Berita Terbaru Zeljko Buvac, ‘Dirisik’ Damien Comolli Untuk Fenerbahce

Jurulatih yang sangat berpengalaman, yang kebiasaannya menjadi rujukan buat Jurgen Klopp sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘The Brain’.

Kini, tidak lagi aktif sejak meninggalkan Liverpool pada akhir April lalu.

Zeljko Buvac dilaporkan telah menjadi salah satu nama yang disenaraikan untuk mengambil alih tugas pengurus di Fenerbahce, oleh bekas ketua Liverpool sendiri, Damien Comolli.

Liverpool sebelum ini turut menegaskan, yang Buvac tetap menjadi sebahagian daripada pengurusan kelab dan keadaan tetap tidak berubah ketika The Reds mengumumkan kepulangan Pep Lijnders minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Buvac belum membuat sebarang kemunculan semula dan kini menjadi antara sasaran pasukan dari Turki Fenerbahce, yang juga melaporkan David Moyes turut disenarai pendek bersama jurulatih Liverpool tersebut.

Bekas pengarah bolasepak bagi Liverpool, Comolli baru-baru ini telah memegang jawatan sebagai pengarah sukan di Turki dan telah menamakan Buvac dan Moyes di bahagian atas senarainya kerana dia berkeinginan untuk melantik seorang pengurus baru di Istanbul.

Liverpool menjelaskan pada April lalu, yang penolong pengurus, Buvac telah mengambil cuti atas sebab peribadi sehingga berakhirnya kempen musim 17/18.

Klopp dan Buvac sebelum ini bekerjasama selama 17 tahun, sehinggakan gelaran ‘The Brain’ itu dianugerahkan Klopp buat Buvac yang kini berusia 56 tahun.

Manakala seorang lagi rakan mereka Peter Krawietz, yang juga merupakan tempat rujukan Klopp digelar sebagai ‘The Eye’.

 

Buvac sebelum ini bermain bersama Klopp di Mainz pada awal 1990-an, dan mereka bersatu semula di kelab Jerman pada tahun 2001 ketika menerima peluang untuk menjadi pembantu pengurus kepada Klopp.

Buvac juga bekerja dengan Klopp selama tujuh tahun di Borussia Dortmund dan mengikuti Klopp ke Anfield ketika mengambil alih tampuk pimpinan pada Oktober 2015.

Admin :

Amaran ! Khabar angin yang mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Yang sebelum ini, nama si Buvac ini turut menjadi senarai pengurus baru bagi Arsenal. Tapi yang akhirnya bukan. 😆

Begitulah berita khabar angin, yang hanya boleh dibaca, percaya jangan sesekali. ☝

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds