Crystal Palace vs Liverpool : Mampukah Mane Menjadi ‘Pencuri Hati’ Di Selhurst Park

Sadio Mane, telah menjaringkan 5 gol dalam 7 penampilan terakhirnya berdepan dengan pasukan Crystal Palace.

Perlawanan minggu ke-2 PL diantara Crystal Palace menentang Liverpool, bakal berlangsung pada awal pagi Selasa depan jam 3 pagi. Dan perlawanan dua pasukan bagi Liga Perdana ini telah menghasilkan beberapa pertempuran yang cukup klasik sejak bertahun-tahun dahulu.

Jika bercakap tentang Crystal Palace dan Liverpool, lebih cenderung untuk mengingati semula pertemuan masa lalu, dimana Liverpool meraih keputusan seri 3-3 di Selhurst Park pada tahun 2014.

Banyak yang telah berubah selepas itu, dengan Selhurst Park tidak lagi menjadi satu ancaman kepada Liverpool. Dengan pasukan Jurgen Klopp berjaya memenangi kesemua 4 kunjungan terakhir mereka ke London.

The Reds kebelakangan ini jarang kalah kepada pasukan lawan yang dianggap pasukan bawahan, malah Liverpool hanya kalah sekali sahaja dalam perlawanan ketika menentang pasukan yang bukan berada dalam kedudukan pasukan 5 teratas Liga Perdana musim lalu. Sehinggakan kini, Reds semakin dilihat sebagai pencabar kejuaraan yang paling sengit sekali.

Sudah semestinya para peminat Liverpool yang menantikan perlawanan vs Crystal Palace ini, mengharapkan suasana yang sama, yang penuh semangat ketika menyaksikan Liverpool dalam perlawanan pembukaan kempen 18/19 dengan kemenangan 4-0 ke atas West Ham hujung minggu lalu di Anfield, di mana Sadio Mane mencuri tumpuan dengan menjadi tajuk-tajuk utama media.

Sadio Mane telah menjaringkan 5 gol dalam 7 penampilan liga beliau bersama Liverpool ketika menentang Palace, dan dia juga telah memberikan 2 gol buat Liverpool pada perlawanan pembukaan Liga Perdana baru-baru ini.

Mane juga bakal menjadi antara pemain yang ingin sekali dilihat oleh peminat Reds sendiri, pada awal pagi Selasa ini, disebabkan kecemerlangan pemain berusia 26 tahun itu yang telahpun menjaringkan 5 gol dan memberi 2 ‘assist’ dalam 7 penampilan terakhirnya vs Palace.

Penyerang yang berasal dari Senegal ini semakin meningkat hebat aksi permainannya, kerana Klopp langsung tiada keraguan untuk menurunkan Mane dalam kesebelasan utama Liverpool.

Walaupun mungkin Christian Benteke yang akan lebih diberi perhatian, kerana bermain di laman sendiri, tetapi sejarah baru-baru ini telahpun menunjukkan yang Mane juga tiada keraguan untuk menjadi antara yang mencuri tumpuan umum pada perlawanan itu nanti, seperti mana yang beliau telah lakukan ketika vs West Ham.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : TheSportsman

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds