Cameron Brannagan Melengkapkan Perpindahannya Ke Oxford

Pemain tengah Liverpool ini telah melengkapkan perpindahannya secara kekal ke kelab yang bersaing di Liga Satu, Oxford United dan mengakhiri kariernya di Merseyside.

Brannagan menyertai Liverpool ketika berumur 5 tahun pada 2001 di Kirkby sebelum debut pertama pasukan senior Liverpool pada tahun 2015.

Musim tersebut membuatkannya berjaya membuat sembilan penampilan di bawah Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp dan yang terakhir kali bermain untuk pasukan senior ketika menentang West Brom pada 2016.

Bagaimanpun, ianya adalah penampilan terakhirnya buat pasukan senior selepas diturunkan semula ke pasukan Liverpool B-23.

Kesepakatan tersebut dipersetujui pihak Liverpool bersama Oxford dan yuran perpindahan tersebut tidak didedahkan, namun dianggarkan sekitar £200,000 untuk pemain berusia 21 tahun ini.

Brannagan telah selesai pemeriksaan perubatan bersama pasukan tersebut dan bersetuju dan menandatangani perjanjian selama 2 tahun setengah dengan pasukan yang kini dikendalikan oleh bekas pembantu pengurus Swansea City, Pep Clotet.

Mereka berharap dapat menjamin tempat di playoff pada sepqruh musim kedua ini dan kedatangan Brannagan akan meningkatkan peluang mereka.

Kembali pada tahun 2015 lalu, Klopp pernah menyifatkan pemain ini sebagai pemain yang mempunyai segalanya bagi pemain tengah dan mempunyai kualiti teknikal nya yang sangat baik.

Tetapi kepergiannya merupakan satu kehilangan dengan pemain ini yang sebelumnya pernah dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid dan Barcelona.

Beberapa kecederaan ringan telah menghalang kemajuannya dan dia jarang berlatih untuk pasukan kendalian Klopp di Melwood selepas musim 2015/16. Kemunculannya yang terbaru pada rehat antarabangsa bulan Oktober lalu.

Kini, dia akan melihat untuk meneruskan perjuangannya di Oxford dimana dia akan bermula semula kerjayanya disana dan memenuhi potensi luas yang ada padanya.

Selamat Maju Jaya Cameron Brannagan!

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This Is Anfield

Related posts