Boss The Reds Mahu Mengekalkan Lord Origi di Anfield

Jurgen Klopp berhasrat untuk mengekalkan penyerang Liverpool Divock Origi untuk sepanjang musim ini.

Pemain antarabangsa Belgium itu dikaitkan dengan penghijrahan ke kelab para pesaing Liga Perdana; Wolves, West Ham dan Fulham semenjak jendela perpindahan Januari dibuka.

Walau bagaimanapun, berikutan Liverpool menjual Dominic Solanke ke Bournemouth untuk £ 19 juta, bos The Reds enggan kehilangan seorang lagi pemain serang kerana dia kelihatan mengekalkan cabaran gelaran liga mereka.

Origi (dan Daniel Sturridge) akan kekal di Anfield sehingga Mei sebagai pengganti, untuk Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Pemain berusia 23 tahun yang telah menjaringkan 23 gol dalam 81 penampilan untuk kelab itu telah dibuka untuk tawaran pada nilai sekitar £ 20 juta,.

Bagaimanapun, persembahan hebat Origi telah memaksa beliau kembali ke pasukan Klopp semula. Antaranya ialah apabila Origi bangkit untuk menjaringkan gol kemenangan dramatik pada derby Merseyside bulan lalu di Anfield.

Origi, yang telah menghabiskan musim lepas dalam pinjaman di Wolfsburg, sekali lagi memukau semua dengan penampilan keduanya pada musim ini dengan menghadiahkan satu jaringan dalam perlawanan menentang Wolves dalam Piala FA. (namun Liverpool tewas 2-1 pada perlawanan itu, sekaligus tersingkir dalam saingan piala FA)

Dia berpeluang berpindah ke Molineux secara kekal pada bulan Julai lalu pada kadar bayaran sebanyak £ 22 juta dipersetujui tetapi dia memilih untuk tinggal di Anfield.

Kontrak Origi bakal tamat pada musim panas tahun 2020, juga tertarik dengan minat dari Borussia Dortmund pada bulan Ogos tetapi sebaliknya mereka mahu perjanjian pinjaman apabila Liverpool hanya akan membuat perpindahan tetap.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo/ The Nationals

Post Author: Wade Wilson