Bekas Pemain Arsenal Menyifatkan Virgil Van Dijk Pertahanan Terbaik Yang Bermain Di EPL

Pemain antarabangsa Belanda itu juga adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi Liga Juara-juara Eropah musim lalu.

Martin Keown yang juga sebahagian daripada pasukan yang berjaya memenangi EPL tanpa kalah percaya Virgil Van Dijk adalah pertahanan terhebat yang bermain di EPL.

Van Dijk menikmati tahun terbaik dalam kariernya menjadi jantung pertahanan Reds dengan mencipta rekod 97 mata untuk pasukan kendalian Juergen Klopp dan menamatkan musim dengan rekod pertahanan terbaik di EPL.

Pemain yang berjaya menjulang Liga Juara-juara Eropah dan mendapatkan tempat kedua dibelakang Messi pada acara individu terbesar, Ballon D’Or.

Van Dijk meneruskan prestasi terbaiknya pada musim ini dengan membantu Reds memimpin liga dengan berkelebihan 13 mata daripada pasukan ditangga kedua liga, Leicester City.

Keown percaya bekas pemain Southampton ini berjaya meletakkan dirinya sebagai pertahanan terbaik yang pernah bermain di EPL.

Jawapan beliau untuk talkSPORT setelah ditanya mengenai VVD.

“Saya fikir beliau telah menjadi pertahanan terbaik. Ia membuatkan hampir sempurna melihat beliau berlari.”

“Dia bermain di Scotland tetapi tiada kelab yang mahukannya lalu beliau pergi ke Southampton. Dia seperti pemain yang perlahan untuk matang tetapi hari ini beliau telah cukup matang.”

“Dia mahu memenangi sesuatu dan kini ianya adalah masa dan saat yang tepat. Manchester City tidak mahu mendapatkannya kerana tidak mahu membayar yuran yang besar untuk beliau.” 

“Lihatlah sekarang apa itu 75juta? Ia kelihatan seperti nilai yang hebat untuk beliau.”

Mungkin ramai peminat bola sepak melihat angka yang mahal itu agak merapu meraban ketika itu. Dengan Van Dijk yang tidak pernah memenangi apa-apa bersama Southampton tetapi Klopp dan scout melihat VVD kepingan puzzle untuk perbaiki pertahanan Liverpool. Dan lihatlah kini, ianya sangat berbaloi mendapatkan Virgil Van Dijk.

 

Admin

Ada juga sebahagian daripada peminat Liverpool persoalkan harga yang begitu mahal namun kini semua kata-kata tersebut telah hilang dimamah piala. Haha 

Post Author: Nazz Adam