‘Bobby Beraksi Seakan Pemain Pertahanan ! Sangat Hebat.’

Kesanggupan Roberto Firmino untuk ‘bermain seakan pemain pertahanan’, menjadikan Sadio Mane kagum sehingga tak terluah dengan kata-kata. Pemakai no.9 bagi Liverpool itu, telah menyumbangkan 27 gol dan 17 ‘assist’ dalam 54 penampilan terakhir buat kelab, menjadikan kempen 17/18 sebagai musim yang paling produktif di sepanjang kerjayanya setakat ini. Walau bagaimanapun, Firmino yang tidak kenal erti putus asa dan lelah itu, telah memberikan lebih banyak lagi kepada pasukan Jürgen Klopp, bukan sekadar hanya kualiti seorang penyerang yang luar biasa – sesuatu yang tidak pernah disedari oleh Mane sendiri, sebagai rakan sepasukannya.…

Baca Lagi

Gol Salah Tidak Berupaya Membantu Mesir Menumpaskan Rusia

Mohamed Salah menjaringkan gol semula selepas kembali beraksi akibat dari kecederaan bahu yang dialaminya ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara bulan lalu, tetapi tidak dapat menghalang Mesir daripada dikalahkan tuan rumah Rusia, 3-1 dalam Piala Dunia. Pemain berusia 26 tahun itu membuat penampilan pertamanya selepas kecederaan dialaminya, yang turut diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Hector Cuper. Walaubagaimanapun, Salah terlepas peluang dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan menentang Uruguay, yang mana pada ketika itu dia masih dalam proses pemulihan. Mesir turut kalah 1-0 kepada Uruguay dalam perlawanan tersebut. Dengan itu, kehadiran Salah dalam…

Baca Lagi

Sah – Neil Redfearn Dilantik Liverpool Sebagai ‘Pengurus Baru’

Ya ! Neil Redfearn telah sah diumumkan Liverpool sebagai pengurus yang baru bagi Liverpool Ladies. Bekas jurulatih Doncaster Rovers Belles menandatangani perjanjian untuk memimpin skuad Liverpool Ladies bagi kempen 2018-19. Jelas Redfearn, ini merupakan satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk beliau, setelah dilantik sebagai pengurus Liverpool Ladies yang baru. Yang mana menurut beliau lagi, skuad Liverpool Ladies adalah sebuah pasukan yang mempunyai potensi besar dalam cabaran merebut trofi secara tetap. Jelasnya lagi, Kelab Bolasepak Liverpool adalah kelab besar dan beliau yakin untuk bersaing sehingga penghujung Liga Super Wanita bagi…

Baca Lagi

Liverpool ‘Kit Away’ 18/19 Bakal Dilancarkan

Berjuta penyokong Liverpool didunia tertanya-tanya, dan dengan penuh harapan menjangkakan satu pelancaran yang menampilkan satu pandangan mata yang segar untuk dilihat pada kit baru Liverpool ‘away’ ini. Terutamanya, warna dan rekaan bentuk jersi itu sendiri. Boleh dikatakan, bagi setiap musim berganti, kit baru Liverpool ini sangat-sangat dinantikan. Setelah berlangsungnya pelancaran kit ‘home’ baru Liverpool untuk musim 18/19 bulan lepas, para peminat mula ghairah menantikan pula pelancaran kit ‘away’ musim 18/19 skuad merah Liverpool ini. Ianya begitu penting, kerana saat inilah bakal terjawab segala persoalan di minda. Melalui pelancaran ini, para…

Baca Lagi

Berita Terbaru Zeljko Buvac, ‘Dirisik’ Damien Comolli Untuk Fenerbahce

Jurulatih yang sangat berpengalaman, yang kebiasaannya menjadi rujukan buat Jurgen Klopp sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘The Brain’. Kini, tidak lagi aktif sejak meninggalkan Liverpool pada akhir April lalu. Zeljko Buvac dilaporkan telah menjadi salah satu nama yang disenaraikan untuk mengambil alih tugas pengurus di Fenerbahce, oleh bekas ketua Liverpool sendiri, Damien Comolli. Liverpool sebelum ini turut menegaskan, yang Buvac tetap menjadi sebahagian daripada pengurusan kelab dan keadaan tetap tidak berubah ketika The Reds mengumumkan kepulangan Pep Lijnders minggu lalu. Walau bagaimanapun, Buvac belum membuat sebarang kemunculan semula dan kini menjadi…

Baca Lagi

Pengaruh Milner Sangat Besar Dalam Kecemerlangan Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold telah mendedahkan, yang James Milner begitu banyak memainkan peranan penting dalam kecemerlangan beliau mengharungi musim 17/18, baik untuk kelab mahupun negara. Pemain berusia 19 tahun itu secara tidak langsung, telah beraksi bersama skuad utama Liverpool dalam 33 perlawanan untuk 2017-18. Ini termasuk aksinya dalam Liga Juara-Juara, yang mana menyaksikan pasukan Jürgen Klopp menamatkan perlumbaan di Kiev di kedudukan kedua. Dengan begitu matang, Alexander-Arnold menangani tekanan dan tanggungjawab yang semakin meningkat di bahunya, dia akhirnya mendapat tempat dalam skuad Gareth Southgate untuk 23 pemain England mengharungi cabaran Piala Dunia.…

