Trivia – West Brom vs Liverpool

Perlawanan ke 35 Liga Perdana Inggeris, menemukan kita dengan pasukan ‘bogey’ musim ini, West Bromwich Albion yang kini di tangga tercorot liga. Berikut merupakan beberapa trivia perlawanan menjelang kunjungan ke The Hawthorns. West Brom tidak pernah menang dalam 9 perlawanan terakhir bertemu Liverpool (seri 5, tewas 4) Kemenangan terakhir ke atas The Reds adalah pada Ogos 2012 (3-0) The Baggies gagal menjaringkan sebarang gol dalam 7 daripada 11 perlawanan bertemu Liverpool di tempat sendiri West Brom menang 3-2 di Anfield musim ini dalam pertandingan Piala FA, dengan 2 gol dijaringkan…

Read More

Zeljko Buvac – ‘The Brain’

Umum mengetahui hubungan unik dan keakraban Jurgen Klopp dan Zeljko Buvac. Digelar ‘The Brain’ oleh Klopp sendiri, beliau diberi tanggungjawab sebagai Penolong Pengurus Skuad Utama, bertanggungjawab dalam menguruskan sesi latihan dan taktikal yang telah direncana Klopp. Berikut beberapa fakta menarik mengenai ‘The Brain’ yang patut anda tahu. Dilahirkan sebagai rakyat Bosnia, dahulunya dikenali sebagai sebahagian dari Yugoslavia Posisi beliau adalah sebagai pemain tengah menyerang, memulakan karier bersama Rudar Ljubija (Bosnia, 1985-1986), sebelum berhijrah ke Banja Luka, di mana beliau memenangi Piala Yugoslav pada tahun 1988. Berhijrah ke Jerman dengan mewakili…

Read More

‘Report Card’ Pemain-pemain Pinjaman Liverpool

Menurut portal This Is Anfield, pemain-pemain Liverpool yang kini sedang dipinjamkan ke kelab lain turun beraksi bersama pasukan masing-masing hujung minggu lalu. Tidak beraksi Ryan Kent dan Sheyi Ojo tidak dipilih dalam skuad perlawanan bagi Bristol City dan Fulham, manakala Corey Whelan (Yeovil Town) hanya memanaskan bangku simpanan.  Taiwo Awoniyi pula tidak cergas untuk diturunkan Royal Excel Mouscron dan Conor Randall pula direhatkan. Cemerlang Harry Wilson sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang, dalam kemenangan 5-0 Hull City ke atas Burton. Beliau menjaringkan gol kedua Hull dengan sepakan lencong kaki kiri dan mencipta…

Read More

Statistik Penting : Liverpool 3 – 0 Bournemouth

Liverpool berjaya memperoleh satu lagi kemenangan selesa di Anfield, kali ini bertemu Bournemouth. Berikut disenaraikan beberapa statistik penting berdasarkan perlawanan menentang the Cherries. Pesta Gol Liverpool telah menjaringkan 300 gol di bawah kendalian Jurgen Klopp, hanya dalam 148 perlawanan. Secara purata, 2 gol telah terhasil dalam setiap perlawanan dan sudah tentu disebabkan oleh keberkesanan bahagian serangannya. Sadio Mane dan Mo Salah juga menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, di mana Mane melengkapkan gol ke10 buat dirinya dalam Liga Perdana. Kini sudah 4 musim berturut-turut di beliau berjaya mencapai dua angka dalam…

Read More

Andrew Robertson : Layak ke Separuh Akhir Liga Juara-juara Adalah Yang Terbaik Karier Saya”

Hadir ke Anfield sekitar Julai 2017, sekadar sambutan biasa diberikan oleh peminat Liverpool ke atas pemain ini memandangkan jendela perpindahan ketika itu dihangatkan dengan kejayaan Liverpool menandatangani Mohamad Salah dari AS Roma. Nilaiperpindahan £8 juta juga menimbulkan sedikit persoalan tentang keupayaan pemain ini, tambahan selepas pasukannya Hull baru sahaja tersingkir ke Liga Kejuaraan Inggeris. Bagaimanapun, Robbo berjaya memenangi hati peminat di Anfield dengan kerja keras dan corak permainan bersungguhnya dalam waktu yang singkat. Secaraperbandingan, hanya Salah dan Firmino sahaja yang boleh dikatakan beraksi lebih baik darinya pada musim ini selepas…

Read More

Georginio Wijnaldum, persembahan terbaik menentang City

Masih membicarakan mengenai kemenangan Liverpool ke atas Man City tempoh hari, persembahan pemain ini sememangnya mencuri tumpuan. Pemaintengah ini berjaya menguasai posisi bukan kebiasaannya. Beliau diarahkan beraksi di posisi tersebut dalam perlawanan terbesar kelab musim ini. Penggantungan Jordan Henderson dan kecederaan Emre Can menyukarkan pemilihan di posisi ‘deep lying midfield’, dan ternyata Wijnaldum merupakan calon terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut di Etihad. Ketika diuji di posisi ini dalam perlawanan liga sebelumnya di Goodison Park, beliau mudah menggalas tugas tersebut. Namun45 minit pertama menentang City, kepincangan mula terserlah. Wijnaldum mudah didominasi…

Read More