Bernardo Silva mengakui bahawa Manchester City tertekan menjelang pertembungan dengan Liverpool

Pemain tengah City, Bernardo Silva menerima hakikat bahawa Manchester City akan berada di bawah tekanan yang lebih besar dalam pertarungan pagi Jumaat menentang Liverpool di Stadium Etihad tetapi pemain itu menggesa pasukannya untuk tetap berpegang pada prinsip bola sepak mereka.

City memasuki permainan apabila keyakinan mereka bangkit semula dengan kemenangan 3-1 Ahad lalu di Southampton, yang datang tepat pada masanya selepas mereka mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam empat perlawanan Liga Perdana sebelum ini. Mereka menduduki tujuh mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. Jika menang; City bakal memburu gelaran juara Liga, tetapi jika kalah; maka City mungkin tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka.

Di bawah Pep Guardiola, City mempunyai rekod buruk apabila berdepan dengan Liverpool yang berada di bawah kendalian Jürgen Klopp. Mereka hanya menang satu daripada tujuh pertemuan lalu. Mereka juga kalah ketika menetang Liverpool dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu. (Admin: wahai bangsa Liverpool, janganlah kita terlalu bangga dengan rekod, rekod ini bukan penetu untuk perlawanan akan datang)

Ralph Hasenhüttl, pengurus Southampton, berpandangan City mengambil “banyak risiko untuk membina permainan mereka” dan dia merasakan bahawa, jika pemainnya boleh “mencari detik yang tepat untuk menyerang dan memenangi bola awal“, mereka boleh meledakkan gol, yang mana adalah apa yang mereka lakukan ketika Pierre-Emile Højbjerg menyamakan kedudukan(ketika perlawanan City dan Southampton minggu lalu). City tahu ia akan menjadi penting untuk mencari keseimbangan yang betul ketika menentang Liverpool.

“Kami tahu tekanan itu sedikit lebih kepada kami kerana, jika kami tidak menang, ia akan menjadi sangat sukar untuk mengejar mereka,” kata Silva. “Itulah yang akan kami lakukan; ia adalah apa yang kami cuba lakukan dalam setiap perlawanan. Kami akan cuba memainkan cara yang sama seperti yang kami lakukan selalu – terus menekan tinggi dan mengawal bola.”

Pemain berusia 25tahun itu lebih menumpukan perhatian terhadap barisan pertahanan Liverpool berbanding trio serangan. “Mereka mempunyai banyak clean sheet,” kata Silva. “Ia pertahanan hebat. Semua orang tahu betapa baiknya tiga mereka di depan – mereka banyak bekerja dan begitu juga pemain tengah. Ia pasukan yang sangat baik”.

Silva mengakui ianya lebih baik sekiranya mendahului liga dari awal dan bukannya cuba untuk pulun kemudian. “Kami perlu berfikir bahawa kami perlu memenangi setiap perlawanan yang mungkin. Jika kita menang pada hari Jumaat, jurang hanya akan menjadi empat mata – tujuh atau empat, banyak perbezaannya – tetapi kami akan meletakkan tekanan kepada mereka. Mereka tidak terkalah sehingga kini dalam liga. Kami akan cuba menamatkannya. “

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Guardian/ Goal

Post Author: Wade Wilson