Burnley vs Liverpool : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Segala galanya yang anda perlu tahu dalam kunjungan The Reds ke Turf Moor.

Liverpool semestinya mahu meneruskan rentak kemenangan dalam liga tanpa sebarang kekalahan ketika ini bersama sama juara bertahan Man City.

Selepas jaringan lewat perlawanan Merseyside Derby yang memberikan Liverpool 3 mata di Anfield Ahad lepas, pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp ini mahu memastikan rentak kemenangan itu berterusan di Turf Moor.

Sepak Mula

Jam 7.45 petang waktu UK. Manakala di Malaysia, 3.45 pagi.

Siaran Langsung

Perlawanan di Malaysia hanya dapat diikuti menerusi siaran Astro Supersport 816 / 834 HD.

Jika anda mempunyai link live streaming atau live FB, boleh dikongsikan bersama di ruangan komen kami.

Pengadil Perlawanan

Stuart Attwell.

Beliau telah mengendalikan sekali perlawanan melibatkan Liverpool musim ini, dengan kemenangan 4 – 1 Liverpool ke atas Cardiff pada Oktober.

Beliau telah melayangkan 22 kad kuning dari 7 perlawanan yang diadilinya musim ini.

Terkini Mengenai Liverpool

Ini merupakan perlawanan ketiga buat Liverpool dalam tempoh 7 hari, dengan perlawanan menentang PSG dan juga Everton pada sebelumnya.

Jordan Henderson berkemungkinan besar akan diturunkan semula setelah menjalani hukuman penggantungan 1 perlawanan akibat layangan kad merah, dan Daniel Sturridge turut bersedia untuk diturunkan bagi menggantikan Roberto Firmino yang tampak hilang prestasi ketika ini.

Meskipun Divock Origi muncul hero perlawanan untuk Merseyside Derby, beliau dijangka akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan.

Pasukan Lawan – Burnley FC

Ketika ini Burnley berada di kedudukan kedua tercorot dalam EPL, jauh melebihi kedudukan terbaik mereka di tangga ketujuh musim lepas.

Mereka hanya memenangi 2 daripada dari 14 perlawanan liga ketika ini dan rekod defensif kedua terburuk ketika ini.

Sesuatu yang di luar jangkaan buat pasukan Sam Dhyce musim ini.

Head To Head

Liverpool dan Burnley sudah bertemu sebanyak 118 kali ketika ini, dengan rekod pertemuan adalah :

Liverpool Menang : 53

Burnley Menang : 37

Keputusan Seri : 28

Pertemuan terakhir kedua dua pasukan adalah pada Januari lepas, dengan jaringan gol lewat oleh Ragnar Klavan membolehkan Liverpool mencatat kemenangan 2 – 1 di Turf Moor.

ADMIN

Ramalan anda?

Atas kertas ianya tampak mudah buat Liverpool namun pasukan terdesak boleh melakukan sesuatu yang luar biasa.

Apapun YNWA to our beloved Reds!

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman