Curtis Jones Sedang Bersinar Dalam Skuad Junior dan Bersedia Untuk Melakukan Debut Ke Skuad Utama

Midfielder Akademi ini telah dua kali tampil di bangku simpanan untuk pasukan pertama Liverpool di mana dia dilihat bakal beraksi dalam masa terdekat.

Pengurus skuad-bawah 18 tahun, Barry Lewtas percaya Curtis Jones mendapat didikan yang sempurna di Melwood.

Pemain tengah berusia 17 tahun itu telah menjalani latihan dengan skuad pasukan utama Jurgen Klopp secara tetap musim ini kerana dia kelihatan bersedia untuk membuat penampilan bersama pasukan senior.

Jones, yang mengagumkan Klopp dengan persembahannya dalam pra-musim, telah menjadi sub yang belum digunakan untuk The Reds pada dua kesempatan. Dia telah kembali beraksi di peringkat Akademi untuk mendapatkan masa permainan yang lebih banyak dan dia membuktikannya dengan menundukkan Napoli 5-0 minggu lalu dalam Liga Pemuda UEFA (UEFA Youth League).

“Curtis benar-benar sesuai dengan cara kami mahu bermain,” Lewtas memberitahu ECHO. Dia mencipta(ruang/peluang) untuk lelaki depan(penyerang). Dia boleh menghantar ke kaki dan juga ke belakang. Saya telah bersama dengan Curtis sejak dia berusia 14 tahun dan saya melihat dia telah berkembang jauh.”

“Secara fizikal, dengan cara dia menggunakan tubuhnya, anda boleh memberitahu di mana dia berlatih dan dengan siapa dia berlatih pada asasnya setiap hari dan dia hanya perlu terus bekerja keras. Kita perlu ingat bahawa dia hanya berusia 17 tahun. Dia mendapat program latihan yang hebat dan dia bermain untuk yang berusia bawah 23 tahun maka kami jadi tidak tergesa-gesa.”

Selepas menempah tempat di pusingan 16 terakhir dalam Liga Pemuda UEFA, tumpuan untuk pasukan Lewtas kini beralih ke Piala Pemuda FA (FA Youth Cup).

Liverpool, yang belum memenangi trofi itu sejak 2007, akan menghadapi Portsmouth di pusingan ketiga di St Helens pada malam Selasa. Ganjaran untuk pemenang adalah pertandingan dengan Leeds United.

Bermain di Anfield akan menjadi prospek yang lebih berselera tetapi the Reds memenangi kesemua tiga permainan kumpulan mereka di St Helens.

“Bermain di sana sesuai dengan kami,” kata Lewtas. “Ini padang yang besar, rumput yang pendek dan basah dan kami ingin mendapatkan bola dan bermain.” Kami mempunyai pemain yang boleh berlari di belakang dan kami mampu mengekalkannya. Kami juga boleh mengawal permainan dengan cara kami pressing. “

Rafa Camacho, Liam Millar, Paul Glatzel dan Bobby Duncan adalah antara yang menjadi topik bualan apabila The Reds menjuarai tempat pertama dalam Kumpulan C.

Liverpool sedang menunggu keputusan undian bagi pusingan 16 terakhir Liga Pemuda UEFA pada bulan Februari.

“Bola sepak domestik adalah kerjaya kami tetapi permainan antara Eropah menambah sesuatu yang berbeza dari segi gaya dan sistem,” kata Lewtas. “Ia adalah satu kumpulan yang sukar tapi kami telah melangkahinya dan kami sangat teruja tentang apa yang akan menjadi cabaran seterusnya dalam 16 terakhir.”

“Mereka(skuad bawah 18) itu menunjukkan betapa mereka mahu memenangi kumpulan. Sekarang kami mahu mengambil semangat itu ke Piala Pemuda FA.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo / Liverpool FC

Post Author: Wade Wilson