Dari Seorang Penganggur, Robertson Kini Bangga Memakai Lilitan Kapten Scotland

Robertson bangga setelah diangkat menjadi ketua bagi pasukan kebangsaan Scotland.

Andrew Robertson, 24 tahun, baru sahaja dilantik menjadi kapten pasukan kebangsaan Scotland yang baru.

Robertson mengakui yang beliau berasa bangga dan begitu teruja sekali, setelah dipilih untuk memimpin pasukan negara. Bukan itu sahaja, malah dengan pelantikan itu juga secara tidak langsung telah menjadikan seluruh keluarganya gembira.

Kini Liverpool berehat bagi memberi laluan kepada ‘international duty’, dan kebanyakan pemain Liverpool juga terlibat sama, termasuklah dengan Robertson.

Luah Robertson dilaman rasmi Twitter beliau, :

Saya sangat bangga, begitu juga dengan keluarga saya.

Ini termasuklah dengan video yang menunjukkan kapten Scotland dari semasa ke semasa.

Luah kapten Scotland ini lagi, :

Sangat gembira dinamakan sebagai kapten bagi negara ini, Scotland.

Bukan sesuatu yang mudah bagi Robertson sendiri, untuk capai ketahap setinggi ini dalam kerjaya beliau.

Bermula dengan seorang penganggur yang sangat memerlukan pekerjaan pada tahun 2012, kini segalanya berubah untuk beliau.

Sikap positif, dan semangat juang yang tinggi yang ada dalam diri Robertson ini secara tidak langsung menjadi inspirasi buat semua penggemar bola sepak khasnya bagi peminat Liverpool sendiri, dan dunia umumnya.

Oleh itu, setiap kali kita terfikir untuk menyerah kalah tentang Liverpool, atau tentang apa sahaja yang terkait dengan kehidupan kita. Cari semula cerita tentang Robertson ini. 💪

Robertson tidak pernah patah semangat, serta seorang yang begitu sabar sekali. Dia sabar menunggu peluang dia tiba untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool. Sehingga sampai masa itu, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Dan kini, menjadi kapten untuk negara sendiri pula.

Robertson Bersedia Menunggu Peluang Di Liverpool


Kredit Gambar : grassrootgoals

Andy Robertson dipilih menjadi kapten Scotland yang baru, yang diumumkan oleh SFA atas dasar, pemain bek kiri ini dilihat kini sebagai seorang pemain hebat buat Liverpool, sejak berpindah dari Hull musim panas lalu.

Setakat ini kapten Robertson telahpun memiliki 22 ‘caps’ untuk negaranya.

Tahniah, Andrew Robertson ! 💪

Liverpool sendiri kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 peratus kemenangan, hasil daripada empat perlawanan pertama PL.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds