Daniel Sturridge Cedera – Hanya TIGA MINIT Perlawanan Di Antara Chelsea dengan WBA

Pemain ini menentang bekas kelabnya pada perlawanan awal pagi tadi.

Beliau diasak oleh pertahanan Chelsea Cesar Azpilicueta namun gagal untuk meneruskan permainan dan akhirnya digantikan oleh Jay Rodriguez.

Ini merupakan kecederaan terbaru yang dialami pemain itu dan hanya penampilan kedua pemain itu bersama WBA sejak menyertai dari Liverpool secara pinjaman hingga akhir musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut untuk merebut kesebelasan utama di bawah Klopp, dengan hanya bermain 20 perlawanan dalam 94 perlawanan EPL.

Sturridge berharap untuk memperolehi lebih minit permainan di WBA untuk meraih tempat ke Piala Dunia 2018 namun kecederaan yang beliau alami menyukarkan harapan beliau dan juga kelab tersebut untuk kekal di Liga Perdana Inggeris.

Menurut Alan Pardew :

“Kami berharap ianya tidak serius. Ia terjadi terlalu awal dalam perlawanan ini. Saya yakin ia bukan koyakan otot”.

“Kecederaan ini memungkinkan beliau tersisih dalam aksi FA Cup. Diharap beliau sempat pulih dalam beberapa minggu lagi”.

WBA berada di tangga terbawah liga, 5 mata dari pasukan di tempat ke 19 dan 7 mata dari pasukan di atas zon penyingkiran.

ADMIN

Get well soon Daniel Sturridge.

Sumber : Sky Sports

Related posts