Bukan Lagi Salah, CR7 Mahu Klopp ?

HaHaha !
Semuanya kerana laporan dari Don Balon.

Saluran berita Sepanyol itu berjaya mencipta khabar angin tentang Coutinho, yang menjadi perbualan hangat di sepanjang musim panas lalu, dan kini mereka beralih pula perhatian kepada Jurgen Klopp.

Nah, Jurgen Klopp dan Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, superstar Portugis berkehendak bos Liverpool Klopp, untuk mengambil alih Real Madrid, sekiranya pengurus semasa Zinedine Zidane dipecat.

πŸ˜±πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Zidane pastinya akan menjadi pengurus yang paling berjaya untuk dipecat, bukan ?

Katanya lagi, CR7 begitu mengkagumi 50 gol Liverpool pada musim ini, dan percaya yang Klopp boleh membawa gaya yang sama kepada Madrid.

Zidane yang baru saja mengumumkan perjanjian baru bersama Madrid, walaupun dalam masa yang sama mengatakan yang perjanjian tersebut tidak membawa sebarang makna.

Tetapi, yang jelas lagi pasti, Zizou tidak akan dipecat pada musim ini.

Haruskah The Reds mula gelabah ?

Tidak !
Klopp tidak akan pergi kemana-mana, kecuali Real Madrid menyanyikan lagu kelab, ‘YNWA’ haHaha.

Klopp pernah berkata, dia ingin bersara di Liverpool, jika dipecat, dia akan kembali ke Jerman.

Hanya 3 kelab yang beliau ingin uruskan, Mainz, Borussia Dortmund dan Liverpool.

Baca boleh, percaya jangan, ☝️

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts