Brighton vs Liverpool : Info Perlawanan Malam Ini

Liverpool berharap untuk mengakhiri 2 kekalahan berturut turut sebelum ini.

Dan perlawanan kali ini adalah mengenai kancah EPL semula setelah bermain dalam kancah Piala FA pada Selasa lepas.

Kemenangan Liverpool malam ini akan meletakkan mereka semula berada 7 mata di hadapan Man City yang akan menentang Wolves, manakala Spurs pula berhadapan dengan Man United.

Berikut adalah beberapa butiran penting untuk perlawanan malam ini.

Sepak Mula

Tepat jam 3 petang waktu tempatan di Amex Stadium.

Manakala di Malaysia, jam 11 malam.

Tontonan

Bagi yang berada di UK, tiada siaran langsung untuk perlawanan ini.

Manakala di Malaysia, siaran langsung boleh diikuti menerusi Astro Supersports 810 / 831 HD atau Astro OTG.

Perkembangan Terkini 

Liverpool FC

Virgil Van Dijk dilaporkan telah kembali menjalani latihan setelah direhatkan ketika perlawanan menentang Wolves.

Trent Alexander Arnold dan Georginio Wijnaldum juga akan diturunkan setelah direhatkan pada perlawanan yang sama.

Manakala beberapa pemain masih tersisih akibat kecederaan iaitu Dejan Lovren (hamstring), Adam Lallana (otot paha), Joel Matip (selangka), Joe Gomez (buku lali)  dan Alex Oxlade Chamberlain (lutut)

Brighton and Hove Albion

Pemain pertahanan, Bernardo akan terlepas aksi perlawanan ini berikutan kecederaan hamstring.

Manakala Jose Izquierdo juga tidak sempat pulih untuk perlawanan ini.

Pemain antarabangsa Iran, Alireza dan pemain Australia Matthew Ryan juga telah berangkat pulang ke negara masing masing untuk kejohanan Piala Asia 2019.

Pengadil Perlawanan

Kevin Friend.

Pengadil ini telah mengadili perlawanan melibatkan Liverpool sekali sahaja musim ini, dalam perlawanan menentang Chelsea ketika EFL Cup.

Brighton sesungguhnya gembira dengan pelantikan pengadil perlawanan ini. Beliau telah terlibat dengan 3 perlawanan melibatkan Brighton ketika ini dan pasukan itu tidak mengalami kekalahan.

ADMIN

Ramalan anda? Sesungguhnya semua mengharapkan kemenangan. Lama dah tak bersorak di wisel penamat. Haha.

YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman