Bagaimana Dengan Masa Depan Clyne Di Liverpool

Wartawan Liverpool Echo, James Pearce dalam rancangan popular beliau, ‘LiveBlog Q and A’, telah menjawab segala persoalan yang diajukan para peminat Reds seantero dunia.

Tempoh hari, LMreds juga telahpun siarkan persoalan yang diajukan peminat tentang Mane dan Milner, yang terkait dengan perjanjian kontrak baru.

James Pearce Tentang Perjanjian Baru Sadio Mane & James Milner

Dan kini, kita beralih arah pula kepada, bagaimana nasib Nathaniel Clyne yang bersangkutan dengan masa depannya bersama Liverpool ?

Umum mengetahui kini, Clyne berehat panjang akibat daripada kecederaan yang dialaminya. Oleh itu, tempat beliau sebagai bek kanan Liverpool telahpun digantikan oleh TAA.

Yang mana kita ketahui juga, Clyne merupakan antara pemain Liverpool yang sangat berstamina tinggi, hingga pada satu musim lalu sebelum beliau mengalami kecederaan ini, membuat penampilan penuh bersama Liverpool untuk semusim, tanpa sebarang kecederaan.

Seterusnya, soalan yang dilontarkan kepada JP adalah, adakah Nathaniel Clyne dalam proses untuk meninggalkan Liverpool, selepas kemunculan TAA ?

Dan ini sekadar pandangan, bukan lagi kenyataan. Untuk kita jadikan panduan, kerana umum mengetahui James Pearce antara wartawan dari media yang sangat kita boleh percayai, Liverpool Echo.

JP mengatakan, Clyne mempunyai tahun yang buruk kebelakangan ini.

Kecederaan di bahagian belakang beliau itu, secara tidak langsung telahpun menghancurkan kempen 2017/18 buatnya, dan ketika dia berehat panjang, Alexander-Arnold telah merebut peluang yang ada di posisi bek kanan Liverpool, dengan satu siri penampilan yang boleh dikatakan kini dikuasainya.

Bagi JP sendiri, Clyne merupakan pemain Reds yang hebat, namun agak sukar untuk beliau mendapat semula tempatnya untuk beberapa bulan lagi.

Adalah sesuatu yang langsung tidak mengejutkan, jika Clyne berpindah pada musim panas akan datang.

Harapan terbaik yang boleh Clyne harapkan untuk mendapat minit perlawanan bersama Liverpool adalah, jika Alexander-Arnold dipindahkan ke bahagian tengah.

Admin :

Pandangan korang ?

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds