Barcelona Mengalah & Kini Cabaran Bagi Klopp Meyakinkan Coutinho Kembali Beraksi

Barcelona Telah Mengalah & Kini Cabaran Bagi Klopp Meyakinkan Coutinho Untuk Kembali Beraksi Bersama Skuad Utama Liverpool

  • Barcelona akhirnya mengangkat ‘bendera putih’
  • Klopp kini memberi tumpuan untuk kembalikan Coutinho dalam skuad Liverpool

Gergasi Catalan telah menerima takdir dengan hati yang terbuka, berkenaan pendirian Liverpool yang TIDAK akan menjual Philippe Coutinho pada musim panas ini.

Tiga bidaan dalam tempoh sebulan dan bebanan tekanan yang tinggi keatas Coutinho, telah menyebabkan pemain Brazil itu membuat permintaan perpindahan, tetapi gagal mempengaruhi pendirian Liverpool.

Dan sekarang, Barca perlu membelanjakan hasil jualan £ 200 juta Neymar di tempat yang lain.

Minggu lalu Barcelona menetapkan sehingga jam 7 petang untuk Liverpool bersetuju dengan tawaran yang telahpun ditolak serta-merta dalam masa 48 jam sebelum itu, langsung tidak dijawab oleh pengarah sukan, Michael Edwards.

Anfield telah dibingungkan oleh struktur perjanjian yang dicadangkan Barcelona, yang jelas sama sekali tidak masuk akal.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, jika £ 118 juta telah diserahkan sepenuhnya kepada Melwood, jawapannya akan tetap sama.

Coutinho TIDAK akan dijual walau dengan harga berapa sekalipun, pada musim panas ini !

Kenyataan Fenway Sports Group seminggu sebelum ini, tiada tawaran untuk Coutinho yang akan dipertimbangkan dan dia akan kekal sebagai anggota Kelab Bolasepak Liverpool apabila jendela perpindahan musim panas ditutup, sangat jelas.

Tiada satu pun jumlah wang yang akan menyebabkan hati FSG berubah.

Kini cabaran yang dihadapi oleh Klopp adalah untuk menarik semula minat Coutinho untuk turun bermain bersama skuad utama Liverpool.

Kerana, Coutinho masih belum kembali ke latihan penuh di Melwood, berkemungkinan beliau gagal untuk terlibat sama dalam perlawanan menentang Hoffenheim pada malam Rabu atau Arsenal pada hari Ahad.

Cubaan menarik perhatian Coutinho kini terbukti sukar bagi The Reds, daripada mencari penawar bagi menghilangkan sakit belakang yang dialami beliau sejak dari kemenangan Liverpool keatas Bayern Munich dalam Audi Cup, tiga minggu lalu.

Kisahnya bermula sejak dari kem latihan pra musim di Jerman, apabila presiden FSG, Mike Gordon memberitahu sendiri kepada Coutinho, yang dia pasti tidak akan dijual.

Pada mulanya Coutinho juga tidak ingin LAGI untuk berpindah, tetapi beliau berubah sikap dengan begitu dramatik sekali selepas Liverpool membuat kenyataan terbuka mempertahankan Coutinho di Liverpool, dan Barca dalam masa yang sama menegaskan sama ada sekarang atau tidak untuk mencapai impiannya ke Camp Nou.

Bersama dengan permintaan perpindahan, dia memberitahu The Reds, yang beliau tidak mahu bermain untuk Liverpool lagi.

Memandangkan Liverpool tidak pernah untuk mempersoalkan tindakan beliau, ejen beliau Kia Joorabchian yang memainkan peranan memberi saranan kepada Coutinho.

Sehingga mewujudkan jurang kebencian antara penyokong kepada Klopp.

Memburuk-burukkan nama baik Klopp mengikut laporan Sky Sports, yang beliau ada masalah dengan Klopp. Ini dinyatakan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga Coutinho yang enggan namanya disiarkan.

Yang mana katanya, beliau kecewa dengan bermain dalam posisi yang berbeza dan mengenai berapa kali beliau digantikan musim lalu.

Itu semua satu kenyataan ‘SAMPAH’ !

Realitinya adalah, Coutinho telah memainkan bolasepak yang terbaik di sepanjang kerjayanya di bawah bimbingan Klopp.

Atas semua yang telah berlaku, Liverpool tetap berlapang dada dan menerima Coutinho dengan hati yang terbuka.

Liverpool tetap mengharapkan Coutinho untuk kembali semua mempertingkatkan prestasinya demi cabaran beliau menggalas nama dalam skuad negara Brazil untuk Piala Dunia.

Klopp hanya boleh berharap Coutinho bertindak balas yang sama seperti mana Luis Suarez lakukan empat tahun yang lalu kepada Liverpool.

Membayar semula kesilapan dengan mempamerkan aksi semusim yang berkualiti tinggi.

Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Related posts