Curtis Jones Mengakui Mahukan Lebih Minit Permainan Bersama Liverpool Selepas Ini

Jaringan tunggal beliau memastikan Liverpool melayakkan diri ke Pusingan Keempat menewaskan Everton. 

Dan Curtis Jones selepas ini mahukan lebih minit permainan selepas memperagakan persembahan terbaiknya setakat ini dalam kesebelasan utama Liverpool. 

Pemain itu baru berusia 18 tahun dan 340 hari, menjadi antara pemain termuda yang menjaringkan gol dalam perlawanan derbi ini sejak Robbie Fowler pada 1994.

Selepas perlawanan semalam, Jones mendedahkan beliau kecewa berikutan minit permainan yang kurang pada musim ini. 

Menurut Jones :

“Saya hanya mahu bermain dan melakukan yang terbaik”.

“Ianya mengecewakan ketika hanya memanaskan bangku simpanan, diturunkan selepas itu dan kembali semula ke bangku simpanan”.

“Saya terus mencuba untuk mendapatkan masa permainan dan berharap memperolehi beberapa gol”.

Jones yang merupakan pemain kelahiran Akademi memberikan gol kemenangan apabila melakukan satu rembatan lencong ke sudut kanan pada minit ke 71 untuk menewaskan Jordan Pickford sekaligus melebarkan rekod tanpa kemenangan Everton ke atas Liverpool sejak 2010.

Tambah beliau :

“Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya. Ianya satu penghormatan dapat bersama kalangan pemain yang hebat dan belajar daripada mereka semua”.

“Semua pemain di sini adalah bertaraf dunia namun saya telah menunjukkan apa yang saya boleh lakukan di sini”.

“Hantaran kepada saya itu hanya memberikan saya satu pilihan, melepaskan rembatan. Ianya merupakan gol kemenangan dan satu jaringan yang menarik”.

“Pengalaman ini sangat besar buat kami dan pemain muda lain. Sesekali ianya amat mengecewakan di mana anda hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang masa namun kami tetap belajar setiap hari dan cuba menembusi skuad utama sekarang jika berpeluang”.

“Saya mengimpikan banyak perkara di sini namun ini adalah salah satu impian saya”.

ADMIN

Tahniah Curtis Jones. More to come selepas ini jika anda sentiasa bekerja keras. YNWA. 

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply