TAA Serta Rakan Sepasukan Teruja Dengan Ox Dan Rhian Brewster

Alex Oxlade-Chamberlain dan Rhian Brewster mengambil bahagian dalam latihan sulung kem empat hari The Reds di Marbella. Mereka kelihatan sudah kembali ke kecergasan penuh setelah mengalami kecederaan jangka panjang. Kemunculan Oxlade-Chamberlain dan Brewster dengan rakan sepasukan mereka dipenuhi dengan kegembiraan oleh penyokong apabila gambar sesi latihan itu tular di media sosial- dan Alexander-Arnold telah menjelaskan […]

Wijnaldum: Kami Sedar Akan Kepentingan Mengejar Gelaran Liga

Pengorbanan yang terpaksa dilakukan dalam perlumbaan gelaran Liga Perdana tidak mengejutkan Georginio Wijnaldum atau rakan sepasukannya. Mereka sentiasa sedar akannya dan bersedia dengan itu. Wijnaldum merupakan pemain bintang semasa kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada Sabtu lepas di Anfield, yang mengembalikan Reds ke puncak meja. Kemenangan Manchester City terhadap Chelsea pada awal pagi tadi telah […]

Alisson – Liverpool Hanya Fokus Untuk Menang Perlawanan, Tiada Tekanan Lain

(Reuters) – Menurut penjaga gol Alisson, Liverpool tidak mempunyai tekanan tambahan dalam perlumbaan untuk meraih gelaran liga pertama mereka sejak 29 tahun walaupun terdapat kekalahan baru-baru ini yang membolehkan juara Liga Perdana, Manchester City meraih tempat teratas. Keputusan mengecewakan 1-1 dalam dua perlawanan terakhir mereka menentang Leicester City dan West Ham United telah meninggalkan Liverpool […]

FA Mesir Tidak Akan Menurunkan MoSalah Untuk Mewakili Mesir Dalam AFCON

Negara Afrika bakal bertemu Nigeria dan Republik Niger dalam dua perlawanan kelayakan Piala Afrika (AFCON) pada Mac nanti. Naib presiden badan bola sepak negara, Ahmed Shobier mengesahkan bahawa bintang Liverpool tidak akan dipanggil untuk bermain dalam perlawanan yang berlangsung pada 22 dan 26 Mac depan. “Mohamed Salah tidak akan bermain dalam perlawanan Nigeria dalam kelayakan […]

Van Dijk Menjadi Pilihan Jamie Redknapp

Sejak warga Belanda itu menyertai Liverpool pada Januari 2018, isu kualiti pertahanan yang tidak asing buat The Reds selama ini telah banyak berubah. Musim ini telah menjadi satu rekod untuk The Reds, apabila Liverpool mempunyai 13 cleansheet setakat ini (paling banyak dia antara semua pasukan dalam Liga Perdana). Tiada siapa yang meragui peranan Van Dijk […]

Jurgen Klopp: Saya mahu ‘mencapai impian’. Tetapi Impian Siapakah Yang Klopp Nak Capai?

Jurgen Klopp berkata dia berasa bertanggungjawab untuk membantu “memenuhi impian” di kala Liverpool sedang terus mengejar gelaran liga pertama mereka sejak 29 tahun. Liverpool boleh mengekalkan semula jarak lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris sekiranya menang menentang West Ham pada awal pagi Selasa ini. Kenny Dalglish telah membawa The Reds ke kejayaan terakhir mereka […]

Amaran Brendan Rogers Buat Liverpool.

Brendan Rodgers memberi amaran kepada Liverpool mengenai satu perkara yang boleh mencabar perlumbaaan gelaran Liga Perdana. Mantan bos The Reds mendesak bekas pasukannya untuk belajar dari kesilapan lepas mereka pada penghujung musim 2013/2014. Brendan Rodgers memberi amaran kepada penggantinya, Jurgen Klopp, dengan mendakwa bahawa penantian sekian lama untuk mencapai gelaran tersebut sebenarnya boleh membahayakan peluang […]

Perasaan Klopp Tentang Perlumbaan Kejuaraan & Pandanganya Mengenai Peminat

Jurgen Klopp: Pengurus Liverpool mengatakan dia ‘tidak pernah’ menikmati perlumbaan gelaran Liga Perdana Adakah anda dapat menikmati perlumbaan gelaran, Jurgen? “Tidak pernah.” Klopp sedang melalui saat yang sangat sukar kerana sedang memimpin Liga Perdana musim ini yang boleh dikatakan adalah persaingan yang sengit sejak beberapa tahun lalu. Dua puluh sembilan tahun telah berlalu sejak Liverpool […]

Itu Mungkin Keputusan Yang Terbaik Buat MoSalah

Penyerang Liverpool, Mo Salah mempunyai resolusi Tahun Baru, iaitu untuk banyak berhubung dengan masyarakat. Bintang The Reds itu telah menghapuskan semua akaun media sosialnya (Facebook, Twitter, dan juga Instagram). Tweet perpisahan beliau berbunyi, “Resolusi 2019: Masa untuk berhubung, dengan sebenarnya”. Tweet itu menyebabkan para peminat di Merseyside tidak keruan, tetapi tidak lama kemuadian, didapati tweet […]

Ian Rush: Salah, Firmino, Mane Berada Di Landasan Yang Betul & Pertahanan Liverpool Kekal Memainkan Peranan Yang Penting

Pasukan Jurgen Klopp kekurangan pengalaman memenangi gelaran. Ramai di kalangan para penyokong juga tidak pernah merasakan kemenangan liga. Legenda Liverpool, Ian Rush tidak kisah dengan kenyataan tersebut. “Saya fikir para penyokong tidak salah untuk berasa teruja kerana mereka (peminat) berada dalam kedudukan yang tidak pernah mereka lalui tetapi pemain perlu mengambil (serius) setiap perlawanan yang […]

Klopp Terpegun Dengan Reaksi Milner Di Bilik Persalinan

Jurgen Klopp mendedahkan keadaan di bilik persalinan setelah Milner dikeluarkan dari padang semasa perlawanan menentang Crystal Palace pada Sabtu lalu. Liverpool menyaksikan kelebihan dalam kedudukan Liga Perdana dengan memperoleh kemenangan yang sangat sukar ke atas pasukan Roy Hodgson di Anfield. Milner yang bermain sebagai bek kanan pada hari itu, dikeluarkan dari permainan pada babak akhir […]

Klopp Bersedia Untuk Menggunakan Jarak 11 Hari Antara Perlawanan Dengan Membawa Pasukannya Berlatih Di Luar Negara

Jurgen Klopp memberikan kenyataaan mengenai keputusan kalah mati FA Cup tempoh hari dan berkongsi mengenai rancangannya menjelang rehat 11 hari buat Liverpool Liverpool mendapat hadiah yang tidak dijangka berikutan kekalahan Piala FA (menentang Wolverhampton Wanderers pada pertengahan minggu lalu). Selepas menentang Palace hujung minggu kelak, The Reds mempunyai masa rehat selama 11 hari sebelum bertemu […]

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: