau tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Everton hujung minggu ini.  Pemain tengah ini pada mulanya disenaraikan dalam kesebelasan utama sebelum perlawanan, namun mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan sebelum sepakmula perlawanan menentang Sheffield United.  Dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjutan untuk mengetahui […]

Aura Kemenangan Ke 19 Ni ….. Susah Sangat Nak Tolak : Liverpool 2 Sheffield United 0

Gol dari pada Mo Salah dan Sadio Mane sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh buat Liverpool untuk terus mendahului liga dengan selesa.  Jurgen Klopp melakukan rombakan kali ini dengan menurunkan James Milner di bahagian tengah berikutan kecederaan Naby Keita ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan.  The Reds memulakan perlawanan dengan rentak cemerlang apabila satu […]

Jurgen Klopp Beri Bayangan Adam Lallana Mungkin Akan Meninggalkan Liverpool

Pemain itu menyaksikan peranannya dalam pasukan semakin kurang dan mungkin akan meninggalkan Liverpool setelah kontraknya tamat hujung musim ini.  Dan Jurgen Klopp tidak menolak kemungkinan bahawa pemain itu bakal meninggalkan Anfield pada hujung musim ini.  Pemain berusia 31 tahun itu telah bersama Liverpool sejak musim 2014, namun kontraknya bakal berakhir pada hujung musim ini.  Sebelum […]

Media : Inside Training – Bersama Takumi Minamino Di Hari Pertama Di Melwood

Pemain baru itu menjalani latihan pertama di bawah Klopp dan rakan sepasukan yang baru.  Dimulai dengan sesi perkenalan dengan rakan sepasukan, taklimat serta tepukan semangat sempena hari jadi dan sesi latihan. Saksikan : Malah, Takumi Minamino diminta mengucapkan selamat hari jadi dalam bahasa Jepun. ADMIN Nampak semangat berpasukan itu diterapkan oleh Jurgen Klopp untuk Liverpool.  […]

Perkembangan Terkini Kecergasan Pemain Menjelang Pertemuan Liverpool – Sheffield United

Tiada kecederaan pemain yang terbaru, dan Klopp mengesahkan bahawa mereka akan turun dengan barisan pemain yang sama ketika menentang Wolves.  Jurgen Klopp juga menjelaskan mengenai pemulihan kecederaan beberapa pemain seperti Dejan Lovren, Alex Oxlade Chamberlain, Joel Matip, Xherdan Shaqiri dan Fabinho meskipun tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Sheffield United.  Menurut Klopp : “Mereka masih […]

Takumi Minamino Tidak Akan Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Sheffield United

Beliau menyertai Liverpool dari RB Salzburg sebelum hari Krismas dengan nilai perpindahan £7.25 juta.  Namun beliau harus menunggu untuk diturunkan buat pertama kalinya untuk Liverpool dengan pemain itu tidak dapat melakukan penampilan dalam perlawanan menentang Sheffield United.  Ini disebabkan peraturan EPL di mana pemain yang menyertai mana mana kelab atau mendaftar pada 01 Januari tidak […]

error: Content is protected !!