Bersatunya Pemain Tengah Liverpool, Menjadikan Klopp Gembira Melebihi Biasa Yang Jarang Dilihat

Ini mungkin kali pertama !

Ungkap Klopp dengan penuh rasa gembira, ketika bercakap dalam sidang media pra perlawanan Liverpool vs Fulham.

Kerana, Jurgen Klopp akan mempunyai pilihan pemain tengah yang pelbagai untuk diturunkan dalam pertembungan malam ini menentang Fulham di Anfield.

Liverpool akan meneruskan cabaran dalam menjadi pasukan yang belum dikalahkan lagi di Liga Perdana musim ini setakat ini, dengan berdepan Cottagers yang berada ditangga ke-20 liga, juga merupakan perlawanan terakhir sebelum rehat antarabangsa.

Perlawanan ini bakal menjadi satu peluang yang amat berharga, dalam menebus semula prestasi buruk Reds setelah dikalahkan Red Star Belgrade 2-0 dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Segalanya menjadi mudah buat Liverpool, namun sedikit ‘fening’ bagi Klopp untuk memilih siapa sebagai tunggak utama.

Dengan kedatangan semula Jordan Henderson dan Naby Keita dalam sesi latihan bersama pasukan utama Liverpool, setelah berehat sebelum ini akibat masalah kecederaan.

Kehadiran semula kapten Hendo dan Keita, secara tidak langsung sangat dialu-alukan Klopp dalam memberi ‘fleksibiliti’ di bahagian tengah, dengan Alex Oxlade-Chamberlain merupakan satu-satunya pemain yang masih berehat panjang, bagi menjalani sesi pemulihan akibat kecederaan lutut.

Bercakap kepada Liverpoolfc, Klopp sangat gembira dengan kembalinya para pemain tengah beliau, yang mana katanya ini merupakan kali pertama buat kesemuanya bersatu dalam pasukan Liverpool, selain daripada Ox.

Klopp Akui Kapten Henderson Boleh Mengubah Keseluruhan Permainan Liverpool

Dengan ini, keputusan Klopp untuk menurunkan siapa yang dipertanggungjawabkan menggalas posisi pemain tengah bagi Liverpool vs Fulham, hanyalah bersandarkan kepada tahap kecergasan, kekuatan fizikal, prestasi semasa dan segalanya yang tersangkut dengan apa yang diperlihatkan pemain tersebut semasa latihan.

Fabinho

Berkemungkinan boleh untuk diturunkan lagi bagi mencipta pengalaman lain dalam PL, selepas menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dalam kekalahan kepada Belgrade.

Pemain berasal dari Brazil itu bergelut dalam mencari keserasian bersama skuad Reds ketika vs Arsenal di Emirates pada perlawanan hujung minggu lalu, dan mungkin bakal menikmati peluang yang lain bagi meneruskan penyesuaiannya dengan bola sepak Inggeris.

Keita & Kapten Henderson

Walaupun Keita mampu untuk menawarkan peluang dalam menyuntik percikan serangan, yang mana ianya sangat diperlukan di bahagian tengah Liverpool, kapten Hendo juga telah membuktikan yang sememangnya beliau adalah kunci dalam merubah keseluruhan permainan Liverpool itu sendiri.

Yang mana, kapten inilah yang bertungkus lumus memotong serangan pihak lawan, dia juga yang cuba mengekalkan rentak permainan dengan mengekalkan hantaran, dan mengekalkan pergerakan bola.

Kapten Hendo sebelum ini telah terlepas dua perlawanan terakhir Liverpool, dengan ketiadaan beliau begitu dirasai Klopp.

Wijnaldum, Milner & Lallana

Pilihan tetap sebelum ini, yang bermakna trio gandingan Georginio Wijnaldum, James Milner dan Adam Lallana berkemungkinan akan dipisahkan, jika mengambil kira kelajuan.

Shaqiri

Xherdan Shaqiri juga boleh dianggap sebagai pilihan di bahagian tengah bagi Klopp, selepas mengkagumkan ramai dengan aksi persembahannya sebagai pemain tengah utama musim ini.

Admin :

Setuju ?

Pilihan korang .. !

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Empire Of The Kop

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds