Daniel Sturridge Mungkin Akan Kembali Beraksi – Dan Perpindahan Ke Inter Ditangguhkan

Inter Milan mahu mendapatkan khidmat pemain ini secara pinjaman dan difahamkan Liverpool berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan.

Namun begitu, pemain ini menangguhkan dahulu proses perpindahan ke Inter dengan menunggu tawaran daripada Sevilla. Namun itu bukan merupakan pilihan kerana kelab La Liga itu belum lagi menawarkan sebarang tawaran untuk penyerang Liverpool tersebut.

Dan jika penangguhan ini berterusan maka Jurgen Klopp mempertimbangkan untuk menurunkan beliau dalam perlawanan menentang WBA pada minggu ini.

Penyerang berusia 28 tahun ini tidak turut serta dalam skuad ke Swansea minggu ini, tetapi beliau kelihatan cergas dalam sesi latihan di Melwood minggu ini. Beliau mahu segera bermain selepas mengalami sakit dan kecederaan hamstring sejak 6 Disember 2017.

Sturridge hanya melakukan 5 penampilan bersama skuad Liverpool musim ini, dengan telah memaklumkan kepada Liverpool untuk berpindah keluar pada Januari ini untuk meraih slot pemain kebangsaan ke Piala Dunia 2018.

Difahamkan Jurgen Klopp enggan melepaskan beliau pada Januari ini, tetapi bersedia mendengar mana mana tawaran kelab jika memenuhi kehendak Liverpool yang menetapkan £30 juta untuk pemain tersebut.

Inter telah menawarkan satu pakej yang menarik minat Liverpool untuk meminjamkan beliau – difahamkan dengan bayaran sebanyak £2 juta dan sanggup menbayar gaji Sturridge dari bulan ini ke Mei. Selain itu, tawaran untuk mendapatkan Sturridge secara tetap pada perpindahan musim panas menarik minat Liverpool.

Dengan Liverpool yang tidak mahu melepaskan Sturridge begitu sahaja, jika tawaran itu gagal memikat pemain itu maka pemain itu akan kekal di Anfield dan bersaing untuk merebut tempatnya di Liverpool.

Sturridge telah menjaringkan 63 gol dari 133 penampilan sejak menyertai Liverpool pada musim 2012 2013 dengan nilai £12 juta. Beliau menjaringkan 24 gol semasa musim 2013 2014 dan membentuk barisan serangan mantap bersama Luis Suarez tetapi selepas itu beliau sering ditimpa kecederaan jangka panjang.

Dan sekarang beliau kehilangan tempat kepada Roberto Firmino dan terpaksa bersaing dengan dua lagi penyerang, Dominic Solanke dan Danny Ings.

ADMIN

Dan segala galanya terletak di tangan Daniel Sturridge sendiri buat masa sekarang.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman