Bagaimana Beli Jersi Liverpool Baru Secara Online

Untuk makluman, kami tidak mempunyai sebarang urusniaga terhadap pembelian jersi atau mana-mana produk Liverpool atau mempunyai sebarang potongan harga.

Walaubagaimanapun, kami akan cuba membantu sedaya yang boleh untuk memberi maklumat tentang jersi baru ini, khasnya jika ingin membeli menggunakan laman web rasmi Liverpool.

Baca : Jersi Terbaru Retro Seperti Ketika Liverpool Menawan Eropah Tahun 80-an

Untuk membeli baju terdapat 7 langkah utama. Antaranya:

  • Membuka laman web Liverpool store atau klik di sini.
  • Klik pada baju yang ingin dibeli.
  • Pilih Saiz.
  • Klik pada “Basket” & kemaskini maklumat.
  • Login @ isi maklumat penghantaran.
  • Sahkan maklumat penghantaran.
  • Sahkan maklumat medium pembayaran.

Kami akan terangkan dengan lebih terperinci di bawah.

STEP 1 : BUKA LAMAN LIVERPOOL STORE

  • Anda boleh mencari di google dengan menaip store.liverpoolfc.com atau klik di sini
  • Seterusnya klik pada pada “Pre-order now”

STEP 2 : KLIK PADA BAJU PILIHAN

  • Anda harus memilih baju mana yang ingin dibeli.
  • Pilihan yang ada termasuklah baju lengan panjang, pendek, kanak-kanak dan wanita.

Walaubagaimanapun, contoh yang kami bawa adalah lebih kepada jersi lelaki lengan pendek sahaja.

STEP 3 : PILIH SAIZ BAJU 

  • Setelah jenis baju telah dipilih, pilih saiz baju pula.
  • Saiz pilihan daripada S hinggalah XXXL.
  • Bagi pembeli pertama kali, ini adalah saiz bagi ‘UK Size’. Untuk Asia, saiz anda harus menurunkan satu gred asal daripada yang biasa dipakai. Sebagai contoh: Jika anda selalu beli saiz M, anda harus membeli saiz S. Jika anda selalu memakai saiz L, anda harus membeli saiz M.

Jika dilihat pada bukaan di dada adalah 32-34.5 untuk saiz XS (UK Size), ianya adalah sama dengan bukaan dada pada S (Japan Size) atau (Asia). Ianya agak terperinci bagi lelaki ‘maskulin’ yang ingin memakai ala ‘body fitter’.

Anda boleh melakukan pemeriksaan size awal di laman ini. Klik (ini)

  • Anda boleh meletakkan nama pemain (Add a Custom Name) atau menggunakan nama sendiri.
  • Anda juga boleh meletakkan nombor.
  • Bentuk ejaan juga boleh diubah samada sebaris (Prem Straight) atau melengkung (WHT LFC Curved).
  • Patch EPL yang asli turun boleh dibeli bernilai 6 pounds UK (sekitar RM 34).
  • Semua tambahan ‘aksesori’ pakaian dikenakan caj tambahan (tertakluk kepada harga).
  • Setelah selesai sila klik “Pre-Order” di kolum kanan bawah.

 

  • Setelah klik pada “PRE-ORDER’, ‘raga’ (andaian untuk belian online) atau ‘BASKET  UPDATING’.

  • Tunggu hingga selesai, dan bahagian ‘BASKET’ akan dikemaskini dengan angka 2 (Tambahan 1 x baucer bernilai 10 pounds UK).
  • Kemudian klik pada ‘BASKET’ tersebut. di penjuru sebelah kanan.

STEP 4 : KEMASIKINI MAKLUMAT DI BAHAGIAN BASKET

  • Dibahagian basket, segala maklumat tempahan awal telah dikemaskini.
  • Cek semula agar tidak berlaku pertindihan dan salah kemaskini daripada laman web.

  • Anda boleh memilih kaedah bungkusan yang ada. Pilihan yang ada seperti kotak, plastik dan sebagainya. Ini mungkin dikhaskan kepada pembeli yang ingin memberi hadiah.
  • Semua kaedah bungkusan tambahan akan dicaj.

  • Setelah selesai klik ‘CONTINUE TO SECURE CHECKOUT‘  di sebelah penjuru kanan bawah.

Boleh ubah (atau biarkan sahaja dahulu) bahagian ‘Select Your Country’ kepada Malaysia. Ianya akan mengubah ‘currency’ kepada US Dollar. Dan harganya akan berubah sedikit.

Anda akan mengemaskini di bahagian penghantaran nanti. Harga 50 pounds UK tidak termasuk kos penghantaran.

STEP 5 : LOGIN & ISIKAN MAKLUMAT

  • Anda boleh menggunakan bahagian login jika telah pernah mendaftar. Jika tidak anda juga boleh ‘CREATE ACCOUNT’ atau ‘GUEST CHECKOUT’.

Jika anda menggunakan ‘CREATE ACCOUNT’ satu akaun baru akan dibina dan maklumat peribadi anda hendaklah diisikan. Anda tidak perlu menaip maklumat penghantaran nanti.

Jika tidak, boleh masukkan dibahagian ‘GUEST ACCOUNT’ namun, maklumat penghantaran juga perlu diisikan.

STEP 6: SAHKAN MAKLUMAT PENGHANTARAN 

(video keseluruhan disediakan di sebelah bawah).

  • Cek semula alamat penghantaran.
  • Penting jika anda membeli untuk rakan atau pihak lain dan memerlukan penghantaran ke kediaman orang ketiga tersebut.

Anda juga boleh memberi ‘arahan khas’ terutama yang ingin mendapatkan baju dalam tempoh yang cepat dan pada waktu ini tidak berada di kediaman yang sewajarnya. Seperti contoh, tinggalkan di jiran dan sebagainya.

  • Pilih medium pembayaran yang ingin digunakan. Terdapat pembayaran menggunakan ‘paypall’, kad kredit dan sebagainya. Debit kad (My debit) mungkin hendaklah dikemaskini untuk penggunaan International.
  • Setelah semuanya telah dipilih, klik pada bahagian bawah.
Contoh penggunaan paypall.
Contoh penggunaan kad kredit

Akhirnya, jersi anda bakal diterima nanti.

Perlu diingatkan bahawa bayaran sebanyak 9 pounds dikenakan untuk penghantaran ke Malaysia. Ianya akan dicajkan sekali sahaja. Penting bagi yang membeli secara pukal atau untuk rakan-rakan, sekiranya anda kumpulkan hanya 1 tempat sahaja untuk penghantaran dan kemudiannya menghantar menggunakan khidmat penghantaran di Malaysia nanti.

Jumlah terkini (30 Apr 2017) untuk nilaian tukaran wang bagi 59 Pound (UK) adalah RM 331.73 bagi duit di Malaysia. Ianya tidak tertakluk kepada caj kad kredit dan bank.

Pada waktu ini, promosi daripada LFC memberikan baucer bernilai 10 pounds untuk setiap pembelian baju. Tawaran ini akan berakhir pada 30 Mei 2017.

Tambahan bagi kawasan UK, sekiranya tempahan dilakukan, pihak LFC memberi jaminan bahawa baju tersebut akan diterima sebelum 19 Mei 2017.

Bagi yang ingin ringkasan, kami telah sediakan video yang ringkas step tersebut.


Bagaimana Beli Jersi Liverpool Secara Online… oleh LMREDS TV

Related posts

Comments are closed.