Bintang Liverpool Xherdan Shaqiri Dituduh Sebagai Punca MU Ubah Pengurus?

Xherdan Shaqiri mendedahkan dia dibanjiri mesej selepas pemecatan Jose Mourinho oleh Manchester United.

Pengurus yang berasal dari Portugis itu dipecat pada hari Selasa lalu, dua hari selepas Shaqiri menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 Liverpool ke atas United.

“Saya menerima banyak mesej dari rakan saya apabila ia berlaku,” kata pemain sayap The Reds kepada The Guardian.

“Ada banyak mesej yang baik mengenai permainan United pada mulanya. Dan kemudian, apabila berita mengenai pemecatan Mourinho diumumkan, saya dapat mesej yang mengatakan: ‘Itu salah kamu!’

Tetapi ini kadang-kadang (normal dalam) bola sepak.

“Saya tidak fikir ia hanya kerana kami memenangi perlawanan itu bahawa United mahu mengubah pengurus mereka.

“Terdapat sebab lain (atas pemecatan Morinho) tetapi ia bermakna permainan itu bakal menempah nama dalam sejarah. Ia akan sentiasa ada dalam sejarah saya juga. ”

Ditulis untuk : Liverpool Malayssian Reds
Sumber : Express, Goal91

Post Author: Wade Wilson