Baca Lagi

‘Pinangan’ Telah Dibuat, Untuk Liverpool ‘Mengikat’ Nabil Fekir Dengan ‘Ikatan Yang Sah’

Dengan hantaran sebanyak £ 60 juta, The Reds begitu bersungguh dan semakin hampir mencapai tahap perbincangan yang terakhir dalam kesepakatan bersama mengakad pemain tengah menyerang Nabil Fekir, dalam satu ikatan hubungan yang sah. Pengurus The Reds sendiri, Jurgen Klopp mahu menjadikan Fekir sebagai satu perjanjian sah yang tinggi nilainya, selepas ‘merisik’ pemain tersebut sejak setahun yang lalu. Dengan Lyon juga nekad untuk mendapatkan satu ‘hantaran’ yang tinggi bagi pemain berusia 24 tahun itu, yang sudah mengatakan minatnya lebih terarah kepada Liverpool berbanding Bayern Munich dan Atletico Madrid, yang turut diketahui…

Baca Lagi

Video : 1 Persamaan Klopp & Mohamed Salah

Nak tengok persamaan Klopp dan Salah. 1 persamaan yang jelas lagi nyata, mereka berkongsi persamaan yang sama, lagi serupa. Saling tak tumpah perangainya, ibarat ‘bapak borek, anak rintik‘. Ya ! 🎥 Jom tengok ! Klopp Monday mornings 😒😴 . Via @liverpoolfc #WeBelieve #Liverpool #lfc #ynwa #klopp #thenormalone A post shared by Jürgen Norbert Klopp (@kloppogram) on Apr 15, 2018 at 11:52pm PDT Salah 😂😂💖💖 @mosalah @ahmadelshenawyofficial A post shared by Mohamed Salah (@mosalah22fans._) on May 8, 2018 at 12:09pm PDT Sama bukan, 🤣🤣🤣 mudah terhibur ! Ditulis untuk : Liverpool…

Baca Lagi

Bintang LFC Di Piala Dunia – Jadual Perlawanan Bila & Dimana

Lapan pemain Liverpool akan mewakili tujuh negara yang berbeza pada final Piala Dunia musim panas ini di Rusia. 8 Liverpool Kita di Russia Klik : https://t.co/n5V3T0nsyj https://t.co/n5V3T0nsyj — LFC Malaysian Reds (@LMreds) June 5, 2018 Pasukan terakhir 23 orang untuk kejohanan 32 pasukan itu diumumkan pada hari Isnin dan The Reds ada yang mewakili skuad negara masing-masing. Persaingan bermula pada hari Khamis 14 Jun, apabila tuan rumah Rusia menentang Arab Saudi dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, dan akan berakhir sebulan kemudian, dengan final di Stadium Luzhniki Moscow pada 15 Julai…

Baca Lagi

Kerana Mohamed Salah, Uruguay Tak Sabar Berdepan Dengan Mesir

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez mengakui yang pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya superstar Liverpool Mohamed Salah, layak untuk turun dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia nanti. Mesir bakal menghadapi pasukan Tabarez, yang diketuai oleh Luis Suarez pada 15 Jun ini di Rusia, dengan Salah kini bekerja keras untuk kemantapan stamina beliau agar diturunkan dalam perlawanan pembukaan Mesir mengharungi cabaran Piala Dunia 2018. Masakan tidak, ini adalah peluang julung-julung kalinya Mesir berjaya layak masuk kejohanan berprestij ini sejak kali terakhir pada 1990. Jelas Tabarez juga, seandainya Salah diturunkan, pasukannya perlu mengambil langkah…

Baca Lagi

Klopp Sesekali Tidak Akan Tinggalkan Liverpool Kerana Real Madrid

Berikut, luahan hati Jurgen Klopp yang sedikit tidak banyak dapat mengembirakan hati para peminat Liverpool, yang beliau tidak akan ke Real Madrid, walaupun ditakdirkan jodohnya bersama Liverpool tidak lama. Akad telah pun dilafazkan Klopp, yang akan bersama Liverpool sehingga 2022 dan kini sedang bersiap untuk musim keempat bertanggungjawab penuh ke atas Liverpool. Selepas Mauricio Pochettino secara terbuka telah mengatakan yang dia tidak terlibat dalam senarai mengisi kekosongan kerusi panas pengurus Real Madrid, kini mata para penggemar bolasepak dunia berpaling kepada siapa yang mungkin akan disenaraikan bagi jawatan terhangat untuk tampuk…

Baca Lagi

Mohamed Salah ‘Feeling Good’ Menjelang Piala Dunia

Superstar The Reds ini, yang telah diketahui umum terpaksa di keluar awal akibat kecederaan bahu, semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada bulan Mei lalu. Kini, setelah seminggu berlalu, Salah telah memuat naik ‘update’ terkini yang bersangkutan dengan kecederaan beliau. Musim sulung beliau yang begitu menakjubkan sekali bersama Liverpool, berakhir dengan air mata, setelah pemain antarabangsa Mesir ini dipaksa keluar padang di pertengahan separuh masa pertama perlawanan, seterusnya menjadikan kekalahan terakhir Liverpool dalam Liga Juara-Juara pada 26 Mei lalu. Salah, dengan 44 gol keseluruhan musim pertama beliau di Anfield, telah dijatuhkan…

Baca Lagi