Balas Ben Mee Atas Pengelibatannya Dalam Tackle Terhadap Joe Gomez

Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez mengalami kecederaan semasa melawan Burnley pada minggu lalu.

Defender Burnley, Ben Mee memberitahu BBC Sport bahawa tindakan tackle yang dilakukannya terhadap pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez tidaklah begitu teruk.

Menurut BBC Sport, pemain pertahanan Liverpool, Gomez direhatkan selama enam minggu akibat cabaran yang dialaminya dari pemain pertahanan Burnley, Mee pada permainan Liga Perdana di Turf Moor minggu lalu.

Berikutan perlawanan itu, pengurus The Reds, Jurgen Klopp berkata, dia tidak berpuas hati dengan standard pencabar Burnley (seperti yang dipetik oleh BBC Sport).

Mee telah membalas komen itu (dan pemain pertahanan berusia 29 tahun itu yang mendapat £ 28,000 seminggu sebagai gaji) menurut Spotrac.com – mempertahankan pendiriannya.

Pemain pertahanan Burnley memberitahu BBC Sport: “Saya pernah melihat Liverpool juga membuat tackle sebegitu dan mendapatkan perhatian orang ramai serta perkara seperti itu. Bagi saya, anda boleh bermain adil, tetapi anda juga boleh bermain kasar juga.

“Kami berada di barisan terakhir jadual liga maka kami perlu keluar dari situ, jadi kami akan berusaha keras untuk memenangi perlawanan. Saya hanya berharap yang terbaik untuknya [Gomez]. ”

Tackle yang dilakukan oleh Mee kelihatan bukan berniat untuk mencederakan Gomez namun perkara yang sebaliknya yang telah berlaku.

Nasib tidak menyebelahi pemain pertahanan berusia 21 tahun itu sehinggakan dia mengalami kecederaan, namun diharapkan pemain antarabangsa England itu akan kembali tidak lama lagi dan bakal muncul semua dalam form yang lebih baik.

Dalam pada Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dan bersaing untuk gelaran Liga Perdana musim ini, Burnley pula berada dalam zon bahaya kerana mungkin disingkirkan dari Liga.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : HITC

Post Author: Wade Wilson