David Wagner : Kritik Liverpool Kerana Kutipan Mata Yang Sedikit, Bukan Corak Permainan Mereka

Beliau menyatakan kekeliruan mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap Liverpool musim ini.

Dan pengurus Huddersfield itu berkata Liverpool bermain dengan gaya permainan yang menarik sejak beberapa musim di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Namun begitu, David Wagner menyatakan Liverpool terpaksa membayar harga yang mahal iaitu kekalahan apabila penyudah yang tunpul dan gagal menyelesaikan isu di bahagian pertahanan Liverpool setakat ini.

Menurut Wagner dalam Sports Bild :

“Saya faham Liverpool dikritik kerana gagal mengutip lebih banyak mata penuh”.

“Namun saya tidak faham mengapa sesetengah orang mengkritik corak permainan mereka. Saya tidak mempunyai idea apa yang mereka mahukan”.

“Bagaimana mereka mencipta peluang, bagaimana mereka bertahan itu semuanya gambaran sahaja. Anda tidak boleh bermain lebih baik daripada yang dijangka”.

“Dan pengakhirannya gol akan tercipta. Mereka boleh menunggu hingga perlawanan seterusnya dan meneruskan rentak itu”.

“Secara serius, Liverpool bermain dengan baik dari segi penguasaan bola, kepantasan dan peluang menjaringkan gol yang lebih banyak tercipta”.

“Hanya penyudah dan bertahan dalam situasi bola mati sahaja yang agak teruk. Namun begitu, pasukan itu masih bagus dan lebih banyak perkara menarik untuk disaksikan daripada mereka di masa hadapan. Kami pula mahu mengurangkan daya tarikan itu minggu ini”.

ADMIN

Liverpool berada satu mata di atas Huddersfield, di mana kelab itu telah dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris musim ini.

Klopp dan Wagner adalah rakan karib dan mereka pernah berkongsi tempat tinggal semasa di Mainz pada 1990.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman