David Wagner Melepaskan Jawatan Sebagai Pengurus Di Huddersfield

Beliau meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama dengan kedudukan kelab berada di tangga terbawah EPL.

David Wagner tiba di Huddersfield pada November 2015 dengan kelab itu sedang bergelut di kelompok bawahan Liga Championship. Beliau menstabilkan kedudukan kelab dan musim seterusnya membawa kelab ke EPL dan berjaya kekal di liga untuk musim pertama mereka.

Namun begitu, 9 perlawanan tanpa kemenangan buat Huddersfield ketika ini meletakkan kelab itu hanya berjaya meraih 11 mata daripada 22 perlawanan.

Menerusi pengerusi Huddersfield Dean Hoyle :

“Saya tidak berniat untuk memecat David Wagner. Secara jujurnya David Wagner memang hebat ketika di sini namun beliau memerlukan rehat dari pengurusan bolasepak buat masa sekarang”.

“Kami telah berbincang dan membuat keputusan untuk melakukan perubahan serta merta, walaupun beliau ada mencadangkan untuk memberikan segala yang terbaik sebelum meninggalkan kelab pada musim panas nanti”.

“Setelah perbincangan yang agak panjang, kami berpendapat bahawa David akan kekal sehingga hujung musim adalah sesuatu yang terbaik namun kami merasakan masanya sudah tiba untuk kami membawa haluan masing masing”.

Bekas kapten Huddersfield Mark Hudson yang bertindak sebagai jurulatih U.23, akan mengambilalih tampuk pengurus buat masa sekarang menjelang perlawanan menentang Man City.

Tambah Hoyle lagi :

“Ianya hari yang agak sedih namun kami harus melihat ke hadapan. Ianya sebahagian daripada bolasepak dan bagaimana situasi kami memaksa untuk melakukan keputusan ini”.

“Saya telah meminta Mark Hudson untuk mengambilalih tampuk pengurus dalam perlawanan menentang Man City untuk hujung minggu ini”.

“Beliau tahu cara permainan kami dan mengetahui situasi pasukan, jadi beliau merupakan calon yang sesuai. Bersama sama staf teknikal, kami akan memberikan sokongan penuh untuk beliau menjelang perlawanan ini”.

ADMIN

Sangat mengejutkan untuk rakan karib Klopp dan salah seorang pengurus yang bagus. Good luck David Wagner.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman