Bekas Pemain Liverpool Nabil El Zhar Bantu Leganes Atasi Real Madrid Dalam Copa Del Rey

Kelab itu berjaya mencipta sejarah untuk melangkah ke separuh akhir Copa Del Rey buat pertama kali setelah menyingkirkan Real Madrid.

Nabil El Zhar merasai salah satu malam paling bermakna dalam kariernya apabila membantu Leganes menewaskan Real Madrid 2 – 1 di Santiago Bernabeu sekaligus memberikan tekanan buat pengurusnya, Zinedine Zidane.

Ketinggalan 1 – 0 dari segi aggregat di gelanggang sendiri, Leganes tidak diberikan harapan untuk mara ke separuh akhir Copa Del Rey. Namun, pasukan itu mengejutkan Real Madrid menerusi tandukan Gabriel Pires sekaligus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Sebelum itu Karim Benzema memadamkan gol awal Javier Eraso.

Menurut Zidane :

“Kami tidak cukup bagus dalam perlawanan ini”.

“Saya bertanggungjawab atas penyingkiran ini. Ianya satu kegagalan buat kami. Namun kami akan meneruskan perjalanan. Tiada apa yang kami boleh lakukan”.

El Zhar merupakan pemain remaja yang dibawa dari St Etienne pada 2006 dengan nilai £200,000 ketika itu.

Pemain antarabangsa Morocco itu telah melakukan 32 penampilan sepanjang 4 tahun di bawah Rafa Benitez sebelum dipinjamkan ke PAOK Salonika di Greece.

Satu satunya gol beliau bersama Liverpool adalah semasa pertemuan League Cup menentang Cardiff City pada 2007.

Pada musim panas 2011, beliau dilepaskan oleh Liverpool dan kemudian menyertai Levante secara percuma.

El Zhar kemudiannya berhijrah ke Las Palmas pada 2015, dan tahun lepas beliau berhijrah ke Leganes dan sekarang menduduki tangga ke 13 La Liga.

ADMIN

Real Madrid pula berada di tangga keempat La Liga dengan perbezaan 19 mata dengan pendahulu liga Barcelona.

Bukan rezeki Nabil El Zhar di Liverpool pada ketika itu. Semoga beliau berjaya membantu Leganes pula ke perlawanan akhir Copa Del Rey.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman