David Wagner Menggambarkan Yang Pasukan Liverpool Kini Seakan ‘Lemah’

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Huddersfield Akan Cuba Merebut Peluang Dari 2 Kekalahan Liverpool

Bercakap pada sidang media pra perlawanan bagi Premier League minggu ke-25, yang menyambut kedatangan Liverpool ke stadium John Smith’s.

Menurutnya, jika dilihat kepada kekalahan Liverpool berturut-turut bagi dua perlawanan, seolah menggambarkan yang pasukan rakan baiknya ini ‘lemah’.

Tetapi, persoalannya tetap ada, kata Wagner, adakah ini bermakna yang pasukannya Huddersfield, akan berjaya mengalahkan Liverpool juga.

Tidak, kata Wagner, cuma, berkemungkinan pasukannya mempunyai peluang untuk mengalahkan Liverpool.

Yang jelas, Wagner mengharapkan pasukannya merebut peluang ini, dengan memanfaatkan bersama kelebihan bermain dilaman sendiri.

Kerana, dengan beberapa pengalaman menghadapi setiap perlawanan Premier League musim ini, terutamanya di Stadium John Smith’s.

Dan, Wagner akan cuba memastikan untuk pasukannya merebut peluang dengan tangan yang terbuka.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : BT Sports

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds