Bayern Munich Berlepas Ke Liverpool Tanpa Beberapa Tonggak Utama

Mereka juga meletakkan beberapa pemain muda dalam 21 pemain ke Anfield pada perlawanan awal pagi Rabu.

Dengan Thomas Mueller digantung satu perlawanan manakala Arjen Robben dan Corentin Tolisso masih tersisih akibat kecederaan, mereka terpaksa menunggu saat akhir untuk mengetahui tahap kecergasan Kingsley Coman yang mengalami kecederaan ketika menentang Augsburg pada Jumaat lepas.

Namun begitu mereka kehilangan khidmat Jerome Boateng yang jatuh sakit akibat flu.

Dilaporkam Mats Hummel dan Niklas Sule bakal digandingkan di bahagian pertahanan.

Franck Ribery juga dilaporkan tidak turut serta dalam perlawanan itu disebabkan isterinya melahirkan anak, meskipun terdapat khabar bahawa beliau akan menyertai skuad Bayern lebih lewat untuk perlawanan di Anfield.

Manakala pemain muda seperti Lars Lukas Mai, Alphonso Davies, Meritan Shabani, Jeong Woo Yeong, Christian Futchl dan Maxima Awoudja disenaraikan dalam skuad Bayern dalam perlawanan ini.

Sebelum ini Davies telah melakukan 3 penampilan lewat setelah menyertai dari Vamcouver Whitecap bulan lepas, manakala Shabani dan Woo Yeong masing masing melakukan 2 dan 1 penampilan musim ini. Awoudja, Mai dan Fuchtl belum lagi melakukan sebarang penampilan.

Berikut adalah senarai pemain Bayern yang berlepas ke Anfield :

Neuer, Sule, Hummels, Tiago, Martinez, Lewandowski, James, Rafinha, Goretzka, Davies, Jeong, Gnabry, Ulreich, Alaba, Coman, Awoudja, Kimmich, Mai, Sanches, Fruchtl, Shabani. 

ADMIN

Adakah ini merupakan peperangan psikologi terbaru oleh Bayern?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman