Ceritera Klopp : Gegenpressing Ala Heavy Metal | Episod 4

Gegenpressing dan heavy metal, adalah dua perkara yang menjadi kegemaran dan tidak dapat dipisahkan daripada Klopp.

Dengan menilai teknik ini, sedikit tidak banyak boleh kita fahami apa yang menjadikan Klopp begitu dekat dengan teknik ini.

KLOPP – BUKAN NAK BUNUH PARA PEMAIN

Bercakap tentang gegenpressing, Klopp berkata, bukan niat beliau ingin membunuh para pemain. Malah, berkali-kali Klopp mengungkapkan kata-kata itu.

Beliau hanya berharap stadium Anfield boleh dimeriahkan kembali dengan perlawanan terutamanya sekarang yang melibatkan dirinya bersama Liverpool.

Klopp turut membantah, teknik ‘gegenpressing’ yang biasa beliau gunakan dalam setiap perlawanan adalah merupakan teknik yang memberi kecederaan kepada para pemain.

Gegenpressing adalah teknik yang menuntut stamina yang lebih daripada biasa dari para pemain dan hal inilah yang terkadang membawa kritikan kepada Klopp.

Ini kerana, teknik gegenpressing yang membuat para pemain terus-menerus berlari menekan pemain lawan sepanjang perlawanan dianggap boleh membuatkan para pemain mengalami kecederaan.

Walaubagaimanapun, bos yang berasal dari Jerman ini membalas segala kritikan dengan mengatakan umum salah mentafsirkan teknik kegemarannya itu.

Kata Klopp, bukan niatnya pun hendak membunuh para pemain. Dan jika ada, itu adalah salah paham terbesar di semua kelab yang pernah beliau melatih mereka.

Di Dortmund dan Mainz juga, Klopp telah menggunakan teknik yang sama.

Hakikatnya, teknik ini lebih menjurus kepada hanya perlu berlari ketika berusaha mendapatkan bola yang terlepas dari kaki. Tidak perlu pun untuk bermain dengan tempo yang laju selama 90 minit. Dan ketika memegang bola, tidak perlu berlari seperti ‘orang gila’ juga.

Meskipun begitu, Klopp mengaku yang gegenpressing memerlukan pemain yang tegap supaya teknik itu dapat berjalan dengan lancar.

Ketika bersama dengan Dortmund, Klopp memang sudah beberapa kali di landa kemelut kecederaan yang menimpa sejumlah pemainnya. Perkara inilah yang dikhuatirkan bakal berulang berlaku di Liverpool, terlebih dulu Liverpool sendiri sudah terkena kemelut kecederaan sebelum Klopp datang.

Gegenpressing yang cuba dibawa Klopp ke Liverpool sendiri telah di mainkan di atas padang ketika Liverpool bermain seri 0-0 ketika menghadapi Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan di Stadium White Hart Lane tersebut, Liverpool merupakan pasukan pertama yang mampu berlari lebih banyak ketika menghadapi Spurs.

Rumusan – Gegenpressing

Istilah ini secara kasarnya diterjemahkan sebagai ‘membalas tekanan’.

Pada asasnya, ia adalah idea kepada, sebaik sahaja pasukan kehilangan bola, mereka akan menekan pihak lawan agar memberi kembali bola, dengan itu mengurangkan peluang serangan balas.

Walaupun bola tidak diperolehi dengan serta merta, pasukan lawan mungkin akan ditarik keluar dari kawasan sasaran, yang bermaksud, ruang terbuka untuk pasukan Klopp menekan mereka lalu di balas dengan menyerang diri mereka sendiri.

Begitulah penerangan Klopp tentang gegenpressing yang ramai pempertikaikannya berikutan kecederaan yang di alami oleh kesebelasan utamanya.

Itu teknik yang pertama, Yang mana mendapat banyak sangat kritikan di permulaan Klopp datang ke Anfield. Sementara untuk mendapat keserasian di antara pemain dan teknik ini.

‘HEAVY METAL’ – KESANNYA KEPADA LIVERPOOL ?

Klopp bersama ‘heavy metal’nya yang boleh menggoyangkan kepala sehingga di bawa sekali ke Liverpool.

Tetapi apa yang boleh di harapkan dengan pembawaan kesan muzik itu ke Anfield ?

Bukan sahaja Klopp memenangi dua kejuaraan Bundesliga – termasuk satu liga dan piala untuk dua kali – tetapi bolasepak yang di klasifikasikan sebagai permainan yang aggresif itu telah menangkap imaginasi peminat bolasepak di seluruh Eropah.

Ia adalah teknik yang Klopp sendiri menggelarkannya sebagai heavy metal.

Tetapi adakah ianya sangat bermakna, dan apa yang pemain Liverpool boleh harapkan daripada teknik itu melalui potensi mereka ?

Bolasepak Heavy Metal

Gaya Klopp itu dapat dijelaskan dengan kata-katanya sendiri.

Yang mana bagi Klopp sentiasa mahukan pemainnya kuat. Sentiasa mahukan pemainnya ‘booooom’.

Jelas Klopp, beliau sangat suka bermain bolasepak, tapi bukan dengan cara permainan yang tenang.

Ibarat kata pepatah Jerman, yang Klopp cuba sampaikan dalam bahasa English, berbunyi begini, :

Hari hujan, padang menjadi berat, semua orang kotor di muka dan pulang ke rumah, anda tidak dibenarkan bermain bolasepak untuk empat minggu yang akan datang.

Pendek kata, permainan yang cuba Klopp terapkan adalah berdasarkan kepada, :

  • kelajuan
  • emosi
  • keseronokan

Yang merangkumi semua teknik permainan. Klopp bukannya Guardiola Pep mahupun Jose Mourinho. Beliau seorang yang menikmati permainan, melalui gaya kelajuan tinggi tapi ‘fleksibel’ lebih kepada taktikal.

Ciri utama permainan beliau lebih dikenali sebagai gegenpressing.

Kerja Yang Berterusan Untuk Mendapatkan Bola

Gaya ini bermakna, pasukan Klopp sentiasa bekerja untuk mengejar bola. Yang memerlukan pemain tengah yang sangat bertenaga, untuk dapat mengekalkan bentuk permainan mereka.

Komunikasi dan persefahaman antara pemain sepasukan adalah kunci utama, jika tidak kekal dalam mengejar bola, ini bermakna pasukan Klopp telah kehilangan bentuk / rentak permainan mereka.

Bertindak Laju Untuk Mendapatkan Bola

Aspek yang paling berbahaya Dortmund di bawah latihan Klopp adalah, kemampuan mereka untuk berpecah dengan kelajuan yang tinggi.

Ini bukan seperti kes yang hanya memberi tekanan dan melepaskan pemain sayap, tetapi dapat menukar gegenpressing ke dalam serangan pantas daripada mana-mana kedudukan di atas padang.

Klopp dengan pasukan Dortmund sentiasa merupakan yang paling berbahaya dengan permainan terbuka mereka, sebelum lawan sempat mempunyai peluang untuk berkumpul semula, mereka akan serang dahulu.

Daripada 469 gol yang mereka telah jaringkan dalam tempoh bersama Klopp, hanya 39 gol datangnya dari sepakan penalti atau terus dari sepakan percuma.

Teknik gegenpressing Klopp, tidak memerlukan pakar ‘set piece‘.

Sebaliknya, lebih memerlukan pemain yang laju untuk mengejar bagi mendapatkan bola atau pun laju untuk membawa bola. Dan, sudah tentu, kecergasan.

Kawalan Adalah Kunci Utama

Gegenpressing tidak bermakna membalas serangan.

Di bawah Klopp, Dortmund bermain dengan baik, tetapi sentiasa lebih suka mengawal rentak permainan itu sendiri.

Memiliki bola, membenarkan mereka untuk menggunakan perubahan hebat mereka dengan kadar segera untuk kesan yang maksimum, dan juga membebaskannya dengan cepat, kekuatan pemain tengah seperti Mats Hummels di perlukan untuk ‘mengebom’ ke bahagian hadapan dari semasa ke semasa.

Latihan

Memandangkan ketegangan fizikal adalah gaya permainan yang di terapkan, Klopp kebiasaannya meletakkan banyak penekanan kecergasan kepada pasukan Dortmund.

Bagaimanapun, ini bukanlah penyeksaan bola mengikut perubatan seperti yang di lakukan oleh Felix Magath.

Salah satu kaedah yang disukai Klopp adalah menggunakan ujian ‘lactate’, untuk membezakan berapa banyak bebanan yang beliau boleh letakkan pada pemain secara individu dalam mana-mana sesi latihan yang diberikan.

Masalah

Walaupun kejayaan beliau bersama Dortmund memenangi hanya 133 perlawanan daripada 238 perlawanan, itu pun telah memberikannya peratusan kemenangan kepada 55.88%.

Jumlah itu akan menjadi lebih tinggi jika tidak ambil kira bencana akhir tahun yang beliau hadapi, di mana Dortmund berada di dalam dan sekitar zon penyingkiran sehingga Krismas.

Sebab-sebab kejatuhannya adalah sebab biasa yang sebahagiannya berpunca daripada falsafahnya sendiri. Iaitu gegenpressing.

Ramai di antara pemain Klopp telah bermain secara heavy metal selama empat atau lima tahun pada masa musim terakhir kejatuhannya.

Terutamanya dalam jadual yang padat dalam kalendar bolasepak Inggeris, Klopp akan lebih berhati-hati untuk tidak menghabiskan skuadnya di Liverpool seperti yang dilakukannya di Dortmund.

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds