Danny Ings Melengkapkan Perpindahan Ke Southampton

Beliau menyertai Saints secara pinjaman sepanjang musim 2018 2019 dan akan berpindah secara tetap bermula 01 Julai 2019.

Perpindahan itu berjaya disempurnakan di saat akhir pintu perpindahan hampir ditutup.

Ings tiba di Liverpool pada Julai 2015 dengan menyaksikan beliau melakukan 25 penampilan dengan menjaringkan 4 gol.

Beliau bergelut dengan dua kecederaan serius pada lututnya ketika bersama Liverpool, dan salah satunya dialami ketika sehari selepas Jurgen Klopp memegang tampuk sebagai pengurus kelab.

Ings merupakan figura yang popular di kalangan peminat dan pemain Liverpool, di mana beliau dilihat amat gembira ketika menjaringkan gol ke atas WBA musim lepas dengan perasaan gembira yang sukar digambarkan setelah 2 tahun bergelut untuk pulih dari kecederaan serius itu.

Difahamkan nilai perpindahan yang dipersetujui kedua dua kelab dianggarkan sebanyak £20 juta, dengan bayaran pendahuluan sebanyak £18 juta dan baki £2 juta berdasarkan  penampilan bersama Southampton.

ADMIN

Good luck Danny Ings. Kami akan merinduimu. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman